38

A/N: jangan tergoda dengan JK disebabkan chapter ini. ;)

----
Aku memandang kereta Jungkook yang sudah berlalu pergi meninggalkan tempat letak kereta dalam Universiti Big Hit.

Aku ketap bibir. Bibir aku menggigil apabila teringatkan bayangan Jungkook sebentar tadi.

Lehernya yang basah lencun dengan darah. Aku tak yakin Jungkook yang cederakan diri sendiri. Dari tekaan aku berdasarkan riak wajahnya, Jungkook dilanda masalah yang besar.

Aku tak boleh larikan diri lagi daripada dia. Apa-apapun, aku harus berani menghadapi Jungkook.

Jungkook, kau tunggu aku datang.

----
Hae Yoon tergesa-gesa menekan butang lif. Gadis itu menjadi semakin panik. Berpeluh-peluh dia berdiri keseorangan di dalam lif tersebut.

Kali ini, dia sudah tidak ingin dibelenggu rasa takut lagi. Demi Jungkook, dia sanggup menerima takdir yang berlaku selepas ini.

"Aku n-nak Jungkook sentiasa ada dengan aku. Aku nak kau bahagia Jungkook."gumam Hae Yoon perlahan.

Pintu lif terbuka. Seorang lelaki yang dinantikan Hae Yoon menunggu di depan lif.

Bibir Hae Yoon tersenyum simpul ketika tubuh badan Jungkook yang sedang diam berdiri di depan lif singgah di pandangan matanya.

"Jungkook..jungkook. Yoon dah sampai."sebut Hae Yoon perlahan.

Matanya ralit memerhati tangan Jungkook.

Jungkook pandang Hae Yoon  dengan riak wajah kosong.Lehernya yang luka teruk kelihatan sudah berbalut. Di tangan kanannya, digenggam erat sebuah kapak. Manakala, di tangan kirinya terlilit elok segulung tali.

Hae Yoon tanpa sedar terundur ke belakang.

Jarinya sudah menyentuh butang lif untuk tutup.

"Lari selagi boleh. Aku dapat je kau. Kapak dan tali ni aku bagi kau rasa. Lari Yoon. Lari!"jerit Jungkook dengan nada suara yang lantang.

Hae Yoon terus menekan butang lif. Lif tertutup rapat.

"Tuhan, beri aku masa untuk tenangkan diri. Lepas ni, aku sertai permainan gila kau, Jungkook. M-mesti semua ni bersebab k-kan?"

Hae Yoon memejamkan mata. Segala kekuatan dan keberanian dia usahakan untuk muncul di dalam dirinya waktu itu.

---
Jungkook menumbuk geram pintu lif yang sudah tertutup. Ugutan Ryu Sera semakin menyesakkan dadanya.

Lelaki itu segera tarik nafas. Kapak dan tali yang ada dalam genggaman tangannya dipegang kuat. Perasaannya yang sudah tertekan dan terdesak menyebabkan Jungkook mulai gelisah.

"U-ubat aku. Ubat aku takdak. Hae Yoon, aku t-takut aku jadi g-ganas je lepas ni."ujar Jungkook. Kepalanya terasa berat. Dia hanya fikirkan keselamatan Hae Yoon sahaja.

Dia jatuh terduduk di depan lif. Kelopak mata Jungkook tertutup rapat. Hanya dengusan kasar keluar dari bibirnya.

Mulutnya semakin laju menyebut nama Hae Yoon.

Lima minit berlalu pantas. Mata Jungkook terbuka pantas.

Bibirnya sudah menampakkan senyuman psiko yang sangat ditakuti Hae Yoon.

Dia ambil kapak dan tali yang terdampar di atas lantai itu semula. Jungkook berdiri dan jarinya menekan-nekan butang lif.

"Yoon, sayang kau ni otw nak main bunuh-bunuh dengan kau."

----
Aku dah panik dan cuak sangat-sangat. Aku dah cuba untuk beranikan diri tapi kali ini, Jungkook betul-betul menggila.

Aku..

Aku tetap kena hadap Jungkook.Beg galas yang sarat dengan buku aku selongkar. Habis semua isi dalam beg aku hamburkan di atas lantai lif.

Mana kunci kereta aku ni? Mata aku fokus mencari kunci kereta usang milik keluarga aku. Kereta itu sudah lama tersadai di sebuah pokok berdekatan dengan kawasan tempat tinggal aku.

"Thanks god!" Aku terjerit kecil tatkala kunci tersebut sudah dijumpai dengan jayanya. Aku masukkan kunci kereta dalam poket seluar denim yang dipakai aku.

Lif terbuka. Aku bergegas keluar. Pergerakan aku terhenti dengan alunan suara Jungkook yang sedang menyanyikan sebuah lagu.

Dia senyap semula. Jungkook seolah-olah tahu aku berada berdekatan dengannya.

Aku tutup mulut dengan tangan. Sedikit lagi aku mahu menjerit. Jungkook menyandarkan diri di kereta miliknya. Kapak dan tali disangkut elok di bahunya.

Matanya tertutup. Bibirnya bergerak semula.

"Aku nak nyanyi lagu khas untuk kau..Yoon. Lagu penamat kisah hidup kau. Aku sweet kan? Jap ye.."

Aku mula berundur ke belakang tanpa sebarang bunyi.

Jungkook membuka mata. Pandangan anak matanya yang gelap dan psiko menghantar aku jelingan tajam.

----
Jungkook berjalan menuju ke arah aku. Atur langkahnya lemah dan rentaknya perlahan.

"Macam kau nampak sekarang, aku membahayakan."nyanyi Jungkook.

Dia berhenti seketika. Gelakan halus keluar dari bibirnya. Dia melangkah setapak. Aku pun berundur setapak dari dia.

"Datanglah dekat..aku perlukan kau Yoon."sambung Jungkook.

Jungkook membasahkan bibirnya dengan air liur. Dia gigit bibir sambil butang baju dibuka.

"Kepala aku rasa berat dengan bayangan kau, Yoon. Rasa macam nak pecah."Jungkook menyanyikan bait-bait ayat tersebut dengan irama yang sayu.

Tangan kirinya memegang utuh kapak dan tali tersebut. Tangan kanannya rancak membuka balutan lehernya yang masih kelihatan basah dengan darah.

"Sejauh mana kau lari dan menjauh..kau takkan mampu terpisah dari aku."Jungkook sambung nyanyiannya.

Kapak diangkat ke atas. Aku tak menunggu lama. Aku menerpa lari keluar dari kawasan letak kereta.

Aku harap aku menang kali ni Jungkook.

----
"Game over, Hae Yoon."Jungkook menamatkan nyanyian kecilnya. Dia meraba-raba lehernya yang basah dengan darah.

Dia membuka langkah besar untuk mengejar gadis pencuri hatinya itu.

Dia sayang Hae Yoon. Pada masa yang sama, Hae Yoon tetap akan dilupuskan juga hari itu.

---

Tapak kaki aku semakin terasa berbahang. Sakit yang makin menjadi-jadi aku alami pada waktu genting ini.

Namun, derap langkah tetap aku atur laju. Kunci kereta yang berada di dalam genggaman  dimasukkan ke dalam poket seluar denim yang dipakai aku.

Aku tak boleh berputus asa. Aku mesti larikan diri daripada lelaki durjana itu.

Nafas terasa tersekat di kerongkong. Aku meletakkan tangan di dada. Sakit di dada kian mencengkam. Kaki aku laju melangkah menuju ke arah sebuah kereta usang yang terletak berhampiran pokok besar.

Yes. Ujarku gembira dalam hati. Aku pasti bebas selepas ini.

Sebelum sempat memasukkan kunci kereta, aku terkejut. Tangan seseorang melingkar dan memeluk aku dengan kemas.

Kunci kereta yang berada dalam genggaman aku jatuh. Nafas lelaki psiko yang kedengaran halus di cuping telinga mendesak aku bertindak sedemikian.

"Kau takkan dapat lari dari aku,Hae Yoon. Tak akan. Sampai kita berdua mati!"

Jungkook menghalakan kapak di leher aku. Sempat lagi dia lilitkan tangan aku dengan tali.

Semudah itu aje kau dapat tangkap aku Jungkook.

"Kau psiko. Kau p-psiko Jungkook."

Jungkook mengusap perut aku. Dia hadiahkan ciuman hangat di leher dan bibir aku.

Tubuh aku dipeluk semakin erat.

"Akulah psycho crush yang tercipta untuk Hae Yoon. Hanya untuk Hae Yoon. Hae Yoon seorang."

💑
Chapter yang terselit 'prolog' seperti yang dinantikan semua. Update kedua menyusul sebentar lagi.

Komen? 💑


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top