13

A/N: Update untuk hari Rabu ❤

--------

Aku segera berundur ke belakang dan berlari menuju ke hutan tebal.

Aku lari tanpa henti. Nafas aku sudah tersekat-sekat. Aku tarik nafas dalam-dalam dan mata dipejam. Kekuatan aku cuba raih untuk menaikkan semangat yang sudah mula pudar dan lemah.

Nafas terasa tersekat di kerongkong. Aku meletakkan tangan di dada. Sakit di dada kian mencengkam. Kaki aku laju melangkah menuju ke arah destinasi yang aku sendiri tidak pasti.

"Omma, appa. Hae Yoon takut sangat. Takut."ujar aku dengan gigi yang terketap menahan takut.

Mata aku meliar memerhati persekitaran hutan tebal yang sunyi tanpa sebarang manusia. Hanya bunyi-bunyi serangga yang menemani.

"Auch!"jerit aku kecil. Aku segera meneliti telapak kaki yang mula mengalir darah laju kerana terkena serpihan kaca yang bertaburan di tanah.

Cecair masin yang terkumpul di dalam mulut aku sedaya upaya tahan. Aku tak suka dengan darah.

Aku mual!

--------
Hae Yoon yang sememangnya dari kecil alah dengan bauan darah memuntahkan segala isi dalam perut. Kakinya berasa lemah dan dia jatuh terbaring di tanah.

Pada waktu itu, dia sudah tidak kisah jika Jungkook menangkap dia dan seterusnya membunuh dia.

Dia sudah letih.

"Aku dah jumpa kau. Nakal sangat . Lari-lari ni dah kenapa? Nakal!"suara garau milik Jungkook menerpa ke gegendang telinga Hae Yoon.

Hae Yoon tergelak kecil dan sinis. Dia dapat merasakan badan kecil miliknya dicempung lembut oleh Mr Jeon Jungkook.

Dia pasrah. Biar takdir yang menentukan nasib dia dengan Jungkook kelak.

"Takut. S-saya takut."keluh Hae Yoon. Matanya makin kuyu dan akhirnya menutup.

Jungkook hanya merengus kasar. Pegangannya pada badan Hae Yoon dikemaskan.

"Dah kau degil sangat. Lain kali behave. Tak susah pun kan?"

Dia meletakkan Hae Yoon di tempat duduk sebelah pemandu. Enjin kereta dihidupkan untuk menuju semula ke rumah banglo miliknya.

-----
Sebaik sahaja sampai di rumah, Jungkook mendukung Hae Yoon pergi ke satu bilik.

Suis lampu ditekan dan Jungkook menepis debu debu yang mula menghiasi perabot dalam bilik tersebut.

Dia tak tunggu lama. Terus tanpa belas kasihan, dia mencampakkan tubuh Hae Yoon  ke atas katil.

Frame yang tergantung kemas di dinding diraih dan segera dilontarkan ke luar tingkap.

"Perempuan lama. Kisah lama. Rimas kalau biarkan lama-lama.Frame gambar kau dah takde guna."bentak Jungkook geram sebelum keluar dari bilik.

Pin ditekan agar pintu bilik yang menempatkan Hae Yoon itu sentiasa tertutup rapat dan tiada lagi peluang untuk gadis awal 20-an itu untuk lari.

Jungkook mengerling jam. Seketika dia berdecit memerli diri sendiri.

"Aku lupa makan ubat. Dah lewat tiga jam. Ooh patutlah."

💑
A/N: Terima kasih kasi saya bintang oren. ❤ U gais the beshhh.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top