32
A/N : Yang dapat lihat muka saya , beruntunglah anda. Nanti nak tukar dp Jungkook balik 👀. Lagi 8 chapters berbaki. Excited tak? ❤
----
Jungkook sendiri tidak pasti dengan keadaan dirinya pada waktu tersebut.
Padahal dia baru sahaja bertemu anak muridnya itu di dalam kelas.
Setiap hembusan nafas dilepas kasar. Tali leher dilonggarkan dan dia mengurut keningnya.
Kepalanya terasa sakit. Perasaannya sedang mengalami konflik hebat. Perasaan Jungkook menjadi kesal, geram ,kecewa dan terasa sedikit berjauh hati.
"Apa yang aku dah buat tadi? Sesuka hati aku je nak mengamuk. Kesian budak dua orang tu. T-tapi, a-aku panas hati tengok dua budak tu duk ber skinship bagai. Sakit hati aku!"ujar Jungkook dengan nada letih dan kecewa.
Kertas-kertas yang terletak di atas meja ditepis olehnya sehingga bertaburan di atas lantai. Giginya diketap geram. Tangannya menepuk-nepuk dadanya yang terasa sesak.
"Aku dah gila agaknya. Jealous dengan orang yang aku tak kenal. Aku kena chill. Aku kena chill."
Jungkook terduduk di kerusi dalam pejabatnya. Wajahnya ditekup. Hanya keluhan halus yang keluar dari bibirnya.
----
Fikiran aku hanya penuh dengan wajah dan suara Jungkook. Aku mengukir senyuman sedih apabila teringatkan insiden yang berlaku selepas kuliah pagi tadi.
Daripada insiden pertemuan semula di dewan kuliah sehinggalah scene berpelukan antara aku dan Jimin dan tamat dengan amukan Jungkook. Aku menggigit bibir dan bermain-main dengan hujung rambut.
Tak mungkin Jungkook jealous. Dia dah hilang ingatan Yoon. Kau kena ingat tu!
Selimut tebal aku tarik naik ke atas untuk menutupi keseluruhan badan.
"Sejuknya."usai sahaja ayat tersebut meluncur laju keluar dari rumah.
Bunyi loceng ditekan seseorang menghentikan perlakuan aku.
T-takkan Jungkook singgah lagi. Dia dah tak ingat aku, mana mungkin kakinya akan jejak di rumah sewa aku ini.
Kau hanya mampu berangan Yoon.
----
Bunyi loceng ditekan berkali-kali memaksa juga gadis yang sedang selesa berbungkus di atas sofa dengan selimut itu untuk bangun.
Pada mulanya, dia ingin mengabaikan bunyi itu. Namun, semakin diabaikan. Semakin menjadi-jadi pula.
Pintu dibuka. Hae Yoon terundur ke belakang ketika tubuh milik Jungkook berdiri di hadapannya.
Mata Jungkook separuh tertutup. Mulutnya busuk dengan bau alkohol yang diteguk olehnya. Baju kemeja yang dipakai Jungkook di kuliah tadi sudah tidak terurus.
Tali pinggang hampir terjatuh dari pinggangnya. Manakala, tie yang dipakai sudah disumbat ke dalam poket kemeja yang dipakai.
Tiga butang atas kemeja Jungkook terbuka sehingga menampakkan dada bidangnya kepada Hae Yoon.
Hae Yoon berkira-kira hendak menutup atau tidak pintu itu.
Jika tutup, dia boleh elakkan dari Jungkook , aman dan juga tenteram hidupnya malam tersebut.
Jika diberi akses kepada Jungkook untuk masuk, Hae Yoon pasti berdepan dengan ancaman.
Dia sentiasa ingat.
Jangan main-main dengan Jeon Jungkook.
Hati kecilnya sudah membuat keputusan. Dia membuka pintu luas. Jungkook tersenyum mabuk dan terus menerpa ke arahnya.
Mereka berdua secara tidak sengaja berpelukan antara satu sama lain.
"J-jungkook..kenapa ni?"soal Hae Yoon. Dia fikir Jungkook sudah tidak mengingatinya.
Tetapi, kedatangan Jungkook ke rumah membuatnya bertambah bingung.
Apa yang Jungkook nakkan sebenarnya?
Hae Yoon makin terundur ke belakang. Badan Jungkook memeluknya rapat.
Hae Yoon hilang imbangan dan terjatuh ke atas sofa. Jungkook yang memeluk gadis itu turut sama-sama terjatuh.
Badan lelaki yang mabuk itu mendarat di atas Hae Yoon.
Matanya masih kuyu. Hidung Jungkook dengan aktifnya menghidu-hidu haruman yang melekat di badan Hae Yoon.
Hae Yoon sudah panik. Dia bimbang Jungkook akan mengenalinya.
Dia cuba tolak dada Jungkook supaya menjauh tapi gagal.
Suara Jungkook menyanyi kecil seakan memberi tamparan hebat kepada Hae Yoon.
"Aku kenal bau ni~ Kenal sangat~~ Bau gadis hak milik Jeon J-jungkook~~"nyanyi Jungkook perlahan.
Aku curi pandang melihat wajahnya. Mata Jungkook sudah tertutup.
Dengkuran halus mula singgah di cuping telinga aku.
Aku senyum dengan wajah yang ketakutan.
Aku tak ready lagi nak main tugasan bersama kau Jungkook.
Walaupun kau dah hilang ingatan, kau tetap psiko.
💑
Ohohoho dah cecah 3K reads.
Akak cupcake sayang anda semua ❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top