19
A/N: Satu update . Selamat berhujung minggu.
Sila reads, like, dan comment. ❤
---
Sudah dua hari Hae Yoon terkurung di dalam bilik seksaan bawah tanah. Sekali pun Jungkook tidak pernah melawat gadis itu.
Rutin harian Jungkook bermula dengan singgah ke bilik yang menempatkan Hae Yoon. Kemudiannya, dia akan berdiri menatap pintu tanpa menjenguk Hae Yoon.
Malah, dia langsung tidak merasakan perbuatannya kejam.
Jungkook rasa puas. Puas melihat gadis miliknya menerima hukuman yang setimpal.
Dia melekapkan telinga di pintu bilik bawah tanah. Sunyi tanpa bunyi.
Mungkin Hae Yoon sedang tidur?
Pengsan?
"Dia tak mungkin mati. Baru 2 hari.Aku yakin."ujar Jungkook sebelum membuka pintu bilik tersebut dan dia meletakkan botol air dan sedikit makanan.
"Hae Yoon. Bangun."
--
"Hae Yoon, bangun."
Suara seseorang membangkitkan aku dari lena. Mata aku terbuka lemah. Pergelangan kaki terasa sakit dan berdenyut-denyut akibat rantai kaki yang terlalu ketat.
Mendengar sahaja suara milik Jungkook, aku segera duduk dan membuka mata.
Tumpuan mata aku berfokus kepada air botol dan roti yang diletakkan Jungkook di hadapan mata.
Aku lapar. Aku tersangatlah dahaga. 2 hari di dalam bilik seksaan benar-benar mendera jiwa.
Sumber cahaya yang terhad, tiada sebarang perabot, lantai simen yang sejuk dan bertemankan rantai di kaki.
Aku sumpah aku makin tertekan dan minda aku mula bercelaru.
Botol air dibuka dan aku teguk rakus. Roti disumbatkan ke dalam mulut. Perut yang memulas sakit tidak dihiraukan aku.
Janji perut aku dah terisi dan dahaga hilang.
Jungkook masih memerhati aku. Selesai aku makan, dia bangun untuk keluar dari bilik.
Aku segera menahan tangannya. Aku tak mahu dia tinggalkan aku lagi.
"Saya n-nak keluar Jungkook. Saya dah tak t-tahan. Rasa nak gila. Tolong Jungkook. Kasihan dekat saya."pujuk aku.
Dia melepaskan tangan aku dan menolak lembut badan aku yang lemah.
Kepalanya digeleng dan dia menutup rapat pintu bilik semula.
Kau jahat, Jungkook. Kau jahat.
--
Jungkook menutup pintu. Mukanya diraup kasar beberapa kali.
Dia melangkah longlai menuju ke ruang tamu. Daripada raut wajah yang dingin, wajahnya bertukar mendung.
Air mata mengalir keluar dari mata Jungkook. Dia kesat , kesat air mata daripada lebat membasahi wajahnya.
Telapak kanannya mendarat di dada miliknya.
Sekejap Jungkook menangis, sekejap lagi Jungkook gelak bagaikan lelaki baru menang loteri.
Gelak. Kemudian, dia menangis.
Dia mengusap dadanya yang semakin bising dengan rentak jantung yang tidak stabil.
Dia benci dengan dirinya pada waktu itu.
"Aku jatuh cinta. Aku jatuh cinta. T-tak mungkin. Aku jatuh cinta. Tahniah Jungkook. Tahniah!"jerit Jungkook dengan nada yang bahagia.
Dia menjerit suka. Selang beberapa saat, raut wajahnya bertukar menjadi bengis.
Jantungnya semakin lama masih kekal pada rentak yang sama.
"Tak! tak! Perempuan tu tak layak untuk aku. Dia hanya..m-mainan aku."nafi Jungkook.
Dia cuba nafikan. Sekuat mana dia nafikan , perasaan yang makin bercambah mula menguasai hati.
"T-tak ada perasaan dekat dia. Aku okay!"
Apabila dia meletakkan semula tangan ke dadanya, bunyi rentak dari jantungnya memberi ingatan keras kepada Jungkook.
Jungkook sudahpun jatuh cinta.
💑
Jungkook , nak jumpa doktor cinta ke?
👀
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top