23
A/N: Bersedia untuk drama dalam chapter ini.
---
"Games on Mr Jeon."aku ujar seakan berbisik.Bimbang didengari oleh Jungkook si psiko itu. Aku meraba-raba poket untuk memastikan gari masih ada di dalam poket seluar.
Selepas berasa yakin, aku memulas tombol pintu dan keluar dari bilik. Kelibat Jungkook langsung tidak kelihatan.
Aku ragu-ragu dengan tugasan kedua Jungkook. Permainan Hide and Seek yang diatur olehnya membuatkan aku gelisah.
Dia sememangnya licik. Setiap tugasan aku akan terima kesan buruk. Susah nak jangka tindakan yang diambil oleh Jungkook selepas ini.
"Aku takut. Tetap takut"
Perkataan takut sudah menjadi perkataan yang kerap keluar dari mulut aku.
Hidup aku tak tenang . Tak akan tenang jika masih ada dalam genggaman Jungkook.
----
Hae Yoon berlari menuju ke bawah tangga. Bayang seseorang melintas dari dapur ke ruang tamu benar-benar mengejutkan dia.
Hatinya berentak kuat . Laju mengepam darah sambil matanya liar memerhati bayang yang masih terlihat di dapur.
"Aku tahu kau kat mana. Aku nak teka. Kau nampak bayang aku kan?"suara Jungkook sedikit ditekan.
Dia tahu Hae Yoon berada berhampiran dengannya. Jungkook mengambil pisau di kabinet dapur. Tangga yang tersergam indah diperhati lama.
"Pandai kau menyorok."getus Jungkook sebelum keluar dari ruang dapur.
Dia laju menerpa ke bawah tangga. Ingin dirangkulnya gadis itu dan diseksa, Jungkook hampa. Kelibat Hae Yoon langsung tidak ada di bawah tangga.
Bunyi tapak kaki berlari singgah di telinga Jungkook. Dia pandang belakang dengan perasaan bengang yang mula menguasai diri.
"Sial kau..Hae Yoon. Kenapa acah bijak sangat?"
Jungkook bermain-main dengan pisau dan objek tajam itu disisipkan ke pinggang.
Pintu bilik ketiga akhir yang berada di tingkat dua banglo itu terbuka. Serta merta Jungkook berpaling melihat pintu tersebut.
Dia tergelak dan memanjat anak tangga. Mulutnya tak henti-henti bersiul. Gembira kerana peluang untuk menang sudah semakin cerah.
----
Hae Yoon ambil kesempatan untuk masuk ke dalam bilik yang tak berkunci. Pintu bilik ketiga terakhir dibiarkan terbuka.
Anak mata coklat milik Hae Yoon fokus ke arah Jeon Jungkook yang berada di ruang tamu.
Hampir sahaja kepala Jungkook menoleh memandang ke arahnya, Hae Yoon menyembunyikan diri di belakang pintu.
Pasu bunga sederhana besar itu dipeluknya kejap. Jari-jarinya mengigil.
Hae Yoon dapat merasakan Jungkook makin hampir dengan dirinya.
Dia dah sampai. Jungkook dah sampai!
----
Jungkook menyentuh pintu itu dan mengetuk sebanyak tiga kali. Hidungnya menangkap haruman dari badan gadis kegilaannya.
Dia mengambil pisau . Hujung pisau diletakkan di pintu. Jungkook dengan perlahan memacakkan pisau ke atas permukaan pintu.
"Jungkook kesayangan Hae Yoon dah datang."
Nada suara yang keluar dari anak tekak Jungkook sengaja dibiarkan sayu.
Lelaki itu tahu yang Hae Yoon berada di..
"Kau ada di belakang pintu."
Jungkook bergerak ke belakang pintu bilik. Tubuh badan Hae Yoon tidak terpapar di pandangan mata.
"Jungkook..i got you."
Kepala Jungkook menoleh laju memandang ke suara yang sangat dikenalinya.
Belum sempat dia tarik pisau sebagai reaksi tindak balas, pasu bunga sederhana besar milik Puan Jeon dihempuk ke kepalanya.
Darah pekat mengalir keluar. Pasu terlepas daripada genggaman Hae Yoon.
Gadis itu jatuh terduduk di depan Jungkook. Dengan air mata mengalir, bibir yang diketap takut, tangan yang terketar-ketar milik Hae Yoon singgah di wajah Jungkook.
Jungkook terbaring lemah di atas lantai. Nafasnya tercungap-cungap menahan sakit yang teramat sangat. Kepalanya rasa seperti ditimpa batu yang berat.
Sakitnya menyeksakan. Darah panas mengalir dari kepala Jungkook. Matanya terkebil-kebil memandang Hae Yoon.
Gari berjaya dipasang kemas. Jungkook yang masih ada sedikit kudrat meronta-ronta seperti anak kecil mengamuk inginkan sesuatu.
"M-maafkan saya J-jungkook. Saya m-menang. Tiga wish awak perlu tunaikan. Tolong!"
Pandangan Jungkook mula kabur. Namun, telinganya masih dapat menangkap tiga wish yang dipinta Hae Yoon.
"Satu, lepaskan saya."
Hae Yoon mengeluh sebelum menyambung hasrat hatinya.
"Dua, lupakan saya."
Hae Yoon mencapai pasu. Dia sedaya upaya cuba menghabiskan ayat terakhirnya.
"Ketiga, saya akan larikan diri. Jauh dari awak Mr Jeon. Jangan cari saya."
Jungkook tergelak sebelum mengangkat jari tanda bagus. Dia menarik nafas lama.
"Aku izinkan kau."
Selesai perkataan itu keluar dari mulut Jungkook, pasu bunga itu mendarat lagi ke kepala Jungkook.
Jungkook menutup matanya. Darah pekat mula memenuhi ruang bilik.
Hae Yoon mencampakkan pasu itu di tepi. Badan Jungkook didekati. Tangisannya mula kedengaran. Dia menyembamkan mukanya ke dada Jungkook.
"K-kau izinkan?"
Tangisannya semakin kuat apabila menyedari nafas Jungkook sudah perlahan.
Dia..dia langsung tiada niat untuk membunuh Jungkook.
Hae Yoon nangis teresak-esak. Jarinya memeriksa nadi Jungkook.
"Awak hampir mati. Awak dah lemah Jungkook. J-jangan p-pergi."
Hae Yoon duduk menghadap Jungkook. Kunci rumah yang ada di poket Jungkook segera diambil.
Dia merenung kunci tersebut lama.
Hatinya terasa sebak. Dia terdorong untuk menangis semula di hadapan tubuh Jungkook yang sudah kaku.
💑
Uh oh. Permainan tak berjalan lancar .
Jangan marah Hae Yoon. 👀
Sudi-sudikan likes , dan komen.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top