Part 52


Irene dan Junmyeon tiba di Seoul juga. Rumah lama mereka masih berada dalam keadaan yang baik nampaknya. Berterima kasih kepada ahjumma kerana memastikan rumah ini berada dalam keadaan yang baik.

"Rene, pasal Taehyung tu—"

"Saya tak nak cakap pasal tu," celah Irene dan terus pergi ke dapur. Ahjumma sudah pun menanti untuk menyediakan makan malam.

Junmyeon mengeluh. Dia bermain mata dengan ahjumma yang sedang menyuruhnya memujuk Irene. Tapi Junmyeon menggeleng tidak mahu. Lelaki itu menggosok perutnya dan membisikkan 'pregnant'  kepada ahjumma dari jauh.

Serentak itu, ahjumma menjerit.

"PREGNANT?!" teriaknya. Irene tersedak. Junmyeon cepat-cepat memalingkan tubuh dan berpura-pura bercakap dengan telefon.

"Siapa pregnant?" soal Irene. Ahjumma kelihatan resah sekarang.

"Hah? Eh— itu.. itu anak ikan ahjumma. Pregnant lagi," jawabnya. Irene berkerut. Anak ikan manusia atau anak ikan yang sebetul-betulnya ikan? Aik?

"Anak ikan.. mengandung? Anak?"

"Ish kamu ni! Mengarut apa. Dah-dah tepi, ahjumma nak masak ni. Pergi naik atas dan mandi," halaunya. Irene mencebik. Dia terus memeluk ahjumma kerana terlalu rindu dengan wanita tua itu.

"Rindu," adu Irene. Ahjumma tersenyum.

"Ahjumma pun. Siapa suruh kamu lari?"

"Bukan salah saya. Orang tu yang— Hm. Dah lah nak naik dulu. Masak sedap-sedap ya?" pinta Irene. Ahjumma mengangguk. Sewaktu dia melintasi Junmyeon, lelaki itu sedang bercakap dengan telefon lagi.

Entah berbual pasal apa entah. Nasib baik telefon tu tak terbalik. Kalau tidak, kantoi.

Tak lama selepas mandi, Irene terdengar bunyi bising dibawah sana. Dia segera mengeringkan rambut untuk melihat siapa yang datang. Turun sahaja ke bawah, dia terkejut saat melihat Sehun, Sooyoung, Wendy, Chanyeol, Jongin, Seulgi, Jongdae, isteri dan juga Aeri sedang berada disana.

Mereka menoleh serentak saat mendengar bunyi tapak kaki Irene. Hening seketika dan suasana dipecahkan dengan suara Wendy dan Aeri yang menjerit serentak ingin menyambut Irene.

Aeri berlari kearah Irene sambil menjerit, "Mummy!!"

Seisi tetamu memandang dengan takjub saat melihat Aeri berhenti daripada menangis tatkala melihat Irene. Sebentar tadi, Aeri meragam dan ingin pulang kerana tidak selesa berada dirumah ini. Ditambah pula dengan Pakcik Chanyeol yang sedang mengusiknya, makin takutlah budak itu.

Irene terus mendukung Aeri kerana terlalu rindu akan anak kecil itu.

"Aeri," ujar Irene lalu mencium pipi Aeri. Air mata Aeri dilap.

"Mummy.. Uncle Yeol buattt—" ujarnya. Tiada lagi gelaran kakak oleh Aeri kepada Irene. Entah bila gelaran ini hilang dan bertukar kepada mummy.

"Iya? Nanti kita pukul dia sama-sama eh?" ajak Irene. Aeri mengangguk. Mereka bergerak mendekati yang lain-lain. Mata Irene jatuh pada perut Sooyoung yang sedang membuyut sekarang.

"Omo. Sooyoung. Bila kahwin?" soalnya. Wajah Sooyoung terus merah saat mendengar pertanyaan Irene.

Sementara Wendy pula sudah masam. Seulgi pula tenang sahaja dan hampir ketawa.

"Erk. Lagi sembilan bulan," jawab gadis itu.

"Sooyoung, bukan due. Tapi tarikh kahwin," jelas Irene. Sooyoung mengemam bibirnya lantas menumbuk Sehun. Itu membuatkan Sehun terpaksa menjawabnya. Lelaki itu membasahkan bibirnya dan memandang Irene dengan pandangan bersalah.

"Hehe. Lepas sembilan bulan, kahwinlah,"

Hening.

Chanyeol cepat-cepat memegang Wendy dan menutup mulutnya daripada menjerit. Irene pula blur seketika, kemudian, matanya terus membulat.

"MWO?!! OH SEHUN KAU HAMILKAN ADIK AKU DILUAR NIKAH?!!"

"DIA NI MEMANG TAK GUNA! AKU TAK CAKAP DAH! DASAR MIANG! KAU PEGANG AKU CHANYEOL! PEGANG SEBELUM AKU PUKUL BUDAK NI!" Wendy mencelah dengan tenang. Irene pula yang terkejut kerana Wendy sama naik dengannya.

"Wen, adik aku tu. Biar aku je yang marah,"

"Ouh. Okey-okey. Sorry. Teruskan,"

Irene menggeleng kecil. Kemudian, dia beralih pula kepada Sehun dan Sooyoung.

"Bila?" soal Irene, dingin.

Sooyoung menunduk.

"Erm, masa tu hujan. Lepastu ter—"

"Oh Sehun aku tanya bila tarikh kahwin, bukan tarikh buat.."

Jongin dan Seulgi ketawa terbahak-bahak melihat Sehun yang seperti orang dungu itu. Lain ditanya, lain dijawab.

"Ouh. Sorry. Masa hari jadi Sooyoung kot. Tak ada tarikh tetap lagi," jawabnya. Irene menghela nafas panjang.

"Kyungsoo tahu?"

"Tahu. Dia ucap tahniah—."

Irene menggeleng lagi. Bukannya nak nasihat Sooyoung, tapi dia ucap tahniah pula. Nak kena takziah si Kyungsoo ni.

"Apa-apa pun, benda dah jadi. Aku harap baby tu lahir dengan sihat," ujar Irene. Dia bergerak kearah Sooyoung dan terus memeluknya. Irene mengucapkan tahniah ditelinga Sooyoung. Sooyoung mengangguk seraya mengucapkan terima kasih.

"Aeri nak dapat adik ke ni?" soal Aeri kepada Irene. Irene mengangguk. Dia menarik tangan Aeri supaya memegang perut Sooyoung.

"Dalam ni ada adik. Cakap hai," arah Irene. Aeri teruja sekarang. Dia menekapkan telinganya pada perut Sooyoung.

"Hello, adik? Ini kakak Aeri. Adik dengar tak?" soalnya. Seisi rumah ketawa mendengar percakapan Aeri dengan perut Sooyoung itu.

Junmyeon tersenyum lebar memandang bagaimana Irene melayan Aeri seperti anaknya sendiri. Bahkan isteri Jongdae pun tak menghalang.

"Aeri, tadi kata nak makan kan? Pergi dengan ahjumma ya?" ujar isteri Jongdae, ibu kepada Aeri.

Aeri mengangguk. Dia berpimpin tangan dengan ahjumma dan pergi ke dapur. Irene pula kembali duduk disebelah Junmyeon.

"Wen, bukan kita cakap lepas aku kembali, kau kena ada anak ke?" soal Irene. Wendy menggulingkan bebola matanya, menyampah.

"Tu hah. Dah ada wakil," ujar Wendy sambil menunjuk kearah Sooyoung. Irene memandang Chanyeol, pelik dengan perangai Wendy.

"Wendy marah sebab Sooyoung ambik turn dia. Kan dia yang nak pregnant dulu sebab nak anak dia jadi anak sulung antara kita semua ni," jelas Chanyeol. Itu membuatkan Wendy semakin cemberut.

Irene ketawa mendengar penjelasan Chanyeol. Ingatkan pasal apa lah tadi.

"Ala Wen. Kalau anak Sooyoung tu lelaki, aku yakin budak tu akan jadi beku macam bapak dia. Nanti kau jodohkan anak kau dengan dia. Anak kau mesti gila macam kau. Ha, sepadan. Revenge gitu kan?" Celah Seulgi. Wendy memandang Sehun dan keduanya terus berpura-pura muntah.

"Tak nak aku berbesan dengan mangkuk tu!" jerit Sehun dan Wendy serentak.

"Ah! Aku nak anak aku kahwin dengan anak Irene. Aku cop dulu eh!" teriak Wendy.

"Takde! Anak aku kena kahwin dengan anak hyung! Anak kau tunggu next turn!" balas Sehun. Keduanya berebut ingin menjadi besan Junmyeon dan Irene sekarang.

"Lek-lek gais. Entah-entah kahwin dengan anak aku entah. Korang entah pergi mana. Kahkah! Plot twist anjir," kata Seulgi pula.

"Korang beranak-anak ni, tunggulah aku pregnant dulu," celah Irene.

"Sayang, bukan awak dah pregnant ke?" bisik Junmyeon namun dapat didengari lagi oleh yang lain.

"Apa?! Irene unnie/noona pun pregnant? Omo! Bila buat?!" soal mereka serentak. Irene berkerut.

"Tapi saya tak—" Irene menekup mulutnya daripada ingin memuntahkan sesuatu dari perutnya. Segera dia berlari ke sinki didapur.

Junmyeon bangun dan berlari mendapatkan Irene. Wendy dan Seulgi sudah pun berdiri kerana terkejut diikuti oleh Sooyoung. Hampir patah belakang wanita mengandung itu kerana bangun secara mengejut.

"Rene, kita pergi klinik nanti,"

"Tapi saya tak mengandung,"

"Rene.. kita check,"

Entah apa yang Irene rasa sekarang. Dia berbelah-bahagi. Antara rasa takut dan rasa teruja milik Junmyeon.

Betul ke dia mengandung?

to be continued


stan produk buatan malaysia. stan dolla XD

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top