031 | Finally
BANGG !
AK AK AK AK !
Bunyi peluru dilepaskan dari pistol membuatkan burung gagak yang bertenggek di dahan pokok berterbangan .
Seorang ajussi yang sedang mencari dahan kering terdengar tembakan tadi terkejut sampai hampir saja dia terkena serangan jantung .
Dengan perasaan panik , dia segera berlari menaiki motor skuter yang dibawanya untuk mencari dahan kering .
Tiba saja di balai polis terdekat , ajussi tadi mempercepatkan langkah memasuki balai tersebut .
"Ya , encik . Apa yang boleh saya bantu ?"
"Fuhh saya terdengar bunyi tembakan dari dalam hutan kat depan sana . Saya cuma takut sebab sekarang banyak kes culik atau apa apa je . Saya harap tuan boleh check kawasan tersebut dengan segera"
Kata ajussi panjang . Pegawai polis tadi hanya mengangguk kepala dengan muka serious .
"Baiklah , ajussi sila buat aduan dulu . Hisham ! Panggil skuad untuk meneroka kawasan hutan depan sana . PALLI !"
Kali kedua , ajussi ni hampir terkena serangan jantung disebabkan jeritan pegawai polis sebentar tadi .
Setelah Hisham sudah mengumpulkan skuad seperti yang diminta oleh ketuanya . Akhirnya , mereka bergerak dengan satu badan pakaian lengkap serba hitam selepas mendengar taklimat dari pegawai polis tadi .
Sebaik saja , mereka sampai dan didapati ada sebuah kilang lama yang masih bercahaya membuatkan salah seorang ahli skuad iaitu Chanwoo berasa takut .
Uwuuu takut ke bang ? HAHAHAH
"Baiklah , alpha 1 , alpha 2 dan alpha 3 move now"
Arah ketua mereka , Tuan Joo iaitu pegawai polis tadi . Maka , bergeraklah pasukan tersebut ke sisi serta belakang kilang .
. . . . . . . . . . . . . . . .
Jeonghae POV
. . . . . . . . . . . . . . . .
Perut aku rasa sakit sangat dan pedih . Aku cuba membuka mata dan aku masih berada di kilang tersebut .
Aku melihat perut ia masih berdarah , tangan aku semua nampak pucat . Aku tak rasa aku boleh bertahan lama hm .
Air mata masih menitis satu persatu , da tak sanggup nak tengok keadaan aku macam ni . Anak omma , rehatlah kat sana hiks
"Eh aku ingat kau da mati"
Ilhoon sengih sambil tangan bersilang di dada . Aku hanya endahkan kata kata dia , ingat aku ada masa nak dengar ?!
Dia mendekati aku lalu meletakkan kedua dua tangannya di sebelah dua belah bahu aku .
"Siapa suruh larikan ? Tak memasal anak kau mati eheh"
PANGG !
Bunyi pintu ditendang . Ilhoon terkejut , terbeliak terus mata dia . Pistol yang terdapat di poketnya segera dikeluarkan .
Apa yang berlaku ? Aku tak mampu nak pusing . Dan sekarang bunyi tembakan berbalas tembakan didengari .
Pandangan aku semakin kabur , bunyi yang berada di sekeliling aku hanya samar samar . Sakit yang aku alami semakin mencengkam grr .
"Cik ? Cik ?! Tolong bertahan !"
Kali ni , pandangan aku semakin kabur . Muka empunya suara langsung aku tak dapat tengok . Mana tahu handsome hm da nazak pun masih nak usya hm
"Panggil ambulan cepat ! Ada seorang mangsa nazak di sini !"
Kini , aku pengsan semula . Perghh kali ni memang aku rasa da nak mati tapi aku tak nak mati dalam keadaan macam ni hiks .
. . . . . . . . . . . . . .
Jihoon POV
. . . . . . . . . . . . . .
Aku rasa tak sedap hati betullah . Haihh kini aku berada di rumah Hyunwoo , dia pun sama macam aku . Risau .
KRINGG !
Incoming call from Unknown Number.
Hm siapakah ? Mungkin Jeonghae , aku mengangkat panggilan tersebut .
"Hello"
"Hello . Siapa ni ?"
"Saya dari Hospital Seoul . Boleh saya bercakap dengan waris Puan Jeon Jeonghae"
Berdegup kencang jantung aku . Ada sesuatu yang berlaku kat Jeonghae ke ? Oh andwae .
"Saya suami dia"
"Ohh . Isteri encik kini berada di hospital , saya harap encik boleh datang dalam kadar segera"
"Ba-baiklah"
Sebaik saja panggilan tersebut tamat , jaket dan kunci kereta aku ambil . Memandangkan angin sejuk kat luar disebabkan hampir ke musim salji .
"Jihoon ! Kau nak pergi mana ?"
"Jeonghae ada kat hospital . Cepatlah !"
Marah aku kepada Jihoon . Ya , emosi aku sekarang tak dapat nak kawal . Kalau boleh nak je nangis hm .
Kemudian , kami bergerak dengan pantas menuju ke Hospital Seoul . Ya Tuhan , jangan apa apa yang berlaku kat Jeonghae dan anak aku .
Sebenarnya tadi aku ada bagi tahu Hyunwoo yang Jeonghae mengandung dan that time juga aku kena marah teruk dengan Hyunwoo .
Hm aku sedar aku tak pandai jaga Jeonghae . Ni mungkin balasan untuk aku huaaa .
Sampai saja , aku berlari memasuki hospital dengan panik . Selepas bertanya , nurse yang jaga kaunter , aku bergerak ke bilik kecemasan .
Nampaknya , Jeonghae masih di rawat di dalam sana sebab lampu masih merah . Aku duduk di kerusi yang ada di situ sambil menunggu sampai selesai rawatan terhadap Jeonghae .
Hyunwoo turut duduk di situ . Dia pergi call omma appa Jeonghae dan omma . Tetibe perasaan takut menyelubungi diri .
ZEZZZZZ ! [ sound effect apa ni pfft ]
Terus aku memandang pintu bilik terbuka , doktor dan beberapa orang nurse keluar dari bilik tersebut .
"Siapa waris kepada Puan Jeonghae ?"
"Saya , doktor"
"Maafkan saya , encik . Kandungan isteri encik tidak dapat diselamatkan akibat kesan dari tembakan diperutnya"
Air mata mula bertakung di tubir mata , aku tahu ni cuma mimpi je kan ? Doktor tadi terus beredar selepas berkata sesuatu kepada Hyunwoo .
Ni last update tau , lepas spm aku sambung update balik huhu 💖
Debaran spm semakin dirasai
*bergoyang lutut*
+vote+comment+
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top