Part 38
Sebuah kereta Audi menyusuri jalan raya yang sesak, menyebarkan kemewahannya disebalik kereta-kereta biasa disisinya. Seorang lelaki berambut bangs duduk ditepi tingkap, menongkat dagu dalam keadaan bosan.
Perbalahan disekolah tadi membuatkan pengetua terpaksa memanggil keluarganya untuk datang menjemputnya. Ditepi bibirnya, ada kesan luka yang telah pun beransur kering.
Akan tetapi, dibahagian pemandu dan tempat duduk penumpang itu bukanlah ibu mahupun bapanya. Cuma ada bodyguard dan pemandu sahaja.
"One more fight then we're going to send you off to America, Kim Junmyeon!" Suara Puan Kim, ibu kepada Junmyeon dapat didengari daripada telefon.
"We're not going to tolerate with you again, Kim Junmyeon! For god sake, grow up!" Tengkingan Tuan Kim menyebabkan Junmyeon mematikan telefon milik pemandunya ke tanah sehingga ianya hancur.
Sekarang, Junmyeon akan dibawa pulang ke rumah. Tiada sesiapa yang berani untuk bersuara saat melihat betapa marahnya Junmyeon sekarang.
Grow up? Memang itu pun apa yang ibu dan ayah patut cakap pada anak mereka yang baru terlibat dalam masalah sebab nak tarik perhatian mereka. Sebab nak raih kasih sayang mereka.
Apa yang mereka harapkan daripada seorang remaja macam dia? Tamat sekolah dan ambil alih syarikat dan kahwin dengan perempuan kaya? Bullshit.
Junmyeon tak perlu semua tu. Junmyeon cuma nakkan kasih sayang ibu bapanya. Tapi tak ada sesiapa yang sedar akan hal itu.
Dia menyandarkan kepala ke tingkap sambil memandang ke luar sana. Kereta berhenti dihadapan traffic light buat seketika. Sedang dia memerhati, tumpuannya teralih pada seorang gadis berambut panjang yang sedang menunggu ditempat pejalan kaki.
Dia memakai jaket yang besar sehingga menutupi baju seragamnya. Kakinya mula melangkah melintasi jalan raya sambil tersenyum manis kearah nenek tua yang sedang dia papah.
Junmyeon terpaku. Dia tak pernah lagi bertemu dengan gadis secantik itu. Senyumannya secantik dewi.
Dan buat pertama kalinya, Junmyeon ada sebab kenapa dia perlu kekal di Korea.
Irene mengerutkan dahinya memandang Junmyeon. Dia tak faham maksud Junmyeon sekarang.
"Kita pernah berjumpa ke sebelum ni, Junmyeon?" soal Irene. Junmyeon tersenyum sinis.
Tangan Irene diraih dan disatukan dengannya.
"Bukan kita. Cuma aku je. Kau tak tahu betapa susahnya aku cuba untuk cari kau dulu. Aku hampir putus asa sampailah Inna datang. Aku bercinta dengan dia sebab dia mengingatkan aku pada kau. Dan miraclenya, lepas aku jumpa Inna, baru aku dapat tahu dia kakak kau."
Irene masih mendengar penjelasan Junmyeon dengan khyusuk. Hatinya seolah-olah melembut sekarang. Junmyeon kedengaran tulus dihadapannya.
"Aku cuba untuk putuskan hubungan dengan dia tapi aku pengecut kalau aku buat. Aku tak boleh tinggalkan gadis yang aku sayang untuk adik dia. Hanya sebab adik dia tu cinta pertama aku. Jadi aku cuba untuk berbaik dengan kau. Dan Inna–Inna salah faham."
Junmyeon menunduk. Ada satu keluhan berat keluar dari mulutnya. Dia memejamkan matanya buat seketika. Seolah-olah menyesal dengan apa yang telah dia lakukan kepada adik-beradik Bae.
Dia dah pecah-belahkan keluarga itu sampai buatkan mereka menderita dalam diam. Kalau dia jumpa Irene lebih awal, mungkin semua ni tak akan berlaku.
"Inna sayang kau, Irene. Tapi dia cemburu buta. Aku harap kau faham perasaan dia. Dia salah faham je."
"Salah faham sampai hajatkan adik sendiri mati?" Irene tersenyum sinis.
"Dia tak maksudkan pun.."
"It's okay. Memandangkan aku dah tahu semuanya, aku akan minta maaf secara terbuka nanti. Nama kau akan dibersihkan semula.."
Junmyeon menggeleng kecil.
"Biarkan hal tu, aku yang uruskan sendiri. Buat masa ni, kau baliklah ke rumah Wendy. Sampai masa nanti, aku akan datang ambil kau balik." Arah Junmyeon.
Dia melepaskan tangan Irene, membuatkan gadis itu tercengang.
Macam mana Junmyeon tahu yang dia tinggal dengan Wendy? Dia tak ada beritahu pun sebelum ni.
"Ambil aku balik? Junmyeon, kita akan bercerai–"
"Muktamad, Irene. Aku tak akan ceraikan kau walau apa pun yang kau fikir. A mistake is a lesson, Irene, not a loss. I can't bear with losing you once again. I'll make sure this is not the dead end. We'll make sure."
...
Irene meraup wajahnya beberapa kali. Sejak balik dari rumah Junmyeon tadi, moodnya punah. Kenapa Junmyeon degil sangat?
Lepas apa yang dia buat, Junmyeon masih boleh maafkan dia? Junmyeon dah hilang akal ke? Pembedahan dia ke yang beri komplikasi ni? Kalau lah betul, perlu ke dia buat laporan pada pihak hospital supaya periksa otak Junmyeon sekali lagi?
"Kau tahu? Aku terkejut sebenarnya yang Junmyeon masih boleh maafkan Irene. Lepas apa yang dia dah buat, dia masih nak cuba baiki rumah tangga dia. Tak semua orang macam tu zaman sekarang ni." Ujar Seulgi sambil menikmati snek sotong keringnya kepada Wendy.
Dia mengerling kearah Irene yang sedang termenung disebelahnya. Irene dengar, tapi dia tak beri respon. Mungkin sedang fikirkan sesuatu, fikir Seulgi.
"Kebanyakkan orang akan fikir ini penamatnya. Orang kata hubungan macam ni, toksik. Not healthy at all." Sambung Seulgi.
Wendy tersenyum pendek seraya menyambung, "Itu sebab dia betul-betul cintakan Irene. Dia tak beritahu Irene dulu sebab dia tahu, Irene tak akan percayakan sesiapa selain ahli keluarganya. Dia tak burukkan Inna sebab dia hormat Irene walaupun Irene layak tahu hal yang sebenar. Mungkin Junmyeon nak tunggu masa yang tepat. Tambah lagi dengan penyakit dia. Banyak benda yang dia perlu fikirkan."
Seulgi mengangguk. Kalau dia lah, mungkin dah lama dia tampar Irene sebab dah rosakkan hidupnya. Nasib baik dia Seulgi.
"Mana lagilah nak cari lelaki macam Junmyeon. Sudi nak baiki rumah tangga yang dah hancur dengan pasangan yang sama dan bukannya cari orang kedua ketiga." Kata Wendy lagi sambil tersenyum pendek.
Cuma Wendy harap, Junmyeon bukannya sedang berpura-pura sahaja saat ini. Wendy takut Junmyeon cuma gunakan perasaan bersalah Irene untuk jatuhkan gadis itu pula. Harapnya, firasatnya kali ini salah.
"Sidang akhbar tu akan diadakan esok. Jongin bagitahu. Kita dah boleh balik ke rumah agam lah nanti." Ujar Seulgi, gembira. Wendy menjongketkan keningnya dengan gembira.
"Baguslah. Tak sabar nak dapat balik hidup lama aku tanpa dua orang lalat dalam rumah ni." Wendy menyindir Seulgi dan Irene. Dia menerima cubitan daripada Seulgi.
"Cakap pasal Jongin, macam mana korang boleh bercinta? Bukan dulu kau kata cuma orang bodoh je yang akan bercinta dengan dia?" Soal Wendy, membuatkan pipi Seulgi merah merona.
Seulgi menggaru belakang kepalanya sambil tersengih malu. "Rasanya, aku lah orang bodoh tu."
Serentak itu, Wendy dan Irene ketawa besar.
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top