20
Dua bulan selepas aku memutuskan hubungan dengan Jimin.
Hidup aku jadinya lain terus. Makin cerah dan makin bahagia... mungkin.
Kadang kadang aku ada bertembung dengan Jimin di apartment kami tapi aku buat-buat seperti tidak mengenalinya.
Kami sudah tiada apa apa hubungan, jadi kenapa aku harus bercakap dengannya lagi?
Aku menutup loker aku sebaik sahaja menyimpan buku buku yang tidak akan digunakan nanti. Aku cuma ada satu kelas sahaja hari ini.
Semasa aku melewati bilik stor di mana aku dan Jimin pernah menghabiskan masa dulu, aku terdengar suara dua orang manusia sedang bercakap.
Aku terdengar bukan kerana telinga aku tiada tahi, tapi kerana suara mereka terlalu kuat.
Baik tak payah duduk dalam stor, bodoh.
" Malam ni boleh I pergi rumah you, Jim? "
Aku berhenti di depan bilik stor. Kepala aku dan mata aku pandang daun pintu tersebut. Telinga dipasang.
" Nanti malam Sera nak datang. Esok boleh? "
Selepas itu pintu bilik stor itu terus terbuka dan memamparkan susuk tubuh Jimin yang baru saja keluar dari bilik itu.
Mata aku membulat seketika sebelum aku pandang dia atas bawah.
Bajunya tidak kemas dan rambutnya serabai. Tidak seperti selalu.
Dia juga memandang aku dengan pandangan yang terkejut. Mungkin dia tidak menyangka yang aku boleh berada di sini.
" Yunji? "
Aku tersenyum sinis lalu membuka langkah untuk pergi.
" Yunji, tunggu! " Jimin mengejar aku dari belakang. Melihatkan aku tidak berhenti, dia terus menarik tangan aku dan tindakan dia menyebabkan aku pusing ke belakang menghadap dia.
" Lepaslah! " Aku menepis tangannya yang memegang pergelangan tangan aku dengan kasar. Mata aku tajam memandang dia.
" Apa awak nak?! " Jerkah aku.
" Yunji, listen. Apa yang kau dengar tapi tak macam yang kau sangkakan dan aku bukan nak buat apa apa dengan dia. Dia cuma nak datang dan— "
Aku terus memotong kata-katanya.
" Jimin, saya tak mintak awak jelaskan apa apa pun "
Mulut Jimin tertutup. Anak mata dia bergetar dan masih cuba bertembung mata dengan aku.
" Yunji.. "
" Jimin, bukan hal saya lagi dah kalau awak nak buat apa pun dengan perempuan lain " Kata aku bersahaja. Aku pandang dia dengan kosong.
" Yunji, aku cuma— "
" Sera pun perempuan yang ada hati dengan perasaan. Jangan jadi lelaki sampah, Jimin "
" Habistu aku? Memangnya aku tak ada hati dan perasaan lah kan, Yunji? Kau tinggalkan aku macam tu je " Tiba tiba nada suara dia melonjak naik.
Aku mengetap bibir.
" Jangan salahkan saya sepenuhnya. Awak juga yang ragu ragu dengan perasaan awak secara tiba tiba dan saya tinggalkan awak bersebab. Saya tak nak teruskan tikam belakang Chanyeol "
" Satu lagi, perangai awak sekarang ni buat saya semakin benci nak bersama dengan awak semula " Tambah aku sebelum aku menjelingnya dan melangkah pergi.
Park Jimin yang sekarang bukan lah Jimin yang aku kenal dulu.
Selepas berputus dengan aku, dia berubah.
Dia kembali bersama dengan Sera tapi dalam masa yang sama, dia curang dengan perempuan lain.
Wajarkah jika aku kembali ke pangkuan Jimin semula?
***
Dari jauh aku memandang Hannah yang sedang beratur membeli aiskrim bersama Taehyung.
Senyuman aku mula terukir melihat mereka berdua bersama di sana.
Hannah sedang menarik Taehyung untuk bergambar dengan maskot beruang tapi Taehyung berkeras menolak.
Comel!
Taehyung dengan Hannah ni kadang kadang sweet, tapi kadang kadang macam anjing dan kucing.
Aku pun tak tahu lah bila mereka nak bersama sebab aku tak pasti kalau Taehyung sukakan Hannah atau pun tidak . Tapi aku akan doakan yang terbaik untuk rakan baik aku .
Haih, aku rindukan Hannah.
Sudah lama aku tidak bercakap dengan dia sejak kesalahan aku kerana tidak berlaku jujur dengan dia.
Jadi aku rasa aku patut berbaik dengan dia hari ini. Itu pun kalau Hannah sudi.
Aku merapati Hannah dan Taehyung yang masih berada di tepi maskot beruang.
Aku tak nafikan yang perasaan aku bercampur baur sekarang ini tapi lebih kepada gementar.
Macam mana kalau Hannah tak sudi nak berkawan dengan aku semula?
" Taehyung! Ambik la gambar aku dengan beruang ni kasi lawa sikit! "
" Diam lah, perempuan. Banyak songeh lah kau ni " Taehyung menjeling Hannah tajam tapi dia masih mengambil gambar Hannah sekali lagi selepas disuruh.
" Urm.. Taehyung, Hannah? " Aku memanggil mereka. Serta-merta kepala mereka toleh memandang aku di tepi.
" Hey, Yunji! Buat apa kat sini? " Soal Taehyung ramah. Dia berhenti mengambil gambar Hannah.
Aku lirikkan mata ke arah Hannah. Dia segera menayangkan muka yang menyampah setelah melihat muka aku.
Aku .... terasa hati.
" Saya nak cakap sikit dengan Hannah " Aku palingkan kepala memandang dia. Hannah menggulingkan anak matanya ke atas.
" Hannah, dia nak cakap dengan kau " Kata Taehyung pula kepada Hannah.
" Oh yeke? Sorry, tapi aku tiba tiba ada hal dekat rumah " Hannah mengambil telefonnya dari tangan Taehyung dan ingin melangkah pergi tapi Taehyung menarik bahunya semula.
" Jung Minhee, jangan berkelakuan tak matang " Kata Taehyung tegas.
" Never call me with that name again, Kim Taehyung ! " Herdik Hannah. Aku faham kenapa dia bencikan nama itu.
" Kalau tak nak aku panggil kau dengan nama tu, dengar cakap aku. Turunkan ego bodoh kau ni dan bincang masalah kau dengan Yunji baik baik "
" Jangan cakap pasal ego aku kalau kau sendiri pun ego tinggi menggunung! "
Taehyung mengeluh berat. Dia sememangnya tabah dengan perangai Hannah yang degil.
" Aku tunggu dekat kafe sana " Lalu dia terus meninggalkan kami berdua.
Aku menggigit bibir ketika mata aku bertembung dengan mata Hannah. Dia melepaskan nafas.
" Apa yang kau nak cakap dekat aku? Jangan buang masa aku, boleh? "
" Hannah, kita duduk dulu boleh? Ada banyak yang aku nak jelaskan dekat kau "
Jadi aku dan Hannah duduk di bangku.
" Hannah, aku nak mintak maaf dulu. Aku tahu aku salah sebab rahsiakan benda tu dekat kau dan aku tahu salah sebab buat macam tu jadi aku nak mintak maaf "
" Hmm " Gumam Hannah.
Aku menipiskan bibir.
" Ada sebab kenapa aku tak bagitahu kau. Aku takut kau akan anggap aku ni jahat. Aku risau kau akan marahkan aku, tu je. "
" Oh tapi kau tak fikir pulak yang merahsiakan semua ni dari aku akan buat aku lagi marah? " Bidas Hannah.
Aku tidak menjawab malah menundukkan kepala aku.
" Aku bukan apa, Yunji. Tapi kau dah kecewakan aku. Aku kecewa sebab kau anggap aku ni macam bukan siapa siapa untuk kau "
" Aku mintak maaf, Hannah " Aku donggakkan kepala.
Lalu aku terus memeluk Hannah dengan erat. Hampir saja air mata aku menitik kerana terlalu sebak.
" Aku janji takkan rahsiakan apa apa lagi dari kau. Aku janji akan jadikan kau keutamaan aku lepas ni "
Hannah tidak membalas pelukan aku atau membalas kata-kata aku.
Kemudian dia melonggarkan pelukan.
" Kau dengan Jimin masih... "
Aku dapat agak apa yang dia ingin bertanya jadi aku pantas menggeleng.
" Aku dengan dia dah tak ada apa apa dan aku masih dengan Chanyeol " Aku tipiskan senyuman.
" Oh wow. Okay "
" Hannah, kita berkawan balik? "
***
Aku lega. Aku berasa sangat lega.
Masalah aku dengan Hannah sudah selesai. Hannah pun sudah memaafkan kesalahan aku.
Aku menekan butang lif. Dari tadi bibir aku tidak berhenti menguntumkan senyuman.
Perasaan gembira jika dapat berbaik dengan kawan baik sendiri adalah perasaan gembira yang berlainan.
Ting!
Pintu lif dibuka. Serta-merta senyuman aku mati ketika melihat insan di dalam lif tersebut.
Jimin.
Dia turut memandang aku dengan pandangan yang redup dan sayu.
Dia keluar dari lif dan menghampiri aku.
" Yunji, kau free? "
" Jangan kacau saya boleh tak? Saya sibuk " Aku menjeling Jimin tajam lalu masuk ke dalam lif.
Selain aku, ada seorang lagi lelaki yang memakai topi dan mask yang naik lif bersama aku. Mungkin salah seorang penduduk di sini.
Semasa lif sedang bergerak naik ke atas, tiba tiba lampu di dalam lif terpadam dan lif mula menghasilkan satu bunyi.
Bunyi yang lebih kepada dentuman. Hampir saja aku terjatuh ke belakang tapi lelaki tadi pantas menahan aku dari terjatuh.
Aku mula resah.
Aku ingin berdiri semula tapi lelaki tadi memegang bahu aku dengan kuat dan menyebabkan aku tidak boleh bangun.
" Hai, si cantik "
______
sorry for the late update. aku busy siapkan buku He Never Know heheheheh.
aku akan bukukan fanfic tu dalam minggu ni / minggu depan so kalau ada yang berminat, boleh lah whatsapp aku.
0137773012 adriana
and fanfic ni dah nak sampai ke penghujung !!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top