5

Dadaku terasa sesak dan nafas yang dihembus menjadi tidak teratur. Jantung aku tak berhenti mengepam dengan laju.

Perangai dan perlakuan Jungkook benar-benar mengejutkan aku. Tak mungkin aku silap. Tak mungkin jiran gila dan psiko di sebelah aku ini adalah Mr Jeon Jungkook.

Jujur. Aku takut.

Mataku masih ralit memerhati bayang di bawah pintu. Selepas beberapa minit, bayang Mr Jeon Jungkook berlalu pergi diikuti dengan bunyi pintu yang ditutup kuat.

Aku meletakkan kedua-dua tangan di dada dan menarik nafas lega.

Kepalaku diletakkan di atas sofa. Aku berasa letih dan sangat takut. Tanpa menunggu masa yang lama, akhirnya aku terlelap dibuai mimpi.

Lena aku terjaga dengan bunyi ketukan di pintu. Aku bangun secara mengejut dan meluru ke pintu rumah perlahan-lahan.

Aku bimbang Jungkook datang lagi dengan perangai psikonya. Selepas itu, aku mendekatkan badan di pintu.

"S-siapa?"

Sepi. Tiada satu suara pun membalas soalan aku. "Siapa tu?" Ujar aku . Soalan yang sama ditanya sekali lagi dengan nada suara yang sedikit ditekankan. "Saya..Jungkook. Tolong buka. I promise i won't do anything to you. Please, saya akan explain semuanya."

Dia lagi? Baru dua hari aku kenal Mr Jeon, dah nampak perangai gila dia. Ini belum berbulan lamanya!

Aku berkira-kira ingin membuka ataupun tidak pintu rumah. Tingkah laku Jungkook beberapa jam yang lepas boleh sahaja buat aku diserang mati mengejut.

Aku harap keputusan aku ni diiringi perlindungan dari tuhan.

Pintu aku buka . Hanya sedikit. Gila ke apa? Mahu diterkamnya aku oleh Mr Jeon Jungkook seperti tadi?

Tidak!

Tangan Jungkook kosong. Tiada sebarang pasu bunga di tangannya. Dia membalas renungan aku dengan senyuman hambar.

"Kita discuss tentang perangai gila saya tadi. Boleh? Saya kena jelaskan semuanya."ujar Jungkook tegas.

Aku tergamam. Mulutku melopong apabila terdengar kata-kata Jungkook.

Dengan senangnya Mr Jeon mengaku perangai dia gila!

Aku menelan air liur yang terasa kasar. Kepala dianggukkan dan aku mengisyaratkan Jungkook untuk masuk.

Aku juga boleh tergolong dalam dalam orang yang gila. Kenapa? Aku baru sahaja membenarkan lelaki berperangai gila dan psiko ini masuk ke dalam rumah.

Hae Yoon memang seorang yang suka mencari pasal!

Jungkook duduk di sofa kecil berhadapan dengan aku. Persekitaran ruang tamu yang sempit membuatkan udara di sekeliling berasa panas.

Aku menatap muka Jungkook. Dia merenung lantai selama beberapa minit sebelum membuka mulut untuk menerangkan segalanya.

"Actually saya..salah saya. Saya tak patut benarkan awak masuk ke dalam rumah. Waktu saya marah, sesiapa pun tak boleh ada berdekatan. Di depan mata saya."jelas Jungkook perlahan.

Jungkook ada penyakit panas baran ke..? Hopefully sebab kalau panas baran aje aku tak perlu risau sangat. Kalau sakit mental atau psiko, mahu cuak aku berjiran dengannya.

"K-kenapa?" Saat soalan itu terlontar dari mulut aku, suasana menjadi dingin. Anak mata Mr Jeon setia memandang tajam mata aku.

"Sebab saya tertinggal ubat saya di rumah parents. Too bad jarak dari sini ke rumah mereka terlalu jauh. Ambil masa seminggu juga untuk ubat sampai ke tangan saya."

Penjelasan Jungkook aku fahami satu persatu. Jariku gelisah bermain dengan hujung baju blouse yang dipakai aku.

"Boleh s-saya tahu kenapa ubat itu penting? A-wak ada sakit misteri ke? M-minta maaf! Saya terlalu banyak bertanya Mr Jeon!"

Aku segera menunduk meminta maaf. Soalan yang keluar dari mulut aku seperti peluru. Tak berhenti menembak Jeon Jungkook dengan soalan.

"Ubat tu mampu mengawal saya. Saya ada masalah. Saya sakit ...di sini." Jari telunjuknya diarahkan ke kepalanya.

Mr Jeon Jungkook selepas itu memberi senyuman kepada aku. Senyumannya yang membawa 1001 misteri.

----💕-----
A/N: Rasanya chapter ni panjang sikit. Harap tak bosanlah ye readers semua. Cerita ni agak twist sikit plot dia. So, get ready aje nanti! Hadiahkan saya vote jika suka ;) komen sangat dialu-alukan.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top