28
A/N: Sediakan kotak tisu. First time buat babak over sedih.
Harap menjadi.
----
Aku menitiskan air mata ketika mendengar ungkapan Jungkook. Jungkook dah salah faham.
Aku tidak pasti dari mana datangnya khabar angin yang mengatakan akulah punca utama kematian abang Ryu Sera.
Kau tak tahu hal sebenar Jungkook. Bukan aku yang bersalah. Aku tak sengaja Kook.
Aku tak sengaja membunuh dia. Abang Ryu Sera yang mendesak aku bertindak sedemikian.
Kenapa?
Dia hampir sahaja menjual aku ke sindiket pelacuran. Aku yang bodoh percayakan abang Ryu Sera.
Sehingga akibatnya melarat menjadi teruk. Aku penyebab kau sakit Jungkook.
"Maafkan s-saya, Jungkook."aku menyentuh perlahan tangan kirinya. Tangan kanannya memegang kejap stereng kereta.
Dia menepis kasar dan segera mendengus tanda geram. Enjin kereta dihidupkan dan dia memandang aku beberapa saat sebelum memalingkan kepala semula ke hadapan.
Jungkook menekan minyak. Keretanya meluncur laju keluar dari rumah banglo besar itu.
Aku menggenggam hujung baju erat. Air mata laju membasahi pipi. Bunyi esakan dari aku tidak dihiraukan Jungkook.
Raut mukanya jelas sedih dan kecewa. Dia mengetap bibir tetapi masih tidak memandang aku.
"Biar takdir selepas ini yang menentukan semua. Aku tak mampu maafkan kau Hae Yoon. Tak akan."ujar Jungkook disertai dengan nada suara yang sebak.
Aku menangis semahu-mahunya. Kereta dipandu Jungkook dirasakan makin laju.
"Saya minta maaf once again. J-jungkook, saya takut. Awak l-laju sangat. Please slow it down."rayu aku.
Kaki Jungkook menekan minyak. Mata aku tertumpu kepada meter kelajuan kereta.
Dia betul-betul inginkan aku dan dia mati.
"Aku dah potong wayar brek. Brek tak berfungsi. Kita tunggu mati je lepas ni."
Aku duduk senyap di kerusi pemandu. Badan menggigil kerana takutkan perkara yang akan berlaku sebentar sahaja lagi.
Bunyi hon kereta dari arah bertentangan mengejutkan aku dan Jungkook.
Kereta dari arah bertentangan itu kelihatan mengelak dari bertembung dengan kami. Namun, tindakan Jungkook memusing kereta menandakan kejadian yang dahsyat bakal menimpa.
Tuhan, bantu aku.
----
Jungkook tiba-tiba memusingkan stereng kereta untuk mengelak daripada bertembung dengan kereta dari arah bertentangan.
Hae Yoon menjangkakan Jungkook sengaja ingin menyebabkan kereta yang dinaiki mereka bertembung. Namun, tindakan Jungkook bertukar arah pula.
Jungkook menghentakkan tangan di atas stereng. Air mata lelaki itu menitik keluar juga dari mata.
Dia tewas dengan egonya. Dia tewas kerana tangisan dan rayuan Hae Yoon.
Cubaannya untuk membunuh dia dan Hae Yoon tadi punah begitu sahaja.
Namun, takdir tuhan siapa yang tahu kan?
Kuasa tuhan mengatasi segalanya. Kali ini Jungkook tak dapat mengelak.
"A-aku tak dapat benci kau. Kenapa Hae Yoon? Kenapa?!"
Bibir Jungkook menggigil. Tangan kirinya menarik tangan kanan milik Hae Yoon.
Mereka membalas pandangan lama sebelum segalanya berakhir pagi itu. Tangan mereka saling berpegangan.
"I will always love you. K-kita jumpa nanti jika diizinkan.. Jeon Jungkook."ujar Hae Yoon penuh kesedihan.
"Aku takut dengan takdir. Aku takut kita tak akan berjumpa lagi. Aku takut Hae Yoon."
Habis sahaja kata-kata diungkapkan Jungkook, pandangan mereka terganggu dengan bunyi seretan tayar kenderaan.
Kereta dibawa Jungkook bertembung dengan sebuah lori muatan pasir. Impak hentaman kuat menarik Jungkook jauh dari Hae Yoon.
Masa bagaikan terhenti. Kereta yang dinaiki Jungkook dan Hae Yoon tersadai remuk di pokok besar.
Suara orang ramai mengerumuni kawasan kemalangan memenuhi suasana.
Pandangan Hae Yoon berpinar-pinar. Tangannya terketar-ketar menyentuh Jungkook yang sudah kaku di stereng kereta. Badannya diserang sakit yang amat perit dan luka-luka kecil menghiasi tubuh badannya.
Darah banyak mengalir dari kepala Jungkook. Lelaki yang berada di sebelah kanan Hae Yoon itu langsung tidak mengerang kesakitan.
Hae Yoon memandang wajah Jungkook yang penuh dengan kesan air mata yang masih lagi basah.
Jarinya sempat mengelap air mata Jungkook sebelum pandangannya menjadi gelap.
💑
Dari psiko jadi sedih, jangan marah author 🙊.
Munculkan diri di bahagian komen. Camne chapter ni? 😌
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top