19
Park Jimin's
Aku memandang diri aku melalui pantulan cermin. Rambut aku yang sedikit tidak kemas itu aku sikatkan dengan jari jemari aku.
Selepas memastikan diri aku kelihatan kacak , aku terus mencapai jambakan bunga ros di atas meja belajar aku lalu berjalan ke ruang tamu.
Aku ingin ke rumah Yunji. Aku ingin berbaik dengannya dan memulihkan hubungan kami berdua.
Aku tahu yang aku masih mencintainya dan sekarang, aku sangat merinduinya.
Tidak bercakap dengannya selama beberapa minggu membuatkan aku rasa kosong.
Ketika aku sedang merapikan jambakan bunga itu, loceng pintu aku ditekan.
Dahi aku berkerut seketika sebelum aku berjalan untuk membuka pintu rumah. Mata aku membulat sedikit tatkala aku bertembung mata dengan gadis yang aku cintai ini.
Yunji. Dia datang ke rumah aku.
" Yunji, apa kau buat dekat sini? " Soal aku hairan. Aku baru je nak pergi rumah dia.
Dia memejamkan mata lalu menghela nafas. Dia menatap mata aku dalam.
" Jimin, saya datang untuk bagitahu satu benda. And i will make this real quick " Katanya.
Aku menghela nafas. Soal ini lagi.
Aku harus memberitahunya yang aku ingin berbaik semula dengan dia. Aku harus memberitahunya yang aku sudah jelas dengan perasaan aku.
" Kalau kau datang setakat nak tanya aku soalan yang sama, kau boleh lupakan pasal tu sebab aku memang— "
" Jimin, kita putus "
Aku memang nak berbaik dengan kau
Itu apa yang aku ingin memberitahunya sebelum dia memotong percakapan aku.
" Apa dia? " Aku jadinya terkelu.
" Kita putus. Dengar tak? " Yunji mengulangi kata-katanya.
" Kenapa? "
Yunji melepaskan satu tawa yang cukup sinis.
" Jangan tanya saya soalan bodoh, Jimin. Tanya diri awak sendiri. Awak yang buat saya ambil keputusan ini " Katanya.
Aku meraupkan wajah aku dengan penuh kekesalan dalam diri. Dia menyalahkan aku dan aku mengaku ini adalah salah aku.
Aku yang buat dia ragu-ragu dengan perasaan aku, dan juga perasaan dia.
Aku meraih tangan Yunji.
" Yunji, dengar. Aku tak bermaksud nak— "
" No. Saya tak nak dengar apa apa lagi dari awak, Jimin " Dia menepis tangan aku dari memegang tangannya.
" Yunji .. " Aku memanggil namanya lembut. Aku cuba membuat dia berlembut hati dengan aku ternyata aku salah. Dia masih dengan keputusannya untuk memutuskan hubungan kami.
" Jangan cuba nak ubah hati saya, Jimin. Awak dapat hati saya, tapi awak lukakannya. Jangan anggap hati saya ni mainan awak " Matanya sudah mula berkaca ketika dia berkata sedemikian. Hati aku remuk.
" Okay, Yunji. Aku tahu aku salah dalam hal ni tapi boleh tak kau bagi aku peluang untuk jelaskan segalanya dekat kau? "
Dia menggelengkan kepalanya dengan laju.
" Saya dah banyak kali bagi awak peluang untuk jelaskan perasaan awak dekat saya. Tapi awak sia-siakan semua peluang tu "
" Saya dah penat dengan permainan awak, Jimin. Dan lagi satu, saya dah tak nak khianati Chanyeol. Macam awak, saya pun rasa bersalah dekat Chan. Jadi lebih baik kita berhenti sampai sini saja " Tambahnya lagi.
Yunji memusingkan tubuhnya untuk melangkah pergi tapi aku segera menahan bahunya dengan tangan aku.
" Yunji, tak boleh ke awak bagi saya peluang untuk betulkan segalanya? "
" Buat apa saya kena bagi awak peluang? Awak sendiri yang anggap saya sebagai kawan awak. Perlu lagi ke saya bagi awak peluang? " Soalnya semula dengan tubuh yang masih membelakangi aku.
" Kalau boleh, saya nak kita berhenti bercakap "
Itu adalah kata-kata terakhir daripada Yunji sebelum dia melangkah pergi dari rumah aku.
" Aishhh! " Aku menjerit kekesalan dan kegeraman. Rambut aku diserabutkan kerana terlampau geram dengan diri aku.
Semuanya salah aku. Semuanya musnah kerana kesilapan aku dan juga ego aku.
Aku kehilangan Yunji dan dia akan kembali kepada Chanyeol.
Semuanya gara-gara ego aku yang tinggi melangit.
Aku mengeluh panjang lalu masuk semula ke dalam rumah dengan perasaan yang sangat kecewa.
" Jimin "
Tubuh aku berpusing semula sebaik saja nama aku dipanggil dari jauh. Aku nampak tubuh Sera sedang berjalan menghampiri aku.
" Sera? Kenapa kau datang sini? " Tanya aku dengan nada yang masih lembut. Kalau boleh, aku tak nak lepaskan geram dekat sesiapa pun termasuk lah Sera.
" J-Jimin.. " Suara Sera mula bergetar dan kedengaran seperti dia ingin menangis. Aku mula berasa risau. Lebih-lebih lagi apabila ada kesan lebam pada mukanya.
" Sera, apa yang dah jadi dekat kau ni? " Soal aku lagi tapi kali ini memang jelas menunjukkan bahawa aku risau dengan keadaannya.
Perlahan-lahan air mata Sera mula tumpah di hadapan aku.
" Papa.. dengan mama... " Sera terus menekup mukanya dengan telapak tangan lalu dia menangis dengan kuat. Bahunya terhinjut-hinjut kerana menangis.
Aku tahu maksudnya. Aku tahu keadaan keluarganya. Walaupun dia merupakan anak orang ternama, keluarga dia tidak pernah indah.
Aku rasa sedih melihatnya begini jadi aku terus menarik Sera masuk ke dalam dakapan hangat aku.
" Shuh, Sera. Jangan menangis lagi. Aku ada untuk kau " Tangan aku menepuk-nepuk belakang badannya sambil memujuknya untuk berhenti menangis.
" Jimin, s-saya dah .. tak ada sesiapa.. " Badannya menggigil ketika memberitahu aku perkara itu.
Aku melepaskan nafas. Aku tak boleh tengok Sera macam ini. Dia kuat di luaran tapi bukan di dalaman.
" Sera, jangan cakap macam tu. Kau ada aku, Sera " Aku mencium rambutnya dan dia masih menangis di dalam pelukan aku.
Lama aku biarkan dia memeluk aku sampai lah dia sendiri yang melonggarkan pelukan dan memandang wajah aku.
Mukanya nampak teruk dan matanya sembap dan merah kerana asyik menangis.
" Jimin, can I have you back? I have no one now " Sekali lagi matanya mula ingin mengalirkan air mata.
Aku mengemam bibir. Tanpa berfikir panjang, aku bersuara,
" Baiklah. Aku akan selalu ada untuk kau, Sera " Aku memeluknya sekali lagi.
Jika Yunji boleh membuang aku, kenapa aku tidak boleh membuangnya juga dari hidup aku?
***
Park Yunji's
" Masuk lah, Yunji " Mama Chanyeol mempelawa aku masuk ke dalam rumah agam mereka sebaik sahaja aku menekan loceng pintu rumah mereka ini.
Dengan langkah yang malu-malu, aku menjejakkan kaki masuk ke dalam rumah mama. Walaupun sudah berapa kali aku pernah datang ke sini, aku berasa segan kali ini.
Boleh jadi mama tahu tentang apa yang berlaku di antara aku dengan Chanyeol. Mama mesti rasa kecewa dengan aku.
" Ma, Chan mana? " Soal aku menghampiri mama yang sedang membancuh teh.
" Chan? Dia ada dekat atas. Kamu pergi lah bercakap dengan dia tu, Yunji. Mama tahu kamu berdua ada masalah " Ujar mama. Aku mengemam bibir.
" Kalau macam tu Yunji naik dulu ek? Nak jumpa Chan " Aku meminta izin daripada mama. Mama mengangguk faham.
Aku melangkah naik ke atas dan menuju ke bilik Chanyeol. Daun pintunya diketuk aku buat sekian kali sebelum aku mendengar suara Chanyeol menyuruh aku masuk dari dalam.
Aku menelan liur sebaik sahaja aku memulas tombol pintunya. Ya Tuhan, aku rindukan dia.
" Chan? " Aku menjenguk ke dalam. Aku dapat melihat tubuhnya sedang berdiri di balkoni.
Aku terus masuk dan mendekatinya di balkoni. Aku berdiri tegak di belakang tubuhnya yang tinggi lampai.
" Chanyeol? "
" Ada apa datang sini? " Soal Chanyeol dingin. Aku meneguk liur yang mula terasa pekat. Aku rasa malu nak berhadapan dengan Chanyeol ketika ini.
" S-saya datang nak jumpa awak. Saya rindukan awak, Chan " Jawab aku. Chanyeol tersenyum sinis lalu pusing menghadap aku. Dia menyilangkan kedua tangannya pada dada.
" Betul ke rindukan saya? Atau sebab awak keseorangan? " Mata aku terus membulat. Tangan aku dilambai kecil ke kiri dan kanan dengan laju.
" Tak. Saya betul rindukan awak. Ikhlas " Jawab aku lagi.
Chanyeol mengangguk kecil lalu melemparkan pandangan ke depan semula. Nampaknya dia masih marahkan aku.
" Saya datang nak mintak maaf jugak. Saya tahu saya salah sebab asyik berkepit dengan Jimin sedangkan saya dah ada awak. Saya mintak maaf, Chan " Aku mengetap bibir seraya menundukkan pandangan memandang lantai.
Chanyeol melepaskan keluhan.
" Saya tak kisah kalau awak asyik berkepit dengan Jimin. Saya cuma kisah kalau awak buat macam awak ni tak ada hubungan dengan saya. Itu je " Tutur Chanyeol. Aku masih diam di belakangnya.
" Saya harap awak takkan ulangi kesalahan awak lagi, Park Yunji " Sambungnya.
" Saya faham " Balas aku dua patah.
Lalu Chanyeol terus berpalingkan tubuhnya dan terus menarik aku masuk ke dalam dakapannya. Aku agak tersentak dengan perbuatannya secara tiba tiba ini.
" Saya rindukan awak jugak " Chanyeol mencium dahi aku.
Aku tersenyum pendek.
———
lama tak menaip pasal tu ayat semua macam keling shahshsj kraklu
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top