35

A/N: Tema yang saya fokus dalam story ni lebih kepada sexy romance. Jadi, harap readers tak melting lah dengan Jungkook 🙊

----
Kali terakhir Jungkook mengugut aku dengan tugasan adalah 3 bulan yang lepas. Peristiwa Jungkook mengidam kek beras dan tragedi lucutan kain tuala olehnya masih terngiang-ngiang di fikiran.

Aku tersenyum kecil apabila teringatkan tingkah laku Jungkook yang sentiasa luar dari kawalan.

Ada sahaja yang lelaki itu lakukan semata-mata ingin meraih perhatian aku.

Dia sudah berubah? Aku sendiri kurang pasti.

Dia cintakan aku?

Aku sangat pasti . Aku memang cintakan dia. Dia?

Aku yakin dengan kau Jungkook. Kau sayangkan aku.

Kau cuma ego.

----
Usia kandungan Hae Yoon sudah mencecah hampir lima bulan. Semester pertama di Universiti Big Hit tinggal baki lagi beberapa hari.

Hae Yoon tidak risau dengan tanggapan Jungkook. Dia yakin Jungkook masih tidak tahu tentang hal anak yang berada dalam kandungannya. Perutnya yang membesar tersorok di sebalik baju blouse kembang yang sering dipakainya.

Dia bernasib baik tubuh badannya yang kecil langsung tidak menimbulkan sebarang rasa curiga daripada Jungkook.

Hae Yoon masih kurang bersedia untuk memaklumkan hal tersebut kepada Jungkook.

Dia bimbang dengan cara penerimaan Jungkook. Dia tahu Jungkook belum pulih sepenuhnya.

----
Jungkook tetap kaku berdiri di depan cermin bilik airnya. Berkali-kali air yang keluar dari paip air disimbah membasahi wajahnya.

Dia menggigit bibir dan jarinya mengurut-urut perutnya yang sudah kosong dari makanan.

Jungkook merasakan tekaknya mual. Segala isi dalam perut dimuntahkan walaupun dia baru sahaja makan.

"Aku rasa tak sedap perut. Tekak a-aku asyik buat perangai je. Dah 3 bulan dah ni. Mengidam pun satu hal."omel Jungkook sendirian.

Dia mengelap wajahnya yang sudah kebasahan. Langkah kakinya lemah menuju ke katil.

"Baik aku rehat dulu. Kuliah subjek psikologi lagi 2 jam. A-aku dah rindu..Hae Yoon."ujar Jungkook kemudian terlena sejurus kelopak matanya tertutup rapat.

----
Seperti biasa, Hae Yoon sering keluar awal dari rumah sewanya. Dia cuba mengelakkan diri daripada bertembung si anak Jeon itu.

Sampai sahaja di kuliah, Hae Yoon menarik nafas lega. Fokusnya pada 3 kelas yang baru hendak bermula pada pagi itu.

Menjelang tengah hari nanti, kuliah Mr Jeon pula. Mana tak cuak kan?

Hae Yoon mengeluarkan buku nota dan sebatang pen. Jarinya pantas menyalin nota. Pandangan matanya fokus kepada ajaran pensyarah di hadapan.

Namun, manusia tak boleh membaca fikiran. Hae Yoon nampak aje fokus.

Tapi fikirannya penuh dan berselirat dengan nama Jeon Jungkook.

----
Aku melihat jam di pergelangan tangan. Seminit dua lagi Mr Jeon akan memulakan sesi kuliah yang terakhir semester ini.

"Oi, termenung!"sergah Jimin. Aku hampir ingin menepuk belakang Jimin dengan buku nota aku.

Sesuka hati je abe Jimin ni nak kejutkan aku. Nasib baby dalam perut tak marah.

"Okay. Uncle Jimin minta maaf kacau mummy Hae Yoon."usik Jimin sambil jarinya menunjuk-nunjuk perut aku.

Aku jeling Jimin dengan pandangan tajam. Dalam senyap, aku bagi amaran kepada Jimin. Mungkin mood ibu mengandung yang buatkan aku cepat moody.

Tapi sampai sekarang aku hairan, aku langsung takde mengidam makanan apa-apa.

Sehinggakan aku sendiri lupa yang aku ni mengandungkan anak Jungkook.

Nak kata Jungkook, aku positif yang dia memang craving. Mana taknya, hari yang dia mengidam kek beras itulah hari paling teruk.

Puas dia psikokan aku demi kek beras. Comel?

Tak. Ngeri adalah.

----
"Buka page 458. Baca semuanya dan saya nak karangan pendek dari setiap orang ada atas meja tepat jam 5."tegas Jungkook.

Buku-buku diletakkan berselerak di atas meja. Aku hanya memandang perlakuan Jungkook secara senyap-senyap.

Hari ni dia nampak lain.

Aku dapat rasakan Jungkook ada rancangkan sesuatu. Aku harap dia tak menggila lagi kali ni.

Dengan perut aku macam ni, larat ke nak main-main dengan Jungkook?

"Saya nak semua fokus baca. Angkat je kepala. Saya bagi detention. Faham?"ujar Jungkook dengan nada yang seolah-olah sengaja ditekan.

"Faham Mr Jeon!"balas rakan-rakan kelasku yang lain.

Aku membuka halaman yang diminta oleh Jungkook supaya dibaca.

Pen hitam aku ambil dari beg. Aku baca sambil lakarkan idea-idea yang aku dapat dari halaman buku tersebut.

Aku tergerak hati untuk memandang Jungkook. Hatiku seolah dijentik dengan perasaan ingin tahu yang tinggi.

Mulut aku tergamam. Sedikit lagi aje aku ingin menjerit kuat tapi aku tahan diri daripada bertindak sedemikian.

"Jom main. Aku rindu kau Yoon."ujar Jungkook tanpa suara.

Mulutnya bergerak-gerak menyebut ayat tersebut. Dia sandarkan dirinya di papan putih. Sebatang marker diambil dari laci meja.

Jungkook longgarkan tie yang dipakai. Dia menekan marker pen itu di atas whiteboard. Mata aku masih tertumpu kepada pergerakan tangan Jungkook.

Selesai sahaja menulis di papan putih, dia tersenyum puas. Jari telunjuknya dihalakan di bibir merah miliknya.

Aku mengetap bibir tanda geram. Aku memandang liar sekeliling kelas. Rakan-rakan sekelas termasuk Park Jimin sedang sibuk mengarang esei pendek seperti yang diminta Jungkook.

Masing-masing tak berani mengangkat kepala hanya disebabkan oleh satu detention yang diwar-warkan Jungkook.

Jungkook berundur perlahan keluar dari kelas. Dia berhenti di depan pintu kuliah dengan menggerakkan jari telunjuknya sebagai isyarat agar aku mengikutinya.

Aku mengangguk. Tulisan di papan putih aku teliti untuk kali terakhir.

'Final task : find me, love'

Jungkook sempat lagi memadamkan tulisan tersebut sebelum dia lari meninggalkan bilik kuliah.

Aku bangun dari tempat duduk. Aku menuju pantas keluar dari bilik kuliah.

Jungkook, kau tak pernah bosan kan?

💑
Sedikit intro untuk pembaca semua.

Saya sha. 23. final year student , taking degree. Sekarang sdg dalam mood honeymoon a.k.a. cuti sem. Hohoho 👀

Okay tak chapter kali ni? Komen sikit 🙊 (p/s: apps oren ni buat hal ye, geram akak.)

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top