37
A/N: Dalam setiap kegembiraan akan juga terselit kesedihan.
Jungkook sentiasa di hati Yoon eh?❤
----
Park Jimin sudah mengesyaki sesuatu yang pelik berlaku antara rakannya Hae Yoon dan si lecturer nya yang bernama Jeon Jungkook itu.
Namun, Jimin hanya diam. Sekali-sekala matanya memandang Hae Yoon dalam senyap.
Hae Yoon masuk kelas dengan muka ketakutan. Mr Jeon pula mendatangkan syak kepada diri Jimin. Jungkook masuk ke kelas selepas Hae Yoon masuk. Wajah pensyarahnya itu dihiasi riak yang sinis. Pemakaian Jungkook juga tidak kemas.
Jimin mendengus geram. Mr Jeon ingat dia bodoh sangat sampai tak tahu Mr Jeon yang ajak Hae Yoon keluar dari kelas?
"Aku tak bodoh untuk menilai orang. Yoon, kau tak okay kan. Mr Jeon ganggu kau kan? Dia ada apa-apakan kau tak?"desak Jimin kepada Hae Yoon.
Soalan bertubi-tubi daripada Jimin membuatkan Hae Yoon makin cemas. Gadis itu menggelengkan kepala. Buku-buku segera dikemaskan dan dimasukkan laju di dalam beg.
Hae Yoon meluru keluar setelah meletak esei pendek seperti diminta oleh Jungkook.
Jimin terpegun di tempat duduk. Dia menghantar pemergian Hae Yoon dengan perasaan yang berbolak-balik.
"Aku harap Hae Yoon baik-baik je."bisik hati Jimin.
----
Beg yang selalu digalas aku bawa ke hadapan tubuh. Aku memeluk beg tersebut. Perasaan takut yang muncul tiba-tiba menyebabkan aku gementar.
Kemudian, aku memandang ke belakang semula. Memang langsung tiada sedikit pun bayangan Jungkook.
Tapi aku dapat jangka ke apa yang Jungkook akan buat? Lagipun hari ni hari paling yang aku takutkan.
Hari di mana..Jungkook sudah tahu dia bakal bergelar ayah kepada anak dalam kandunganku.
Aku jangkakan dia akan sembuh. Tapi, kuasa tuhan aku tidak mampu lawan. Dia tetap psiko.
Sesuatu yang sudah rosak dan musnah tidak akan menjadi sempurna seperti dahulu.
Begitulah Jungkook. Sakit yang dia alami sudah parah. Aku tiada jalan penawar.
Jalan penyelesaiannya adalah aku cuma perlu kental berhadapan dengan lelaki psiko itu.
Kau sayang dia kan , Yoon?
"Aku sayang kau, Jeon Jungkook."gumam aku perlahan.
----
"Aku sayangkan kau, Hae Yoon"ucap Jungkook dalam hati.
Dia menjeling tajam kepada dua orang lelaki sasa berkepala botak yang memegang kedua-dua lengannya.
Jungkook mendengus kasar. Matanya tak lepas memandang wanita yang duduk di kerusi berhadapan dengannya.
"Kau nak apa lagi dari lelaki psiko macam aku ni perempuan gila?"amuk Jungkook. Dia meronta-ronta ingin lepaskan diri.
Mahu saja dia tumbuk lunyai dua orang upahan Ryu Sera itu. Pergerakan lengannya yang tidak duduk diam terhenti apabila wanita di hadapannya menekan pisau di leher Jungkook.
"Aku dengar kau dah ada sayang baru. Kacang lupakan kulit iye sayang? Takkanlah dah cepat move on dari Ryu Sera cinta hati kau ni?"
Ryu Sera menjulingkan mata apabila Jungkook hampir menarik rambutnya kasar.
Dia menekan hujung pisau ke leher Jungkook. Jungkook terus berhenti bergerak.
"Kau nak apa iblis?"balas Jungkook. Mukanya merah menahan marah yang teramat sangat.
Kalau Ryu Sera si ex yang gila ni datang seorang je, pasti sudah dibunuhnya wanita tak guna itu.
Ryu Sera menggerakkan jari tanda isyarat kepada dua org lelaki upahannya itu. Mereka mengangguk faham.
Habis meja pejabat Jungkook diselongkar sehingga selerak. Ubat-ubat rawatan Jungkook diambil semuanya oleh Ryu Sera.
"Aku nak kau bunuh cinta hati baru kau tu. Segera."ujar Ryu Sera dan selepas itu diikuti dengan amukan Jungkook.
"Kalau aku tak nak?!" Balas Jungkook penuh rasa marah yang menggunung.
Pisau yang dibenam sedikit ke dalam leher Jungkook. Darah yang sudah mengalir keluar dari leher Jungkook menggembirakan hati Ryu Sera.
"Kalau Jungkook tak nak , Ryu Sera yang akan 'padamkan' riwayat hidup Hae Yoon..dan anak kamu berdua."
----
Aku rasa tak sedap hati. Daripada berasa takut, perasaan aku berubah 360 darjah. Aku sekarang berasa bimbang dengan Jungkook.
Desakan naluri yang tidak tenteram mengakibatkan aku berpatah semula ingin singgah ke bilik Jungkook.
Belum sempat aku mengorak langkah pergi berjumpa dengan dia, Jungkook muncul di depan mata.
Langkahnya terjengket-jengket. Mukanya pucat. Jaket hoodie berwarna hitam menutupi tubuh badan serta hampir separuh wajahnya.
Tangannya sibuk menekan lehernya.
"J-jungkook.."
Jungkook angkat muka untuk memandang aku. Matanya kelihatan berair.
Jungkook baru lepas menangis kah?
"K-kook"
Dia memalingkan semula kepala ke hadapan tanpa membalas panggilan aku. Jungkook terus masuk ke dalam kereta.
Keretanya dipecut laju meninggalkan aku.
"Jungkook, jangan takutkan Yoon."tamat sahaja ayat ini keluar dari mulut, aku memejamkan mata.
Aku cuba menenangkan diri. Imej Jungkook menekan lehernya yang basah dengan darah seakan mimpi ngeri.
Aku tak harapkan ini adalah pengakhiran kisah kita Jeon Jungkook.
💑
Fuh sakan kan chapter ini. 😭
Maafkan author. Sedih banget sih.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top