17

A/N: Satu update mesti tak cukup. Hari ni author bermurah hati.

TQ untuk like, reads dan komen.❤

---

Hae Yoon meraup muka kasar. Rambut panjang miliknya diangkat naik ke atas dan diikat kemas.

"Aku rasa sampai bila-bila pun aku tak akan faham keinginan Jungkook."keluh Hae Yoon. Hatinya berasa kecewa dengan penolakan Jungkook.

Tapi tak boleh dinafikan juga. Dia berasa gembira kerana berjaya melepasi tugasan diberikan Jungkook.

Hae Yoon sendiri merasakan akan ada tugasan lain yang akan datang. Kali ini mungkin dia berjaya, tugasam seterusnya mungkin dia gagal.

"Kertas lagi? Mulut ada tak reti nak cakap terus kat aku ke?"soal Hae Yoon pada diri sendiri. Dia berasa teruja melihat sekeping kertas yang terbaring elok di meja dapur.

Matanya bersinar apabila terbaca isi kandungan kertas tersebut. Gadis itu menjerit kecil kegembiraan.

Satu susuk tubuh sedang asyik meneliti kelakuan Hae Yoon. Dia bersandar di dinding. Matanya tidak terlepas daripada melihat ciptaan tuhan yang berjaya dia perolehi dengan mudah.

Jungkook menahan bibirnya daripada mengukir senyuman jahat.

Dia puas. Dia puas apabila mangsa yang menjadi fokus sudah masuk ke dalam perangkap permainan gilanya itu.

"Kau hampir mendekati level pertama permainan aku. Sedikit lagi, aku harap kau jangan menangis macam orang gila ..Hae Yoon"

--
Aku tersenyum gembira seorang diri. Baru duduk sehari di rumah Jungkook, fikiran aku dah mula terganggu.

Benda sekecil ini pun dah buatkan aku gembira. Rasa nak melompat macam anak kecil yang baru dapat gula-gula.

Bagaimana agaknya jika tinggal lama di rumah ini dengan Jungkook?

Aku rasa tahap kewarasan aku yang normal boleh bertukar pada tahap yang sama dengan Jungkook.

Aku lipat kemas helaian kertas tersebut dan memasukkannya dalam poket seluar.

Aku dapat kebebasan sementara!

--
Hadiah Tugasan Pertama

+Kau bebas bergerak di dalam rumah banglo ini tanpa halangan. Dalam rumah ini sahaja. Kau boleh masak, kau nak tidur, kau nak menonton televisyen.

Silakan.

+Jika aku dapat kesan kaki kau jejak tanah keluar dari rumah, aku janji seminggu kau akan pandang dinding aje.

Jangan sia-siakan peluang yang aku dah bagi.

Hargai sepenuhnya, sayang.

--
Kaki aku bergerak menuju ke ruang tamu. Mataku meliar memandang sekeliling.

Rumah banglo milik Jungkook sunyi sepi tanpa sebarang kelibat manusia. Aku jangkakan mungkin aku dan Jungkook sahaja satu-satu manusia yang tinggal di rumah banglo yang terletak di tengah-tengah hutan belantara ini.

Aku pasti benar semua ni idea Jungkook. Rumah yang tersorok jauh daripada kesibukan ibu kota Seoul.

Aku rasa semua ni memudahkan Jungkook untuk menyimpan mangsa-mangsanya?

"Jungkook gila. Muka aje kacak tapi otak mereng. Kurang fius sebab tu psiko."kutuk aku tanpa tapisan. Mulut aku laju menyuarakan segala ketidakpuasan hati.

Aku pandang sekeliling. Tangan aku letak atas dada. Mujur dia tak dengar.

Fuh, dia tak dengar. Sesuka hati aku kutuk dia. Mahu dibunuhnya aku.

Aku tak puas lagi hidup.

--
Hampir seharian Hae Yoon merehatkan badan di ruang tamu. Kelibat Jungkook langsung tidak kelihatan di pandangan matanya.

Suis televisyen ditutup. Hae Yoon mula berasa bosan.

Pandangannya yang sejak dari tadi berfokus kepada televisyen bertukar ke arah kiri.

Pintu utama rumah banglo itu terkunci bukan?

Kakinya terasa galak ingin bangun. Dia terpandang gugusan kunci yang terletak elok di atas meja kopi di sudut kanan ruang tamu.

"Tak salah kan kalau aku cuba?"rungut gadis itu.

Niat Hae Yoon terhenti bila terfikirkan amaran Jungkook dalam kertas tersebut.

" +Jika aku dapat kesan kaki kau jejak tanah keluar dari rumah, aku janji seminggu kau akan pandang dinding aje. "

Ayat Jungkook terngiang-ngiang dalam fikiran Hae Yoon. Dia mencebik bibir.

Pandang dinding? Dinding di bilik ?

Hae Yoon membuat keputusan untuk cuba keluar dari rumah tersebut. Kunci sudah tersedia di atas meja. Dia mungkin boleh melepaskan diri dengan jayanya pada kali ini.

Lagipun hukuman Jungkook hanya akan melibatkan dia dikurung di bilik. Hukuman itu dirasakan Hae Yoon tidak begitu teruk jika dia ditangkap oleh Jungkook.

"Aku..aku cuba dulu!"

Hae Yoon menarik kunci tersebut dan menggenggam erat.

Dia dengan berhati-hati memasukkan kunci pada lubang pintu utama.

Click!

Dia berjaya membuka pintu. Pintu ditolak perlahan. Angin lembut menerpa pipinya.Hae Yoon tersenyum sumbing. Hatinya berasa puas.

Dia berlari-lari anak keluar dari pintu utama.

Belum sempat kakinya lama menjejak tanah, pinggangnya dirangkul kasar oleh Jungkook.

"T-tak. Lepaskan saya Mr Jeon. Lepaskan. Sakit. Sumpah!" Hae Yoon menjerit. Rancangan untuk melarikan diri untuk kali kedua dari Jungkook gagal.

Begitu bodoh dirinya. Ingat sesenang tu je Jungkook nak lepaskan dirinya?

Lengan kiri Jungkook melilit kemas di pinggang ramping Hae Yoon. Manakala, jari kanannya mencengkam leher Hae Yoon dengan kuat.

"Tak..tak boleh bernafas. Please Jungkook"rintih Hae Yoon lemah.

"Hari ini sampai hari ketujuh, kau akan tahu apa yang aku maksudkan dengan pandang dinding. Nak sangat? Lepas ni kau pandang puas-puas."ujar Jungkook.

Dia mendukung gadis itu dan menuju ke satu bilik yang terletak di bawah tanah.

Jungkook, kau gila.

💑
Jalan cerita story ni sangat mencabar minda dan memberi tekanan. Jadi, harap readers dapat bersabar dengan Jungkook. ;)))

So, camne dengan chapter 17?

Tunggu next update terakhir untuk hari ini. ❤❤

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top