4
Kami berdua terkedu dengan kehadiran masing-masing. Aku mahupun Mr Jeon Jungkook langsung tidak bersuara selepas pertemuan mengejut di muka pintu itu.
Dunia ni kecil betul. Sampaikan jiran baru aku adalah Mr Jeon yang merangkap pensyarah terbaru di Universiti Big Hit.
"Ha-ha-ha" Gelakkan aku disengajakan untuk mengurang suasana awkward yang mula memainkan peranan.
Mr Jeon berdehem dan matanya mengisyaratkan aku sesuatu.
Dia nak aku tolong dia ke?
"Kalau Cik Hae Yoon free, saya nak minta bantuan cik sekejap. Tolong angkat kotak warna hijau tu dalam rumah saya. Boleh?"
Aku terus memandang kotak berwarna hijau. Kepalaku mengangguk tanda setuju dengan permintaan Mr Jeon.
Langkah aku turuti Mr Jeon masuk ke dalam rumah tersebut. Kelihatan perabot-perabot baru sudah sedia dimasukkan ke dalam rumah. Cuma susunannya agak tidak teratur lagi.
Mr Jeon meletakkan kotak yang berada dalam genggamannya. Peluh di dahi dia kesat perlahan.
"Duduklah dulu. Saya buatkan air."
Aku melabuhkan punggung. Mataku meliar memandang sekeliling. Rumah yang dulunya kepunyaan ahjumma Min akhirnya menjadi milik Mr Jeon Jungkook.
Aura ketenangan yang dirasakan sebelum ini sewaktu aku sering singgah ke rumah ini bertukar begitu sahaja.
Sangat berbeza. Sangat lain auranya apabila rumah ini didiami oleh Mr Jeon.
Aku rasa aura yang sunyi, kesepian dan muram. Tanggapan negatif tentang aura rumah Mr Jeon cepat-cepat aku tepis.
Aku kenal dia rapat pun tidak. Sesuka hati je aku assume Mr Jeon macam ni.
Aku perlu kenal dia dulu , arasseo?
"Minumlah. Air teh je saya mampu hidangkan kepada Cik Hae Yoon." Ujar Mr Jeon dengan nada mendatar.
Aku tersenyum nipis dan menghirup sedikit air teh yang dibuat olehnya.
"Terima kasih Mr Jeon."
Dia mengangguk tanda faham. Tangan kanannya diarahkan kepada aku. Aku menyambut tangannya dan kami bersalaman.
"Gembira dapat bertemu sekali lagi. Sebagai jiran pula tu.. Panggil saya Jungkook saja di sini."
Telefon Mr Jeon berdering. Aku yang berada di hadapannya menoleh ke arahnya.
Mr Jeon melihat telefon pintar yang berada di telapak tangannya.
"Haish" Rengusan kasar keluar dari mulut Mr Jeon.
Aku yang dari tadi senyap memerhati berasa sedikit cuak dan risau.
Dia menjawab panggilan dengan menekan kasar skrin telefon miliknya. Mr Jeon atau aku gelar Jungkook pada waktu sekarang menjadi tidak tentu arah.
Ada sesuatu yang buruk berlaku kepadanya?
"Ya? Saya Jeon Jungkook. No! Saya takkan pulang semula ke tempat tersebut. I said once again and my answer is NO!"
Nadanya kedengaran seperti memprotes akan sesuatu yang tidak disukainya.
Keningnya berkerut mendengar penjelasan oleh seseorang. Mulutnya dicebikkan. Berkemungkinan Jungkook marah dengan orang yang menelefon dia sebentar tadi.
Serentak dengan itu, skrin di telefon ditekan dan telefon berjenama Iphone X itu dilontarkan ke arah sofa yang berdekatan.
Aku yang sudah diserang rasa kurang selesa dan takut terus berdiri.
"J-jungkook, saya minta diri dulu."
Jungkook menghela nafas. Padangannya tajam memandang aku.
Jam tangan Daniel Wellington yang dipakai direnungnya.
"Tiga saat. Aku bagi kau tiga saat untuk keluar."
Aku terpinga-pinga. Kening diraih . Aku tak faham semua ini. Mr Jeon dengan perubahan sikapnya yang mendadak.
"1"ujarnya keras.
"J-jung..k-kook. K-kenapa?"aku soal ketakutan.
Butang pertama baju kemeja yang dipakainya dibuka.
"2"
Kaki aku pantas berundur ke belakang.
Tangan aku sudah membuka tombol pintu rumah Mr Jeon.
Sebaik sahaja kaki aku melangkah keluar, aku terdengar gelakan halus yang keluar dari mulut Jungkook.
"Tiga. Tamat."
Mr Jeon Jungkook bangun. Pasu yang berada di sebelah sofa yang didudukinya diambil laju.
Langkahnya dituju ke arah aku.
Aku terkejut. Aku berlari masuk ke dalam rumah. Pintu dikunci rapat.
Beberapa saat selepas itu, aku dapat melihat bayang seorang lelaki berada di depan pintu rumah aku.
God, thank you saving me.
Mangga di pintu aku berjaya kunci dengan pantas. Nafas dihelakan . Penat dan takut.
Apa yang sudah terjadi?
----💕-----
A/N: Some kejutan untuk readers semua. Hadiahkan authornim dengan vote dan komen.see you later in next updateeeeeee.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top