Part 47
Hari ini, memandangkan Irene tinggal bersendirian dikampung, dia bercadang untuk membina kebun sayur-sayurannya tersendiri untuk menjimatkan duit sakunya.
Irene bercadang untuk menanam bunga kobis, cili merah dan juga lobak putih sebagai pengawalan kariernya sebagai petani muda. Kebunnya mungkin akan siap dalam masa yang singkat memandangkan Junmyeon pun telah berada disini.
Pagi-pagi lagi, pada jam lima, Irene membangunkan Junmyeon semata-mata untuk mengarahkan lelaki itu membina batas menggunakan pencangkul yang sangatlah pendek.
"Tapi Rene, aku mana reti nak guna cangkul," rengek Junmyeon. Sudahlah keadaan sekarang sejuk dan tangannya pula hampir membeku.
"Nampak tak muka aku?" Tanya Irene. Junmyeon mengangguk.
"Ada nampak macam aku kesah?"
Junmyeon mengemam bibirnya, menahan dirinya daripada kesal. Irene tersenyum dalam diam.
"Buat jelah dulu. Aku nak ambil air dekat sungai dekat sana," arahnya. Akur, Junmyeon mendengar juga kata-kata Irene.
Sementara Irene, dia mengumpul air sebanyak mungkin ke dalam botol-botol besar dan bakal dibawa ke kebun sebagai air siraman. Setengah jam kemudian, Irene kembali semula.
Jatuh rahangnya saat melihat tanah yang sedang digali oleh Junmyeon itu.
"KYAHHHH!!" Jeritnya, histeria. Junmyeon yang terkejut terus melempar cangkulnya ke tepi dan menoleh ke belakang. Wajah bingung ditunjuk.
"Apa?"
"APA?! APA KAU TANYA?! AKU SURUH BINA BATAS! BUKAN GALI KUBUR!"
Hampir nak menangis Irene melihat tanah yang sudah pun digali sehingga melepasi sepertiga paha Junmyeon.
Junmyeon menggaru-garu belakang kepalanya. Dia masih tak faham nampaknya.
"Dahtu?"
"Ish! Tepilah! Tu pun nak kena ajar!" Marah Irene. Dia mengambil cangkul dan mula menjalankan kerjanya dibahagian lain.
Junmyeon menjongket bahu. Dia mengorek hidungnya dan ternampak botol air yang dibawa oleh Irene. Dengan senyuman lebar, Junmyeon pergi dan membuka salah satu penutup botol disana.
Irene yang berasa tidak sedap hati mulai menoleh semula kearah Junmyeon. Jeritan kedua kedengaran.
"Kyahhh!! Jangan minum!!!"
Serentak itu, Junmyeon tersembur semula air sungai yang diminumnya itu. Irene menepuk dahi melihat telatah Junmyeon. Entah apalah yang berlaku dengan otak lelaki itu.
"Kau dah kenapa weh?! Kau duduk jelah tepi! Kacau betullah!"
...
Tiga jam! Tiga jam Irene siapkan kebunnya bersendirian sambil diperhati oleh Junmyeon yang sedang enak menikmati makan paginya. Sesekali Junmyeon akan melambai-lambai memberi semangat kepadanya.
Irene akan menjengil tajam kearah lelaki itu namun Junmyeon buat-buat tidak peduli. Sebaik sahaja siap, dia kembali ke tepi Junmyeon dan berehat disitu sambil meneguk air mineral yang sebenar.
Bekal makanannya diambil dari beg. Saat dia mengangkatnya, bekal tersebut terasa sangat ringan. Seingatnya, dia dah isi pagi tadi. Buka sahaja bekal, terkejut bukan main saat dia melihat ada tiga butir nasi yang membentuk senyuman didalamnya.
:)
Irene mengepal tangannya, geram. Dia menoleh kearah Junmyeon yang sedang bersiul dan berpura-pura tidak melihatnya. Asap panas sudah pun keluar dari telinga Irene. Saat Junmyeon menoleh, senyuman lebar terukir dibibirnya dengan sebutir biji nasi ditepinya.
"KIM JUNMYEON!!!!"
...
J
unmyeon dipaksa untuk membawa kayu api kerana telah menghabiskan makanan Irene. Lelaki itu mengaduh kesakitan kerana ianya terlalu berat. Namun, Irene tak mempedulikannya.
"Lama lagi ke nak sampai rumah?" Soal Junmyeon. Rasanya dah setengah jam dia berjalan sekarang ni.
Irene yang sebenarnya sengaja mengenakan Junmyeon menahan tawanya. Dia sengaja bawa Junmyeon bersiar-siar didalam hutan sebelum benar-benar pulang ke rumah. Kalau diikutkan, jarak dari kebun ke rumah cuma ambil masa 20 minit sahaja.
Itu adalah denda kerana Junmyeon tidak membantunya langsung pun tadi.
"Diam dan jalan jelah," balas Irene. Junmyeon tidak mengeluh. Dia membetulkan kedudukannya dan berjalan ditepi Irene.
"Renee.." Panggil Junmyeon dengan suara meleret.
"Apa?"
"Kalau aku buat semua yang kau arahkan, kau akan terima aku balik kan?" Tanya lelaki itu. Irene memandangnya sekilas kemudian kembali ke hadapan.
"Rene? Terima kan?" Tanya Junmyeon lagi.
"Tengoklah," balas Irene.
"Tengok apa?"
"Tengok sebanyak mana effort kau,"
"Okey! Aku akan berubah dari budak bandar ke budak kampung untuk dapatkan kau balik. Kau tengok je!"
Irene tergelak. Dia gembira sebenarnya mendengar jawapan Junmyeon itu.
"Kalau kau nak seseorang, kau tak perlu berubah demi dia. Kau cuma perlu jadi diri kau tapi versi yang lebih baik dari sebelumnya. Kalau kau berubah, itu bukan kau, tapi watak yang dicipta yang tak akan kekal selamanya. Aku nak bercinta dengan manusia, bukan watak fiksyen."
"Susahlah. Aku kan hensem macam watak fiksyen. Siapa dah band famous tu? EXO? EXU? Hah. Bukan muka aku sama kacak macam leader dia ke?"
Irene berdecit. Dia ketawa lagi. Junmyeon ni memang perasan betul.
"Perasanlah kau! Muka macam tembok ada hati nak berangan diri tu macam artis," ujar Irene.
"Eleh. Muka tembok ni jugak yang kau akan rindu nanti. Yang kau akan sayang-sayang sampai terbawa dalam mimpi. Yang kau akan cium-cium sampai tua. Kan?"
"Berangan lah kau! Tak nak aku cium kau. Dahlah muka berminyak, ada comot lagi tu. Pergi cium bontot kerbau sana baru kahwin dengan aku."
"Cabar ke? Kalau aku cium betul-betul nanti, kau tak boleh tolak tau?"
"Yelah tu."
Irene dan Junmyeon ketawa bersama-sama sehinggalah mereka sampai jua dirumah. Sedar tak sedar, hubungan mereka semakin membaik.
Saat Junmyeon memasukkan kayu-kayu yang sedang dipotong kecil itu ke dalam pendiang api, jarinya tercucuk bahagian kecil kayu. Lelaki itu mengaduh kesakitan lagi.
Irene yang terdengar dengan cemas datang membantu. Kayu kecil itu tersekat didalam isi tangan Junmyeon. Irene terus membantu mengeluarkannya supaya Junmyeon tidak perlu menganggung kesakitan dengan terlalu lama.
"Dah-dah, jangan buat lagi. Kau duduk sana," arah Irene.
"Tapi bahayalah api ni, Rene."
"Jangan degil! Kau tak biasa! Duduk sana!"
Junmyeon terpaksa akur. Dia duduk diatas kerusi sambil memerhati Irene yang sedang bertungkus-lumus untuk menghangatkan semula pendiang api.
Dia sedar, Irene perlu bersamanya sentiasa. Dia perlu lindungi Irene.
Dan dia sedar, Irene adalah definisi wanita sempurna baginya.
to be continued
Korang mesti pelik kan, apa kaitan cerita ni dengan duduk kampung etc. Dari ke bandar, balas dendam, ke kampung, dah baik-baik. TIBERRRR..
Dah, korang tunggu jelah. Ada sebab Taehyung datang.
Yang pasti, cerita ni takkan habis lagi.
Aku nak jadikan sinetron.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top