038 | Try
. . . . . . . . . . . . . . .
Kaeun POV
. . . . . . . . . . . . . . .
Seminggu telah berlalu , kini aku bersama Jihee serta ahli keluarga Jihoon termasuk Jeonghae berada di mahkamah .
Jeonghae jadi saksi , aku yang berdebar ufufuf tolonglah aku tak nak penyangak ni terlepas , da lah handsome keji lak tu eh
"Peguam dakwa sila kemukakan hujah anda"
Kata tuan hakim . Maka , peguam Jeonghae bangun dari kerusi untuk memberikan hujah . Aku yakin kalini peguam Lee akan bagi hujah padu .
"Terima kasih tuan hakim . Mangsa menyatakan bahawa pada malam sebelum dia ditembak dengan pistol jenis kombat.."
Peguam Lee menayangkan gambar menggunakan slide iaitu gambar pistol yang digunakan serta beberapa gambar kesan tembakan pada badan Jeonghae .
Aku sendiri takut nak tengok kesan tembakan tu , haihhh jantan ni patut kena gantung sampai mati atau tembak sampai mampus .
Kalau ikut aku , mahu aku rejam dia pakai batu . Biar padan muka dia grr , jadi aku tumpu semula pada sesi hujah tadi .
"Ketika itu , mangsa sedang mengandungkan anak pertama mereka akan tetapi gugur disebabkan ditembak . Ini dokumen sah dari doktor yang merawat mangsa"
Peguam Lee menyerahkan dokumen tersebut kepada tuan hakim . Jeonghae yang sedang duduk bersebelahan Peguam Lee hanya memandang tajam penyangak tak guna tu .
"Baiklah , terima kasih . Pihak mahkamah akan berehat seketika dan kembali pada 2.30 petang"
TAPP TAPP !
Jadi , semua orang mula bersurai tapi ada yang duduk dalam mahkamah sebab malas kut ?
"Isy ! Aku risaulah kalau tuan hakim kena suap grr"
Kata Jihee . Kan , aku pun risau tapi kalau ye lah , aku gigit bontot tuan hakim tu sampai lunyai . Berani dia grr
"Eh kau ni janganlah fikir macam tu"
Hyunwoo marah Jihee . Eh mamat ni sibuk je , dia just risau apa masalahnya ? Btw kes ni da tersebar woo
Satu korea heboh pasal kes Jeonghae , semua terkejut termasuk makhluk dalam group Makciks Bawang Universal tu .
Dorang punya terkejut sampai ada yang terkentut kentut alahai buruknya perangai korang .
"Jeonghae , kau nak air ? Kau nampak nervous lah"
Soal Jihee kepada Jeonghae plus muka dia pun nampak pucat ? Kau sakit ke apa ni Jeonghae ?
"Jeonghae demam ke ?"
Soal Jihoon pula sambil meletakkan kedua dua tangannya pada pipi Jeonghae elelelele sweet nya alahai .
Jeonghae pula just gelengkan kepala sambil mengukir senyuman di bibir . Jihoon mula peluk Jeonghae .
Dan itu membuatkan aku nak peluk si Jihee alahai Jihee kenapa aku rasa lonely sangat ni ? Halah halah
"Kau kenapa shibal main peluk orang ni ?"
"Salah ke aku peluk kau ? Bukan haram pun luls"
"Aku cepuk juga kau ni kang"
Jihee buat muka annoying , hm segera aku melepaskan pelukan tadi . Menyampah ahh gini .
"Yela , tak peluk da grr"
Tepat 2.30 petang , semua da berkumpul dan sekarang cuma tunggu keputusan tuan hakim . Berdebarnya alahai .
"Pihak mahkamah telah membuat keputusan bahawa Jung Ilhoon serta rakannya di gantung sampai mati disebabkan telah menculik , membunuh dan menjual organ"
TAPP TAPP !
Oh yeah !! Wahai warga korea , anda semua telah selamat dari pembunuh bersiru ini ! Tahniah !!
Muka mamat tu da cuak , Jihoon berjalan ke arah Jeonghae yang berada di meja peguam .
"TAK GUNA ! SIAP KAU BETINA !"
Ilhoon tetibe menjerit macam kena sawan , sekali dia terlepas dari pegangan pihak polis .
Dia berlari lalu mengambil pengetuk tuan hakim . Dia nak pukul Jeonghae ! Keadaan mahkamah menjadi riuh .
"JEONGHAE !!"
Jerit omma Jeonghae dan omma Jihoon secara serentak . Sekali Jihoon memeluk Jeonghae dan dia kena pukulan padu oleh Ilhoon .
Tersembur darah dari mulut Jihoon . Polis datang melepaskan pistol elektrik pada Ilhoon . Akhirnya , lelaki tu tumbang .
Apa lagi , kami berkerumun kat Jihoon . Serious tho Jihoon tak sedarkan diri oh gosh !
Hyunwoo segera menelefon ambulan . Jeonghae da menangis teresak esak sambil memangkukan kepala Jihoon .
Shit ! Kurang ajar kau jantan ! Kau yang mula dulu tanpa fikir kesudahannya dan sekarang da dapat hukuman mati , baru nak takut ke sampai nak pukul orang lain !
Satu jam berlalu , Jihoon dibawa ke hospital ditemani Jeonghae dan Hyunwoo . Aku , Jihee dan keluarga Jihoon serta keluarga Jeonghae bergerak ke hospital secara berasingan .
Dan bertambah kecoh kat media sosial pasal Jihoon kena pukul . Alahai wahai netizen sudah sudahlah nak hebohkan cerita grr .
Sesudah sampai di hospital , kami semua menunggu Jihoon di ruang menunggu . Harap Jihoon takde pape sebab tengok Jeonghae makin teruk nangis .
Mata tu da sembab da , hingus pun da meleleh leleh hm aku merapati dia . Aku memeluk bahunya .
"Kau jangan risau , semua akan ok"
"Macam mana kalau Jihoon tetibe tak ok ?"
"Kau janganlah fikir sampai macam tu , aku yakin Jihoon kuat sama macam kau"
Jeonghae mendaratkan kepalanya pada bahu kanan aku . Relax Jeonghae , everything will be fine :)
Nampaknya ff ni makin sampai kemuncaknya HAHAHA hm tapi aku sedih sebab tak dapat tengok MAMA (ಥ_ಥ)
Patutnya chap ni update sebelum pukul 12 tau tapi disebabkan maxis ada masalah teknikal , tu yang update pukul 1 lebih grr
+vote+comment+
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top