11
Tik! Tok! Tik! Tok!
Tap! Tap!
Bunyi yang kuat, datangnya dari bilik sebelah menyedarkan Nayeon.
Matanya yang bundar itu digosok perlahan.
Dia melangkah longlai ke bilik air.
Wajahnya dibasuh dengan air yang mengalir laju.
Seketika kemudian, apabila terasa segar, dia mengangkat wajah.
Matanya membuntang besar apabila melihatkan wajahnya mempunyai kesan merah.
Lantas dia melihat tangannya dan air yang masih mengalir laju di singki.
Bau hanyir menusuki rongga pernafasannya.
"D-darah."
Menggeletar tangannya ketika itu.
Tup!
Nayeon terjerit kecil tatkala lampu tertutup dengan sendirinya.
Nayeon menggigit bibirnya resah.
'Blackout kut.' Bisik Nayeon sendiri, cuba untuk menyedapkan hatinya.
Tangannya meraba-raba dinding, membantunya untuk berjalan dengan berhati-hati.
Sehinggalah dia dapat memegang tombol pintu bilik, dia tersenyum lebar.
Niatnya ingin menggerakkan omma dan appanya, terbantut dek satu rumah agam itu gelap-gelita sebaik sahaja dia memulas tombol pintu itu.
Dia membatalkan hasratnya.
Tubuhnya berpaling kebelakang.
Dia membuat keputusan untuk menyambung tidur sahaja.
Dan sekali lagi, pergerakannya terbantut apabila terdengar satu suara yang datang dari bilik sebelah.
"Buai laju-laju..."
"Sampai pokok sena..."
"Apa salah aku..."
"Diperlaku sebegini rupa..."
Nayeon tergamam.
Setahu dia, bilik disebelahnya ini tiada penghuni.
Kata appanya, Jungkook iaitu abangnya sudah dihantar ke sekolah luar negara.
Tapi suara ini?
Tok! Tok!
Naywon memberanikan dirinya, mengetuk pintu bilik itu.
Senyap.
Baru sahaja dia ingin kembali kebiliknya, bunyi cakaran pada pintu memeranjatkan dirinya.
Tanpa berbasa-basi, dia berlari memasuki biliknya.
Kunci bilik tidak dilupa.
Dia menyelubungi dirinya di dalam selimut sambil badannya menggigil hebat.
●●●●●
Vote and comment! Borahae!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top