20
A/N: Filler chapter khas tentang Jungkook.
Semua mesti nak tahu kan sebab Jungkook jadi psiko?
----
Flashback 2015
(Tiga tahun sebelum kedatangan Jungkook di Universiti Bighit)
Hujan semakin lebat membasahi bumi kota Seoul. Jungkook mengerling ke arah pergelangan tangannya. Jam tepat menunjuk ke angka 3 petang.
Dia terasa bulu roma semakin menaik akibat cuaca yang mula sejuk. Jungkook mengambil jaket dari tempat duduk belakang dan segera menyarungkan ke badannya.
"Mana Ryu Sera ni? Kata pukul 3 dah keluar. Tapi, bayang pun tak nampak."keluh Jungkook. Matanya leka memerhati persekitaran kawasan perumahan teman wanitanya.
Walaupun terletak di tengah-tengah kesibukan bandar Seoul,Korea, kawasan perumahan yang didiami Sera boleh dikatakan agak sunyi.
Baru sahaja dia ingin menekan skrin untuk menelefon Ryu Sera, kelibat wanita itu melintasi jalan serta-merta mencuri pandangan Jungkook.
"Eh..Sera? Dia nak pergi mana tu? Bukan aku selalu tunggu tempat biasa ke? Takkan dia lupa."kata Jungkook sebelum membuka tali pinggang.
Laju kakinya menuruti langkah Ryu Sera. Dia pelik . Wanita itu seperti tahu Jungkook mengekorinya. Namun, dia tetap berjalan menuju ke dalam satu lorong sunyi.
Laju langkah diatur. Ryu Sera berhenti . Kepalanya masih tidak menoleh ke arah Jungkook.
"Sera..awak buat apa kat sini? Saya tunggu tempat biasa je tadi."
Sera memalingkan wajah memandang Jungkook. Jungkook tergamam apabila satu tapak tangan menekup mulutnya.
Jungkook meronta minta dilepaskan. Dia gagal melepaskan diri apabila kain yang menekup mulutnya mengandungi satu bahan yang membuatkan dirinya terasa pening.
Akhirnya , badan Jungkook melurut jatuh ke atas tanah. Ryu Sera mendekati teman lelakinya yang pengsan.
Dia memberi isyarat kepada lelaki asing yang baru sahaja menekup mulut Jungkook tadi.
"Bawa dia masuk dalam van sekarang."arah Sera.
----
Pipi Jungkook ditampar kasar. 5 minit kemudian, lelaki yang merupakan teman lelaki Ryu Sera itu terjaga dari pengsan.
Matanya meliar memandang tempat yang asing bagi dirinya. Nafas Jungkook terhenti apabila dia ternampak bayangan Ryu Sera di muka pintu.
Dia cuba bangun. Tetapi pergerakannya terkawal. Kedua-dua pergelangan kakinya digari dengan rantai. Kedua-dua tangannya juga turut dirantai.
Jungkook bingung. Dia sendiri keliru dengan perkara yang dilihatnya sekarang.
Apa tujuan mereka terutama Ryu Sera melakukan sedemikian kepada dia?
"Apa awak b-buat Sera. Please explain."desak Jungkook kepada teman wanitanya.
Ryu Sera tergelak kecil. Dagu Jungkook diraih oleh jarinya yang runcing. Dahi Jungkook dikucup lama.
Dia melepaskan pegangan jarinya pada dagu Jungkook.
"Aku dah bosan dengan kau Jeon Jungkook. Bosan teramat sangat. Tapi, aku takkan lepaskan kau begitu senang aje. Kau dah menyebabkan abang aku mati. Mati !" Soal Ryu Sera kepada Jungkook.
Lelaki itu bergelut untuk membebaskan diri apabila dia melihat dengan mata dia sendiri Sera sedang merancang melakukan sesuatu untuk dia.
"Saya tak bunuh abang awak. Jujur saya nak katakan, abang awak yang selamatkan saya dari kebakaran tu."jelas Jungkook. Nampaknya Ryu Sera berdendam dengan Jungkook akibat kematian abang kandungnya Ryu Se Joon.
Sebelum kebakaran yang meragut nyawa Ryu Se Joon, hubungan antara Se Joon dan Jungkook sentiasa nampak tegang di pandangan mata Sera.
Ryu Sera salah faham dan menganggap Jungkook punca dia kehilangan abangnya. Bertahun dia berpura-pura cintakan Jungkook. Hasil yang Sera inginkan pada akhirnya adalah..
" Aku mahu otak kau terganggu. Biar kau hidup tertekan dengan dunia kau. Terseksa seorang diri. Ibu bapa kau pun lepas ni tak mampu bantu kau pulih , Jeon Jungkook. Never . Kau akan merana. Aku nak kau.."
Ryu Sera terhenti sebelum menyambung kata-katanya.
"Aku nak realisasikan impian aku. Aku nak kau jadi lelaki psiko. Biar kucar-kacir hidup kau kat dunia ini, Jungkook."
Ryu Sera tersenyum mengejek apabila dia terlihat air mata Jungkook. Jungkook sebak apabila teman wanita sendiri berdendam dengannya.
"Apa salah s-saya Ryu Sera?" Rintih Jungkook.
Kedua-dua lelaki berbadan sasa dan berkepala botak masuk ke dalam bilik sempit itu. Mereka memegang kedua-dua lengan Jungkook.
"Kau pembunuh Jungkook. Pembunuh. Aku harap kau menderita di dunia ni."
Ryu Sera mengambil dua pil misteri dan disumbat dalam mulut Jungkook. Lelaki malang itu meronta-ronta kerana dia dipaksa menelan pil tersebut.
Badan Jungkook mengigil teruk selepas beberapa minit menelan pil yang disumbat Ryu Sera. Ryu Sera meraih tangan memanggil salah seorang lelaki berbadan sasa dan bertubuh gempal.
"Beri pil ni untuk dia telan selama seminggu. Jangan buka rantai ni langsung. Habis seminggu, kau lepaskan aje dia. Aku tak rasa dia akan normal dah selepas ni."ujar Sera. Dia mengelus lembut pipi Jungkook sebelum meninggalkan Jungkook keseorangan.
Jungkook terasa tekaknya perit. Dia ingin muntahkan segala isi perutnya. Tapi, cubaannya gagal. Nafasnya terasa turun naik.
Dia memegang kepala dengan kedua-dua tangannya. Otaknya terasa sakit.
"Seksa dia. Bagi dia rasa sakit."arah Ryu Sera dan dia keluar meninggalkan Jungkook.
Bibir Jungkook terketap menahan takut tatkala matanya bertemu dengan tali pinggang panjang yang berada di genggaman lelaki upahan Sera.
"T-tolong. J-jangan apa-apakan aku"
Suara sayup Jungkook menjerit kesakitan kedengaran dari bilik kurungan itu.
Ryu Sera, dialah puncanya.
----
Seminggu kemudian.
Badan Jungkook ditolak kasar keluar dari lorong sunyi.
Badannya terhuyung-hayang dan aturan langkah Jungkook tidak stabil. Jarinya mengurut dahi yang kepeningan.
Badannya yang penuh dengan kesan pukulan dan seksaan dari orang upahan Ryu Sera langsung tidak memberi kesan kepada emosi Jungkook.
Tiada lagi senyuman yang sentiasa menghiasi bibir manis milik Jungkook. Matanya kemerahan dan tompokan air mata kering jelas terpampang di permukaan wajah Jungkook.
Dia masuk ke dalam kereta . Enjin kereta dihidupkan. Terpancar sekilas wajahnya di cermin kereta.
Jungkook melakarkan senyuman psikonya. Di hujung blok kejiranan yang sunyi itu, kelibat seorang gadis sedang berjalan sendirian.
Dia menekan pedal minyak dan berhenti berdekatan gadis yang tidak dikenali itu. Sebelum tingkap diturunkan, sempat lagi Jungkook berbisik kepada dirinya.
"Target baru. Dapatkan dia. Bawa dia ke rumah. Main permainan..ada tugasan. Dia gagal, aku rantai dia. Dia lulus, aku bagi hadiah."Jungkook mula merancang agenda psikonya.
Jungkook tersenyum penuh makna sebelum menurunkan tingkap kereta.
"Nak tumpang saya ke cik?"
--
💑
Asal-usul anak Jeon berubah jadi psiko. Asalnya normal je, kemudian berubah terus 360 darjah.
Jangan risau. Author make sure next chapter Jungkook berperangai baik. Kalian mesti suka ;))))
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top