22
" Saya balik lewat sikit. Dalam pukul 11 lebih macam tu, tau? " Pesan Chanyeol kepada aku ketika dia sedang memakai kasut.
" Okay. Awak nak saya masakkan apa apa tak? Atau awak akan makan kat luar je? "
" Kat luar dengan Baekhyun. Awak tak payah masak lah. Rehat je okay malam ni? "
Aku menipiskan senyuman lalu kepala aku ditarik mendekati bibir Chanyeol lalu dia mengucup dahi aku sekilas.
" Ha Chan, saya nak pergi rumah Jimin tau. Hantar makanan sikit dekat dia sebagai tanda terima kasih saya dekat dia " Pesan aku awal-awal. Kang pergi tak bagitahu dia, dia tuduh aku curang pula.
" Boleh je "
" Saya pergi dulu. Take care dan jaga rumah " Sekali lagi Chanyeol mencium dahi aku sebelum dia berangkat pergi ke tempat kerja.
Aku menghantar Chanyeol pergi dengan mata aku. Sebaik sahaja kelibat dia hilang dari pandangan, aku menutup pintu dan masuk semula ke dalam rumah.
Aku terus mencapai telefon bimbit dan menghantar pesanan kepada Jimin.
Me :
Jimin, awak ada dekat rumah?
Lama aku menunggu tapi dia langsung tidak membalas mahupun membaca pesanan aku.
Hari ini hari sabtu jadi mustahil kalau Jimin ke kampus.
Aku mengeluh berat lalu melangkah ke dapur. Aku mengeluarkan dua bekas makanan yang sama saiz dan memasukkan makanan yang aku masakkan untuk Chanyeol tadi ke dalam bekas makanan tersebut.
Aku hendak memberinya kepada Jimin.
Sebagai tanda terima kasih kerana sudah menyelamatkan aku semalam.
Dan juga tanda minta maaf aku kepada dia.
Aku nak berbaik dan perbaiki semuanya balik dengan Jimin.
Kerana aku sedar, walaupun aku sudah bercakap buruk tentang Jimin, dia tetap menolong aku dalam kesusahan kelmarin.
Boleh saja dia membiarkan aku diganggu oleh Yoongi tapi dia sanggup menolong aku.
Selepas itu, aku masuk ke dalam bilik untuk menukar pakaian yang lebih cantik. Aku hendak bertemu Jimin jadi aku haruslah bersiap dengan cantik.
Aku ingin Jimin melihat kecantikan aku.
Aku terus mengambil bekas makanan tadi dan mengunci pintu rumah sebelum menekan butang lif untuk ke apartment Jimin yang terletak selang 3 tingkat dari rumah aku dan Chanyeol.
Ting Tong! Ting Tong! Ting Tong!
Aku menekan loceng pintu rumah Jimin buat sekian kali. Ia mengambil masa agak lama untuk Jimin membuka pintu rumahnya.
" Yunji? " Mukanya sedikit terkejut melihat kehadiran aku di depan pintunya.
Dan sekarang dia sedang berdiri di depan aku dengan rambut yang kusut masai.
Jangan cakap yang dia...
" Maaf. Aku baru lepas main game. Masuklah "
Jimin membuka pintu rumahnya dengan lebih luas untuk memudahkan aku masuk ke dalam. Dengan perasaan segan, aku menjejakkan kaki ke dalam.
Masih segan walaupun Jimin kelihatan tidak kekok dengan aku sama sekali.
Huh, nasib. Aku ingatkan dia bersama perempuan lain lagi.
" Ada apa datang sini, Yunji? " Soal dia seraya mengambil bekas makanan aku dari tangan.
" Saya datang ni nak bagi awak sikit makanan "
Jimin mengukirkan senyuman manis lalu mengambil tempat duduk di sebelah aku di atas sofa.
" Terkejut aku bila kau datang rumah aku tiba tiba sebab yela, tak sangka kan em .. " Jimin menggosok belakang tengkuknya dengan sambil tersengih segan.
Haih dia ni pun. Nak jugak ungkit hubungan kami dulu.
" Saya mesej awak. Tapi awak tak balas " Kata aku. Jimin mengerutkan dahi sebelum dia menepuk dahinya perlahan.
" Ahh, maaf. Aku off telefon aku bila main game " Jimin menggigit bibirnya. Aku ketawa kecil.
" Tak apa. Saya tak kisah pun janji awak ada dekat rumah " Jawab aku kemudian mencicip sedikit jus oren yang Jimin hidangkan tadi.
" Chanyeol tahu kau datang rumah aku? "
Aku menganggukkan kepala.
" Erm Jimin, terima kasih tau " Ucap aku tiba tiba. Jimin pandang aku dengan kening yang dinaikkan sedikit.
" Untuk? "
" Sebab dah selamatkan saya semalam " Aku menundukkan kepala dan pandang jari jemari panjang aku.
Jimin diam sejenak sebelum dia bersuara.
" Yunji, kan aku dah cakap jangan berterima kasih dekat aku. Aku ikhlas nak tolong kau semalam " Balasnya.
" Bukan sebab ikhlas atau apa, Jimin. Saya cuma rasa bersalah dekat awak. Saya tinggalkan awak macam tu lepastu saya cakap buruk pasal awak dekat muka awak tapi.. "
Hidung aku sudah mula terasa pedih. Aku bakal mengalirkan air mata tak lama lagi rasanya. Sebab cecair hangit sudah berkumpul di tubir mata aku.
" Tapi apa, Yunji? " Jimin masih berlembut dengan aku.
Aku menarik nafas.
" Tapi awak masih nak selamatkan saya. Awak boleh je biarkan saya kena kacau "
Jimin diam lagi. Aku dapat mendengar yang dia melepaskan nafas panjang.
Lalu dia mendongakkan wajah aku dengan jari-jemari dia pada dagu aku. Dia tatap anak mata aku dengan tatapan yang lembut.
" Jangan cakap macam tu. Aku takkan sesekali biarkan kau dalam bahaya dan aku takkan pernah tengok kau disakiti atau diganggu sesiapa pun "
" Sebab apa? Sebab aku sayangkan kau, Yunji. Aku cintakan kau sampai aku tak sanggup tengok kau dalam bahaya " Sambung Jimin.
Aku tergamam mendengar luahan hatinya. Ha, dah mengalir pun air mata aku.
" Awak masih sayangkan saya, Jimin? "
Jimin mengangguk.
" Awak masih cintakan saya, Jimin? "
Jimin mengangguk lagi sekali.
" Walaupun saya dah sakitkan hati awak? "
Jimin menggeleng dengan senyuman pada bibirnya. Ibu jarinya menyeka air mata pada wajah polos aku.
" Kau tak pernah sakitkan hati aku. Aku yang dah sakitkan hati kau. Apa yang kau buat tu betul, Yunji. Kau tinggalkan aku sebab aku yang buat kau tinggalkan aku. Aku tak fikir pasal perasaan kau dan buat kau rasa beria " Jimin menjedakan ayatnya sebelum bersambung.
" Aku sayangkan kau tapi aku tak dapat nak ungkap semua tu sebab aku rasa bersalah dekat kau dan Chanyeol. Sebab aku, semuanya musnah "
" Tapi Jimin, ni bukan salah awak. Salah saya jugak. Tapi kita saling mencintai jadi penting lagi ke orang di sekeliling kita? " Soal aku dengan mata yang sudah mula berkaca.
Jimin terus menarik aku ke dalam pelukan. Rambut aku diusap perlahan sebelum dia membaringkan aku di atas sofa.
Jimin kini berada di atas aku.
" Orang di sekeliling kita memang penting tapi apa yang penting sekarang adalah perasaan kita. Aku akan ketepikan semua itu dan fokus dekat kita berdua saja, boleh? "
Kening aku bercantum mendengarkan ayat Jimin.
" Apa maksud awak? "
" Kalau aku ajak kau mula semula, kau nak? " Jimin menyoal dengan suara rendah. Bergetar jadinya jiwa perempuan aku.
Sudah lah dia sedang berada di atas aku sekarang ini. Deruan nafasnya.. Bau lelakinya .. menggetarkan jiwa aku.
Perlahan-lahan aku mengangguk setuju.
Aku memang cintakan Chanyeol tapi rasa cinta aku terhadap Jimin lebih kuat dan susah untuk pudar dari hati aku.
Aku layak untuk menerima Jimin semula.
Aku akan mulakan semula semuanya bersama Jimin.
Aku akan berbahagia bersama Jimin.
" Tapi kali ini, aku akan pastikan yang semua orang akan tahu tentang hubungan kita. Kau tak perlu berlaku curang lagi selepas ini tapi nanti, bukan sekarang. Can you wait for it? "
Aku mengangguk lagi.
Jimin mendaratkan bibirnya pada dahi aku.
Pada hidung aku.
Dan pada bibir aku.
" Promise me that we will fight together till the end. For our love "
Aku memandang anak mata Jimin yang lembut lalu aku mengukirkan senyuman lebar.
" I promise, Park Jimin "
***
" Sayang, esok both of our parents ajak dinner sekali. Mesej Jimin sebab dia pun kena ikut jugak "
" Dinner sekali? Ada apa apa ke, Chan? "
Chanyeol mengangkat bahu.
" Katanya ada good news "
Dan hari ini pun tiba. Hari di mana kami semua akan berkumpul dan bermakan malam sekali.
Aku mengenakan dress putih yang dihadiahkan Chanyeol bulan lepas sempena anniversary kami yang ke-3.
Solekan aku untuk malam ini tipis sahaja. Nak makan malam sekali dengan keluarga aku dan keluarga Chanyeol je pun. Tak payah nak solek tebal tebal.
Masing masing mengambil tempat di meja makan yang panjang ini. Walhal lah, keluarga aku saja sudah 4 orang termasuk adik aku manakala keluarga Chanyeol pun ada 4 orang.
Jimin turut ikut sekali. Dia duduk bertentangan dengan aku dan Chanyeol. Sesekali dia pasti akan menyepak kaki aku di bawah meja.
Nakal.
Aku nampak mama Park dan ibu Park sangat ceria hari ini. Apa agaknya berita baik yang mereka ingin sampaikan itu?
Aku rasa pasti kerana syarikat mereka telah mencapai perkembangan baru. Sebab itu lah mereka ingin mengadakan makan malam antara keluarga.
Hm, boleh jadi.
" Papa gembira sebab semua dapat hadir malam ni " Papa Chanyeol mula berucap.
" Sebenarnya ada berita baik yang kami semua nak sampaikan dekat Chanyeol dan Yunji " Tambah papa aku pula.
Aku dan Chanyeol saling memandang satu sama lain dengan kening yang bercantum.
Berita baik untuk aku dan Chanyeol?
Kali ini giliran mama aku pula untuk bersuara,
" Chanyeol dengan Yunji dah bersama tiga tahun, kan? Siap duduk serumah lagi " Mama tersenyum lebar sehingga menampakkan giginya.
Aku dan Chanyeol mengangguk serentak.
" Jadi kami semua bersetuju untuk kahwinkan kamu berdua dalam masa tiga bulan lagi. Tiada bantahan okay sebab mama memang berkenan dekat Chanyeol dan ibu pun berkenan sangat dekat Yunji "
Serta-merta senyuman aku mati.
Aku pandang Jimin di depan aku.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top