39

A/N: Cuba komen satu babak dalam story ini yang korang suka.

;)

----
Aku bergelut ingin lepaskan diri daripada anak Jeon itu. Usaha langsung tak membuahkan hasil.

Pelukannya makin erat. Hujung kapak yang tajam ditekan sedikit ke arah leherku.

"S-sudahlah Jungkook. Saya dah tak nak main dengan awak. Kita m-mula hidup baru ye? Awak..saya. kita berdua aje. P-please Kook!"aku rayu Jungkook sebaik mungkin.

Seberani mana pun aku, aku tak boleh melampaui batas. Anak dalam kandungan ni tak bersalah. Aku tak boleh cuai.

Elakkan diri dari dibunuh oleh Jungkook.

Kau boleh Yoon. Pasti boleh!

---
Hae Yoon memperoleh idea yang mengejut. Satu idea yang mungkin kedengaran gila. Namun, dia merasakan idea itulah yang akan menyelamatkan dia, Jungkook dan anak mereka berdua.

Gadis bertubuh kecil yang berada dalam pelukan Jungkook itu menaikkan tangan mendekati pipi Jungkook. Dia tekap jari-jarinya di pipi lelaki psiko itu.

Sebuah ciuman dihadiahkan olehnya di bibir Jungkook.

Jungkook terkejut. Bibirnya yang tersenyum sinis berubah bentuk. Jungkook membalas dengan senyuman yang meruntunkan jiwa Hae Yoon.

Jungkook tersenyum manis. Malah, Jungkook sudah tersenyum lebar apabila Hae Yoon mengambil kapak yang berada di tangannya.

"Kau tawarkan diri nak kapakkan diri kau sendiri ke Yoon?"soal Jungkook.

Soalannya bagai orang hilang akal. Psikonya sudah menembusi tembok keberanian Hae Yoon.

Namun, Hae Yoon pasrah. Kalau Jungkook dah menggila, apa salahnya jika dia juga menggila?

"Tak Jungkook. Cara bunuh ni tak best lah. Saya prefer awak bunuh saya di banglo. Barulah ada kenangan. Tak gitu?"

Hae Yoon menarik nafas lega. Jungkook mengangguk kepala tanda setuju. Hae Yoon ambil kesempatan untuk mencampak tali dan kapak Jungkook di atas tanah.

Tubuh badan Jungkook ditolak lembut untuk masuk ke kerusi sebelah pemandu.

Jungkook angkat kening. Dia meminta penjelasan Hae Yoon. Jungkook pun menjadi bingung dengan tindak-tanduk Hae Yoon.

Hae Yoon menggelengkan kepala. Dia memberi Jungkook senyuman yang dibuat-buat.

Hati perempuannya tidak kuat melakukan semua itu kepada Jungkook. Dia ingin Jungkook pulih.

---

Jungkook, jangan ingat kau sorang sahaja yang boleh menggila dengan perangai psiko kau.

Hae Yoon pun mampu.

----
Aku menutup pintu kereta. Kereta usang itu dihidupkan dengan dua kali percubaan.

Setelah berjaya, aku segera menekan pedal minyak. Kereta yang dinaiki aku dan Jungkook memecut laju meninggalkan kawasan rumah sewa.

Aku memandu tanpa arah tuju. Jungkook yang duduk di kerusi penumpang seperti baru tahu dengan idea gila aku sudah mula mengamuk.

Dia menghentakkan tangannya di cermin kereta. Bibirnya diketap penuh geram.

"Ini bukan jalan ke rumah aku. Dah tersasar jauh setan! Kau dah rancang benda gila apa Yoon?!"jerkah Jungkook.

Dia menarik tangan aku yang terletak di stereng. Aku tepis semula dengan pantas. Stereng dipegang kejap.

Aku renung Jungkook.

Aku cuba cari cinta yang ada di anak matanya.

"J-jungkook, saya nak awak ingat ayat ni sampai bila-bila. Saya sentiasa cintakan awak. Always. Ingat tu. Jangan marah saya tau. Saya buat semua ni bersebab. J-jangan nakal lagi tahu?"aku serang Jungkook dengan deretan ayat panjang yang keluar dari mulut.

Jungkook bertindak seperti yang dijangka oleh aku. Dia mengamuk persis anak kecil. Habis dihentaknya kaki dan tangannya.

Bibirnya tak henti-henti menyebut nama aku.

"Kau memang tak guna Yoon. Tapi, kau akan selalu ada dalam h-hati Jungkook. Hae Yoon just for Jeon Jungkook!"ujar Jungkook.

Dia menundukkan kepala. Bibirnya mengucup perutku. Dia meletakkan jari-jarinya di leher aku.

"Cepatlah. Kata nak mudahkan kerja aku bunuh kau."kata Jungkook tanpa perasaan.

Lihat sendiri. Sebentar tadi dia romantik, sekarang psiko.

Jungkook benar-benar menguji iman aku.

Aku menyentuh bibir Jeon Jungkook. Aku pasti akan rindukan sentuhan kau selepas ini.

Maafkan aku.

Aku tolak tubuh Jungkook menjauh dari tubuh aku. Dia tersandar kasar di kerusi bersebelahan.

Aku tekan pedal minyak lagi. Aku sandar badan dengan lemah di kerusi pemandu.

Kereta yang muncul di laluan bertentangan membantu idea aku supaya berjalan lancar.

Aku membuka seatbelt yang dipakai oleh aku dan Jungkook.

"I love you Jungkook. Surprise!"ucap aku dengan nada sedih.

"Kau pun psiko, Yoon. Aku suka"balas Jungkook. Dia tergelak sinis. Bibirnya dicebik seolah-olah mengejek aku.

Tanpa menunggu masa yang lama, stereng kereta aku pusing ke arah kanan. Satu saat, dua saat..

Kereta dinaiki aku berlanggar dengan kereta dari arah bertentangan.

Pandangan mata aku menjadi gelap. Aku merasai sakit yang teramat sangat. Jungkook di sebelah aku sudah diam membisu. Wajahnya berlumuran darah.

Sempat lagi telefon bimbit aku capai. Nombor seseorang aku dail.

"T-tolong saya. Tolong..tolong selamatkan saya dari Jeon Jungkook."

Maafkan aku Jeon Jungkook. Kau perlukan rehat yang panjang.

Takkan sepanjang masa kau nak kejar aku? Aku bagi kau rehat lama Mr Jeon Jungkook.

💑
Final chapter kalau sempat, saya update esok.

TQ untuk sokongan anda sehingga saat ini. ❤

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top