Part 32
Sehun melempar botol arak kearah dinding dengan kuat. Butang bajunya dibuka. Dia panas.
"Junmyeon tak guna! Irene tak guna! Korang hilangkan diri lepas dah bagi masalah pada aku! Shibal!!"
Sehun menumbuk dinding sehingga tangannya berdarah. Makanan yang berada diatas meja dilempar sesuka hati sehingga bilik karaoke itu bersepah. Sehun datang ke sini untuk menghilangkan stress sebenarnya.
Tapi lagi stress adalah. Semua orang bercakap tentang Junmyeon sekarang.
Mana-mana dia pergi, asyik mula lelaki itu sahaja yang kelihatan.
Sehun rasa ada kekosongan dalam hatinya. Dia banyak duit pun, tetap tak boleh lari ke mana. Bila terlibat dengan polis, semua duit tu boleh buatkan dia terbunuh.
Tak betah berada disana, Sehun membuat keputusan untuk beredar. Tak sampai setengah jam dia disana, dia dah rasa serabut. Sedang dia keluar, dia nampak sosok tubuh seseorang yang dia kenali.
Gadis itu nampak sedang menuju ke salah satu ruang karaoke. Sehun mengesat matanya dan berjalan mendekati gadis itu. Semakin dia dekat, semakin membesar bebola matanya.
Itu Sooyoung. Apa yang perempuan tu buat dekat bar ni? Jangan-jangan, perempuan tu nak jual tubuh? Shit! Sooyoung sedang tersenyum manis kearah salah seorang lelaki yang mempelawanya untuk masuk.
Belakang gadis itu disentuh oleh lelaki itu dengan sesuka hati. Sooyoung sendiri tak kisah dengan sentuhan tersebut. Membuatkan Sehun naik angin.
Dia berlari dan merentap tangan Sooyoung dengan kasar.
"Argh!" Sooyoung menjerit, terkejut. Bulat matanya memandang Sehun yang seperti Lucifer. Tajam mata lelaki itu memandangnya.
"Kau buat apa dekat sini?!" Marah Sehun. Sooyoung memandang Sehun dan lelaki disebelahnya secara bergilir-gilir.
"Sehun.. lepas.." Pintanya. Lelaki tadi merangkul pinggang Sooyoung dengan ketat. Menarik Sooyoung supaya menjauhi Sehun. Akan tetapi, tangan Sehun masih setia memegang Sooyoung.
"Kau siapa? Ini pasangan aku. Aku dah bayar dia—"
"Kau bayar?! Sooyoung kau gila ke?! Dah tak ada maruah?!" Marah Sehun. Makin menjadi-jadi anginnya bila mendengar apa yang lelaki keparat itu katakan.
Sooyoung mendengus kasar. Dia merentap tangan Sehun.
"Kau tak tahu apa-apa jadi jangan sibuk hal aku!" Balas Sooyoung. Dia ingin masuk ke dalam bilik karaoke itu tapi sekali lagi dihalang Sehun.
Sehun mendukung Sooyoung dengan kasar dan membawanya keluar. Lelaki tadi menjerit memanggil mereka namun Sehun tak peduli. Sooyoung meronta-ronta untuk turun. Dada Sehun dipukul.
Sehun memasukkan Sooyoung ke dalam kereta dan menguncinya. Tak membenarkan Sooyoung pergi. Masuk sahaja dia, dia terus memakaikan tali pinggang keledar kepada Sooyoung.
"Sooyoung..."
"Aku nak keluar!" Bentak gadis itu.
"Sooyoung. Aku tahu kita semua ada masalah sekarang ni. Tapi jual badan kau bukannya penyelesaiannya. Aku tahu kau bukan orang macam tu." Ujar Sehun. Sooyoung terdiam.
Sehun betul-betul nampak kesal dengan perbuatan Sooyoung. Dia meraup wajahnya.
"Kalau kau susah, kau hubungi aku. Aku boleh tolong. Tapi tolong jangan jejakkan kaki ke sana lagi. Kau terlalu berharga Sooyoung. Seorang perempuan tak patut dihambakan oleh lelaki." Sambung lelaki itu. Sooyoung masih tak menjawab.
Dia cuma memerhati wajah Sehun sahaja.
"Aku kerja, Sehun."
"Tapi itu bukan kerja.."
"Penyanyi sambilan. Aku kerja sebagai penyanyi sambilan dekat sana."
Sehun mengangkat mukanya. Dia nampak keliru.
"Apa?"
"Aku tak bodoh, Sehun. Kau ingat aku sanggup jual tubuh aku sebab tak ada duit? Aku lagi rela angkat batu berkilo-kilo taip hari daripada jadi pelempias nafsu lelaki lah." Balasnya, sinis. Sehun terkedu. Malu pun ada.
"Jadi.. kau bukan.."
Sooyoung menggeleng.
"Dia kata dia bayar—"
"Bayar servis aku lah. Menyanyi untuk sejam. Bukannya servis yang lagi satu." Sooyoung tak dapat menyembunyikan senyumannya. Dia ketawa.
Pipi Sehun merona merah sekarang. Dia tak pernah rasa semalu ini seumur hidupnya. Efek alkohol yang dia minum tadi ke ni? Sooyoung memerhati tangan Sehun.
Dia baru perasan ada kesan darah disana. Sooyoung terus menarik tangan Sehun untuk memeriksanya.
"Omo. Kau buat apa sampai jadi macam ni?" Soal Sooyoung, risau. Gadis itu mengeluarkan tisu daripada begnya dan mengelap darah tersebut. Sehun meringis kesakitan sementara Sooyoung meniup-niup tangan Sehun.
Jantung Sehun berdegup kencang dengan setiap sentuhan daripada Sooyoung. Ini kali pertama mereka sedekat ini. Haruman manis Sooyoung dapat dihidu dari sini. Sehun khayal.
"Sooyoung.. kau cantik."
"Tahu."
...
Irene keluar dari rumah setelah sekian lamanya bersembunyi. Pihak polis dah lama tak mencarinya selepas mendapatkan keterangan darinya. Mereka samaada percaya ataupun cuma berpura-pura sahaja.
Irene tak peduli tentang semua tu. Tipu kalau dia cakap perasaan bencinya tak bertambah. Dia kesal bila dapat tahu yang Junmyeon masih tak ditangkap. Dia sentiasa menunggu hari Junmyeon dikenakan hukuman oleh mahkamah. Tapi nampaknya, hari tu masih lama untuk tiba.
Gadis itu berjalan menuju kearah taman untuk membeli aiskrim. Dia ingatnya nak bersenam harini. Dah lama menternak lemak. Selesai membeli aiskrim, Irene menuju kearah buaian dan duduk disana. Ada seseorang datang duduk disebelahnya. Orang misteri itu bertudung litup seperti tidak mahu identitinya terbongkar.
Mereka duduk dalam diam. Irene sibuk memerhati kanak-kanak yang sedang bermain bersama ibubapanya.
Tak lama selepas itu, orang tersebut bangun dan menjatuhkan sepucuk surat dihadapan Irene. Irene yang perasan akan hal itu terus mengambil surat tersebut dan memanggil tuan empunya surat.
Dia terlanggar seorang budak kecil saat sedang cuba mengejar orang misteri itu.
Namun, orang misteri itu sudah pun hilang dari pandangan. Irene mengeluh. Baru dia nak kembali kearah buaian, dia berkerut saat ternampak namanya pada surat tersebut. Dia membukanya tanpa berlengah.
'Puas hati kau?'
Itu yang tertulis didalamnya. Puas hati apa?
Sehelai lagi kertas kecil jatuh. Irene mengambilnya dan membacanya juga.
'Kau akan menyesal. Apa yang kau buat tu bukan hal remeh, Bae Irene. Kau akan dapat pembalasannya.'
BUM!
Bunyi tayar kereta meletup mengejutkan Irene dan orang sekelilingnya. Irene terkejut. Aiskrimnya jatuh ke tanah. Ada orang sedang memerhati dia selama ini. Ada orang yang sedang mengugutnya. Tapi siapa?
Surat tersebut dikepal dalam keadaan marah.
"Tak guna. Berani kau ugut aku Junmyeon.." Irene melempar surat tersebut ke dalam tong sampah berdekatan.
Dia ingin beredar tapi terpaksa berpatah balik. Tanpa rasa geli, Irene mengutip semula kertas tersebut. Dia perlu tunjuk bukti kepada Wendy dan Seulgi.
"Orang tadi.. jangan-jangan perempuan simpanan Junmyeon.."
Irene bertambah kesal sekarang. Dia ingatkan semuanya akan bertambah baik bila syarikat Junmyeon lingkup. Tapi nampaknya, makin bermasalah adalah.
"Bae Irene? Buat apa dekat sini?"
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top