21

A/N: Terima kasih support story Jungkook ini.

Anda semua terbaik ❤❤

----
Sudah masuk hari ketujuh Hae Yoon berada dalam bilik kurungan. Setiap hari Jungkook akan singgah ke bilik itu hanya sekali untuk menguruskan makan minum Hae Yoon.

Terdetik juga rasa kasihan terhadap gadis itu. Namun, Jungkook dihalang dengan aturan mindanya yang psiko.

Dia takkan puas selagi Hae Yoon tidak menghabiskan hukuman.

Hari ini merupakan hari terakhir Hae Yoon dikurung. Jungkook bangkit dari posisi berbaring di atas katil. Kunci bilik kurungan bawah tanah diambil dari almari kecil yang terletak di sisi katil.

Dia merenung kunci yang berada dalam genggaman tangannya.

Bibirnya mencebik. Selepas ini, dia perlu melayan lagi kerenah Hae Yoon.

"Kau dah bebas hari ni. Aku harap kau jangan lawan cakap aku. Aku tak nak seksa kau teruk sangat."

---
Jungkook keluar dari bilik tidurnya. Matanya membulat apabila susuk tubuh yang sangat dikenali sedang elok duduk di ruang tamu.

Wanita berusia lewat 50-an itu tersenyum manis ke arah Jungkook. Kedatangannya ke rumah banglo hanya sendirian tanpa ditemani oleh suaminya.

Dia lantas bangun dan menarik badan Jungkook ke dakapannya. Satu ciuman dihadiahkan ke pipi Jungkook.

Raut wajah tampan anak lelakinya diperhatikan. Pandangan anak mata wanita tersebut terhenti di tangan kanan Jungkook.

"Mama dah pesan kat Kook kan? Jangan ambil anak perempuan orang tanpa izin. Jungkook nakal ye?"soal Puan Jeon kepada anak lelakinya.

Jungkook segera ingin menyorokkan kunci dan menjarakkan badannya dari Puan Jeon.

Puan Jeon menghalang pergerakan anaknya. Dia mengusap lembut pipi anak lelaki tunggalnya.

"Keluarkan dia sekarang. Mama janji takkan lepaskan dia. Cepat Jungkook. Kasihan dekat dia.."pujuk Puan Jeon dengan nada lembut.

Dia tahu Jungkook akan dengar dan patuh arahannya. Hatinya sebak melihat kelakuan Jungkook yang masih tidak normal. Dia tahu Jungkook sangat menderita.

"B-baik. Mama kena janji. Jangan lepaskan perempuan Jungkook."Jungkook memberi amaran.

Puan Jeon mengangguk dan duduk semula di atas kerusi. Dia mengisyaratkan Jungkook untuk pergi mendapatkan gadis tersebut.

"Cepat. Mama nak tengok menantu mama. "Ujar Puan Jeon sedikit sebak.

Dia rindukan Jungkook yang dulu.

----
Pintu bilik dikuak dengan luas. Mata aku yang sejak dari tadi tertutup rapat kerana letih terbuka kembali. Sudah hari ketujuh ke?

Aku mengumpul kekuatan untuk duduk menghadap dia. Derap tapak kaki semakin jelas di telinga aku. Aku pasti yang itu adalah Jeon Jungkook.

"Jungkook, a-awak nak bebaskan saya. D-dah cukup seminggu kan?"aku soal perlahan. Takut jika amukan Jungkook datang secara tiba-tiba.

Dia bersila di hadapan aku sebelum memasukkan kunci ke lubang rantai. Selesai sahaja bukaan rantai, aku tersenyum gembira. Aku menggigil tatkala Jungkook mencempung badan aku tanpa sebarang amaran.

"Ya. Hukuman kau dah tamat. Mama aku datang. Jom jumpa dia sekejap. Kau jangan bagi aku mengamuk. Duduk diam."ujar Jungkook dengan kuasa vetonya.

Aku mengangguk dan diam sahaja selepas itu. Langkah kaki Jungkook terhenti di ruang tamu. Dia meletakkan aku di sofa. Dia duduk dan kemudiannya merapati badan aku sehingga lutut kami sama sama bersentuhan.

Muka aku mula membahang dan memerah.

"Kamu..kesayangan Jungkook iye?"suara seorang perempuan menyedarkan aku dari lamunan. Aku tersentak dan segera menunduk hormat.

Dia semestinya Puan Jeon, mama Jungkook.

Aku..kesayangan Jungkook? Aku tergelak sinis dalam hati. Namun, riak wajah tetap dimaniskan.

Jungkook dah pesan untuk berperangai baik. Aku kena patuh.

"Y-ya Puan Jeon. Saya Hae Yoon."aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Puan Jeon.

Tetapi terbantut. Jungkook melingkari lengannya di pinggang aku. Kepalanya diletakkan di bahu kanan aku.

Jungkook menarik tangan aku semula dan meletakkan di ribanya. Dia menggelengkan kepala dan memandang Puan Jeon.

"Dia milik Jungkook. Takde sapa boleh sentuh dia. Jangan memandai nak sentuh dia, mama."

Aku mendengus geram. Mama dia sendiri tak boleh nak pegang aku walaupun bersalam sekalipun?

"Baik mama faham. Sorry . Mama janji tak ganggu sayang Jungkook. Mama nak pergi dah. Makan ubat ya? Jangan nakal-nakal dengan Hae Yoon ya? Janji?" Puan Jeon berkata. Dia menghulurkan jari menyentuh helaian rambut Jungkook.

Jungkook mengangguk sebelum menyembamkan kepalanya pula di leher aku.

"Saya pergi dulu . Hae Yoon. Jaga diri. Cuba pulihkan dia."bisik Puan Jeon sebelum berangkat pulang ke rumah.

Bunyi pintu ditutup membuatkan aku resah kembali.

Jungkook hanya meletakkan kepalanya di leher aku tanpa sebarang tindakan.

Jari-jari aku mendarat di rambut Jungkook. Aku sentuh dan belai perlahan.

Cuba pulihkan dia? Maksudnya, dulu Mr Jeon memang seorang yang normal.

Dia mengangkat muka dan mencium kelopak mata aku.

Aku tak mampu nak melawan kelakuan Jungkook disebabkan badan yang masih lemah.

"Tugasan kedua.."ujar Jungkook sambil menyelak anak rambut yang menutupi dahi aku.

Dahi aku pula menjadi sasaran bibirnya.

"adalah.."

Dia jeda seketika. Kali ketiga, bibir Jungkook mendarat di hidung aku.

"Hide and seek game."

Jungkook menghadiahkan kiss terakhir di atas bibir aku.

"Kau berjaya jumpa aku dalam masa 30 minit. Aku janjikan tiga wish untuk kau sayang."

Aku mengetap gigi. Takut benar untuk menanyakan soalan tapi aku sendiri takut.

"Kalau saya kalah?"

Jungkook tersenyum dan jarinya lincah membuka dua butang baju aku. Aku menahan pergerakan tangannya dari terus mara.

"Aku akan sentuh kau."

----

💑
Aip aip nakal ye Jungkook? 👀

Rajin-rajinkan diri tekan butang oren dan komen. Insha Allah segala komen saya reply kemudian. ❤

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top