25
A/N: Selamat membaca ;) btw, akak cupcake happy teaser 'idol' dari BTS baru release sejam lepas.
Tekan video kat atas. Adalah Mr Jeon anda sedang berdehem. Eh ;)
----
Jungkook mendekatkan jari di bibir. Sekali-sekala bibirnya menguntum senyuman. Selepas itu pula, dia mendengus kasar.
Matanya ralit memerhati gadis yang sedang sibuk mengemaskan cadar katilnya. Jungkook merentap-rentap lagi gari yang masih terlilit di pergelangan tangan.
Jika gari ini tidak menghalang, sudah lama diterkamnya gadis itu.
'She's mine. Only mine!' Rungut Jungkook dalam fikirannya.
Ubat masih setia berada di dalam mulut. Mulut Jungkook masih kaku. Dia degil. Ubat sakit mentalnya tidak ditelan.
Tatkala melihat kelakuan gadis kesayangan yang tidak menghiraukannya, Jungkook mengetap bibir . Dia berasa geram.
Ubat yang ada di mulut diludah semula ke atas lantai.
"Kenapa kau tak tinggalkan aku? Dah jatuh cinta kat aku ke? Tak takut aku bunuh kau lepas ni?"
----
'Bunuh'?
Dah banyak kali tindakan dan perlakuan Jungkook yang boleh membunuh serta meragut nyawa aku sekelip mata. Tapi, aku masih setia berada di hujung katil Mr Jeon.
Cadar katil dibetulkan agar nampak kemas. Selimut ditarik untuk menutupi tubuh Jungkook hingga paras dada bidangnya.
Dadanya menaik dan menurun. Hembusan nafas yang begitu kasar singgah di kulit wajah aku.
"A-aku dah gila bayang kan Hae Yoon? T-tak mungkin ini adalah kau. Kau."ujarnya sayu.
Tak Jungkook. Akulah perempuan bernama Hae Yoon yang kau sangat gila-gilakan. Tetap dengan pendirian bodoh aku untuk kekal menemani kau, Jeon Jungkook.
Aku senyap lagi. Dibiarkan sahaja Jungkook berbicara sendirian.
Dua biji ubat berlainan warna diletakkan semula ke tapak tangan dia.
"Makan ubat. Kalau Mr Jeon bantah, sekarang juga saya akan pergi."ugut aku tapi aku masih mengekalkan nada suara yang lembut.
"Sah! A-aku memang gilakan Hae Yoon. Kau! Kau bayang dia aje kan?"
Soalannya diabaikan oleh aku lagi. Aku tahan air mata dari merembes keluar dari kelopak mata.
Pandangan aku dilemparkan ke luar tingkap. Langit yang muram di luar tingkap mengingatkan aku tentang realiti hidup aku sekarang.
Aku lari. Di akhir perjalanan, Jungkook tetap akan menemui aku juga.
Pesanan Puan Jeon yang baru aku terima beberapa jam lepas memberi amaran keras kepada diri sendiri.
Cinta Jungkook kepada aku sudah jadi cinta mati. Nakkan kebebasan, mati adalah kebebasan aku.
----
"Aunty bukan tak bagi Hae Yoon lari dari Jungkook. Jungkook benar-benar desperate mahukan bantuan untuk dia pulih. Tiga tahun dia sakit menderita. Kalau Hae Yoon lari, dia akan cari sampai dapat. Bagi Jungkook, penamat kepada cinta dia adalah death. Tolong aunty Hae Yoon."
Pesanan Puan Jeon berulang dalam fikiran aku seperti radio yang telah rosak.
Aku rasa tertekan . Lagipun, aku sudah berada dalam tangan Jungkook.
Lari? Ia tersangatlah mustahil. Anak mata aku tidak terlepas memandang Jungkook.
Dia menelan ubat juga akhirnya. Kepalanya disandarkan di bantal. Kelopak matanya makin kuyu dan hampir tertutup.
"Saya tak lari Jeon Jungkook. Saya akan setia dengan awak."ujar aku muktamad.
Jari aku menyentuh dahi Jungkook. Aku mengusap kepalanya yang terbalut rapi.
Kau bukan gila bayang Jungkook. Masalahnya, aku yang sudah gila bayang dengan kau.
💑
Hae Yoon pilih untuk stay. Kuatkan semangat. Saya dah bagi amaran. Plot story ini makin intense. Story 'Psycho Crush' sudah separuh jalan mendekati klimaks.
Meh kasi saya vote dan komen.
❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top