Part 26

"Bali?"

Irene terkebil-kebil memandang Junmyeon. Tiket ke Bali, Indonesia itu dipandang beberapa kali.

"Honeymoon kita. Kebetulan aku ada kerja sikit dekat sana." Jelas Junmyeon.

O2 Group mempunyai dua syarikat di Indonesia iaitu Jakarta dan Bali. Mereka semakin mengembang ke seluruh dunia dari tahun ke tahun.

"Itu je permintaan kau?" Soal Irene. Junmyeon mengangguk. Irene berdecit.

"Baik. Pastikan wartawan ikut sekali."

"As you wish, my queen."

...

Watermelon Sugar - Harry Styles


Irene keluar dari kereta bersama dengan Junmyeon. Lelaki itu membawanya masuk ke dalam lapangan terbang diikuti oleh para wartawan. Saat itu, ada penggambaran artis yang bernama EXU.

Wartawan yang sedang menemu ramah EXU terus beralih kearah Irene dan Junmyeon. Ahli EXU kelihatan bingung.

"He-helo? Kitorang ni EXU!"

"Ahh! Itu Tuan Junmyeon dan Puan Irene! Lagi popular dari korang!"

Wartawan berlari mendapatkan Junmyeon dan Irene. Seluruh lapangan terbang kecoh sekarang. Ahli EXU memberi pandangan tak berpuas hati. Mereka mencebik.

"Tapi cantik juga Irene tu." Ujar Suho, salahs seorang ahli EXU.

"Junmyeon lagi cantik." Ujar Leo pula, si maknae. Kepala Leo diketuk.

"Gay ke sial!" Marah abang-abangnya.

Berbalik pada Irene dan Junmyeon, keduanya sudah melepasi sekuriti. Junmyeon merangkul pinggang Irene dengan erat.

Mereka masuk ke dalam pesawat dan duduk ditempat kelas pertama. Hanya mereka berdua sahaja disana. Perjalanan mengambil masa yang agak lama. Irene sempat tertidur. Dia ada trauma dengan ketinggian sebenarnya. Tapi dia tak tunjukkan.

Tidur merupakan penyelesaiannya.

Tak lama selepas itu, pesawat mendarat dilapangan terbang Seokarno, Jakarta. Mereka perlu mengambil satu lagi penerbangan ke Bali. Sejam kemudian, barulah mereka tiba di Bali.

Keadaan di Indonesia agak panas buat Irene. Sudahlah dia memakai baju hitam yang agak tebal sekarang. Dia membuka jaketnya dan mengikatnya pada pinggang.

Junmyeon menahan teksi untuk ke destinasi. Irene cuma memandang ke luar dan melihat orang-orang tempatan. Kemudian, mereka menukar teksi kepada ojek pula.

Kata Junmyeon, dah sampai tempat orang ni, kenalah cuba cara orang.

Ojek merupakan teksi yang aneh bagi Irene. Tak ada pintu dan tingkap. Seolah-olah motor yang ada tiga tempat duduk. Senang orang nak merompak.

"Serius lah kita naik benda ni?" Soal Irene. Junmyeon mengangguk sambil tersenyum jahat.

Sampai disatu tempat yang sesak, ojek bergerak dengan agak perlahan.

"BABI! BABI!"

"BABI GORENG! BABI PANGGANG!"

"BABI SALAI! BABI BBQ!"

"SUP BABI! AYOO MBAK! SILAKAN!"

"ANJING BAKAR JUGA ADA NYONYA!"

Irene mengerutkan dahi sahaja mendengar apa yang dijeritkan oleh orang ditepi jalan. Mereka menjual sesuatu tapi dia tak faham apa yang ditulis pada papan.

Ada anjing dan babi yang berada ditepi jalan juga, sedang memakan daging.

"Sate babi, mbok?" Tawar seorang penjual.

Irene memandang Junmyeon, meminta pertolongan. Saat itu, tangan penjual itu mahu menyeluk beg Irene, ingin mengambil sesuatu.

"HEI!" Jerkah Junmyeon seraya memegang tangan Irene.

"Anjing lo bule!"

Penjual itu terus beredar kerana ketakutan. Pemandu ojek menggeleng-geleng kecil. Tak peduli sangat dengan apa yang berlaku.

Irene melihat pula ada perarakan yang berlaku ditengah-tengah jalan. Mereka memakai topeng yang aneh.

"Itu perayaan diorang. Malam ni, malam nyepi rasanya." Jelas Junmyeon. Irene mengangguk kecil.

Topeng tersebut terlalu menakutkan sehingga membuat Irene mencengkam lengan baju Junmyeon. Dia menyorokkan wajahnya daripada diusik oleh orang tempatan.

Mereka akhirnya sampai disebuah resort yang mewah. Ianya ditepi pantai. Sangat menenangkan.

Keduanya diiringi oleh pengurus resort masuk ke dalam. Mereka diberikan bilik yang paling mewah sekali disana.

"Jadi, buat bapak dan ibu. Tolong malam ini kekal dikamar ya?" Pintanya. Junmyeon mengangguk sementara Irene memandang sekeliling.

Junmyeon mencuit lengan Irene. Membuatkan gadis itu tersentak.

"Ya?"

"Dia kata jangan keluar malam ni. Dilarang sama sekali." Jelas Junmyeon. Irene memandang Junmyeon, tak percaya.

"Ni sebahagian rancangan kau je kan?" Duganya.

"Aniyo. Aku tak sejahat tu ye?" Balas Junmyeon.

"Tak percaya aku. Walau apa-pun, jangan dekat-dekat dengan aku." Perintah Irene. Dia terus masuk ke dalam bilik tanpa menunggu Junmyeon.

Junmyeon tersenyum. Malam ni bakal menjadi malam yang menarik buatnya.

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top