30
A/N: Chapter ni intense . Jadi, grab your popcorn. Duduk senyap-senyap dan enjoy chapter 30. 😋
----
Lagi 2 jam aku akan keluar dari hospital. Aku membetulkan baju yang dipakai dan rambut supaya tampil kemas.
Aku merenung lama cermin bilik air hospital itu sebelum pandangan mata aku tertumpu kepada baby bump yang terlihat di sebalik blouse corak bunga yang dipakai aku.
Kata-kata yang keluar dari mulut Puan Jeon mengejutkan aku. Hal anak lelaki tunggalnya Jeon Jungkook melarikan diri sehinggalah kepada hal aku yang tertekan hampir dua bulan. Semua ini menyebabkan dada aku terasa sakit.
Hati kecil aku meronta-ronta untuk melihat Jungkook lagi. Impak kemalangan tersebut membuatkan aku terpaksa ditahan di wad hospital selama dua bulan.
Seperti yang ditegaskan oleh Puan Jeon, aku hidup tanpa arah tuju. Hari-hari selepas insiden malang itu, aku hanya meratap kesedihan.
Hidup dalam mimpi aku bersama Jungkook. Aku rasa kemalangan itu baru terjadi sehari yang lepas.
Hakikatnya sudah cukup dua bulan kejadian malang melibatkan aku dan Jungkook berlaku.
Aku tak dapat terima takdir kan?
Jungkook, aku mungkir janji. Aku tak dapat terima takdir ini. Aku hidup dalam bayangan kau.
----
Hae Yoon melemparkan pandangannya ke rumah sewa miliknya. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke situ sejak diculik oleh Jungkook.
Dia menolak perlawaan Puan Jeon untuk tinggal di rumah wanita tersebut. Baginya, dia mungkin tidak dapat menerima kedatangan Jungkook secara tiba-tiba.
Hae Yoon risau jika takdir akan mengubah jalan hidupnya dengan Jeon Jungkook.
----
Pintu bilik dibuka. Hae Yoon menepuk katil bersaiz queen di dalam biliknya. Habuk-habuk tebal terkumpul begitu banyak di atas katil.
Tingkap dibuka luas. Apabila dia menyedari tekaknya berasa kering, Hae Yoon meninggalkan ruang bilik dan segera menuju ke dapur.
Air masak dituang ke dalam gelas kaca dan dia minum dengan laju. Anak mata Hae Yoon terpandang tingkap dapur yang menghadap rumah Mr Jeon.
Satu bayang melintas jelas terpapar di pandangan mata Hae Yoon. Gelas kaca hampir terjatuh dari genggaman. Dia sangat mengenali bayangan itu.
Tubuh tinggi dan sasa milik Jeon Jungkook. Bayangan itu tidak jelas tapi berdiri menghadap Hae Yoon.
Hae Yoon memejamkan mata semula dan membuka kembali matanya. Tingkap dapur Jungkook kosong dari sebarang bayangan.
Hae Yoon tarik nafas lega dan beredar dari dapur tanpa menunggu masa yang lama.
----
Tiga jam membersihkan rumah dari segala habuk dan debu meletihkan gadis bertubuh kecil itu.
Bibirnya terbuka menyedut oksigen. Tangannya bergerak mengusap perutnya.
"At least daddy kau takda. Kau ada teman mummy dalam rumah."ujar Hae Yoon sambil tersenyum bahagia.
Perasaan takut tadi sudah mula hilang. Dia melangkah ke arah sofa dan membaringkan badan. Televisyen dibuka untuk menghilangkan kebosanan.
Lima minit berlalu, televisyen pula menonton Hae Yoon. Gadis itu terlena di sofa begitu nyenyak sekali.
Bunyi televisyen ditutup mengejutkan Hae Yoon dari lena yang nyenyak. Dia bingkas bangun dari pembaringan.
Kaca televisyen bertukar hitam. Di tangan kanannya, remote televisyen terletak elok.
Hae Yoon bingung sebentar. Dia sangat pasti dia langsung tidak memegang alat kawalan televisyen itu sebelum tidur tadi.
"Aku mimpi agaknya tadi. Baik aku mandi dulu. Lepas tu, nak rehatkan diri. Dah lama aku tak pergi kuliah."
Bunyi ketukan pintu mematikan langkah Hae Yoon yang ingin menuju ke bilik air.
Dia menyelak rambutnya yang menutupi sebahagian wajah. Tombol pintu dipulas.
Tiada seorang pun ada di depan rumah. Hae Yoon sudah berasa cuak. Pintu rumah ditutup. Dia sempat lagi memandang sekilas ke pintu rumah Jungkook.
Kasut kulit yang sering dipakai Jungkook tersusun di depan pintu rumah lelaki itu. Hae Yoon semakin gelisah melihat cahaya yang terpancar dari bawah pintu rumah Jungkook.
Dia segera menutup pintu. Pintu dikunci dengan pantas. Hae Yoon terundur ke belakang.
Hampir mengucap panjang gadis itu apabila dia menyedari tingkap dapur terbiar tidak berkunci.
"Shit. Aku lupa tutup tingkap."
Dia lari ke dapur dengan harapan dapat menutup tingkap dengan segera.
Sekalipun dia menantikan kepulangan lelaki yang dirinduinya, dia masih tak sanggup menerima kedatangan Jungkook secara mengejut.
"A-aku tak rasa dia dah pulang. M-mungkin aku berkhayal je kut. Rileks Yoon. Kau kena rileks." Hae Yoon cuba menenangkan diri sendiri.
Baru dia ingin menarik tingkap untuk tutup rapat, lampu dapur Jungkook seperti dibuka seseorang.
Tingkap dapur rumah Jungkook terbuka luas. Langsir putih yang menutupi tingkap itu sekali-sekala berterbangan ditiup angin.
Hae Yoon terhenti. Dia beranikan diri untuk menunggu kelibat seseorang untuk muncul di dapur Jungkook.
Angin bertiup kali pertama, langsir tingkap itu tertutup. Bayang seorang lelaki sedang berdiri di meja dapur.
Hae Yoon memegang rapat hujung tingkap.
Apa-apapun dia kena bersedia untuk segala kemungkinan.
Angin bertiup kali kedua. Kali ini deruan angin begitu kasar. Langsir yang terselak itu menampakkan kelibat tubuh badan sasa seorang lelaki tidak berbaju.
Di belakang badannya penuh kesan jahitan dan luka kemalangan. Seluar jeans biru terletak kemas dan menggoda serta melilit elok pinggang lelaki itu.
Dia masih tidak berpaling memandang Hae Yoon.
Timbunan epal-epal merah yang terhidang atas meja dapur diambil satu oleh lelaki tersebut.
Pisau kecil dihunus ke epal tersebut. Gelak tawa yang keluar dari mulut lelaki itu terhenti tatkala jeritan kecil Hae Yoon singgah di telinganya.
Dia memusingkan kepala memandang ke tingkap dapur jiran yang bertentangannya.
Epal tadi dibuang ke dalam tong sampah. Jeritan tadi menarik perhatiannya
"Agaknya siapa jiran aku ni? Kalau perempuan, not bad kalau aku nak berkenalan nanti."ujar lelaki itu.
Hae Yoon yang sudah jatuh terduduk menutup mulut menahan takut dan tangisan. Kata-kata Jungkook tadi turut didengarinya olehnya.
"J-jungkook, what's wrong with you?"bisik hati Hae Yoon.
Dia sepatutnya gembira. Jungkook dah pulang. Dengan kejutan barangkali? Hae Yoon harus terima dengan hati terbuka.
"Puan J-jeon berkata hal yang benar."
Hae Yoon duduk tersandar di bawah tingkap. Lutut dirapatkan ke tubuh badannya.
Flashback chapter 29
"Kamu jaga diri. Jaga kesihatan. Bila-bila masa je Jungkook akan pulang untuk cari kamu Hae Yoon."
Oh tuhan,Jeon Jungkook sudah pulang.
---
💑
Chapter 30 seperti yang dinantikan. 😋 Goodluck untuk adik-adik yang ada exam. Akak cuti tiga hari dari update.
Oops. Jangan rindu 🙊
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top