15
Aku menelan liur. Gambar tu .. dari mana Chanyeol dapat?
" Chan, tu— saya... " Yunji mula berasa gelisah. Nafas dia mula menjadi tidak teratur dan dia asyik memandang wajah aku dan Chanyeol bersilih ganti.
Dia takut.
" Apa yang awak buat dekat belakang saya sebenarnya, Yunji? " Tatapan mata Chanyeol menjadi sayu. Begitu juga dengan nada suaranya.
" Tak. Awak salah faham sebenarnya, Chan. Saya ... saya " Mata Yunji mula berkaca.
Aku melepaskan nafas lalu bersuara,
" Aku yang bawak dia pergi sana tadi. Dia ada masalah jadi aku cuma jadi pendengar dia. Kau terlalu sibuk untuk dia, hyung .. " Sengaja aku jedakan ayat aku sebentar. Chanyeol turunkan sedikit matanya untuk memandang aku yang jauh lebih pendek daripadanya.
" Aku jugak yang izinkan dia sandar dekat bahu aku. Aku pegang tangan dia sebab aku nak dia tenang. Aku nak dia tahu yang dia ada aku jugak selain kau "
Kemudiannya Chanyeol memandang aku dan Yunji bersilih ganti. Dia menghampiri aku.
" Apa maksud kau dengan aku terlalu sibuk untuk dia? " Soal Chanyeol keras.
" Tanya diri kau sendiri, hyung. Kau patut sedar yang kau terlalu pentingkan kerja berbanding Yunji. Dah berapa kali kau terpaksa batalkan temujanji kau dengan dia semata-mata sebab kerja dia? "
" Jimin, kau nak salahkan aku sekarang ni? Aku kerja sebab nak cari duit. Aku nak berkahwin dengan dia menggunakan duit aku sendiri. Aku nak bagi dia hidup senang "
" Ini bukan sebab duit atau apa. Kalau dia penting untuk kau, kau akan dahului dia dari kerja kau. Duit boleh cari kemudian, hyung. Perempuan baik macam dia, kau tak akan boleh jumpa dalam dunia ni lagi " Aku menjilat bawah bibir aku yang terasa kering sebelum aku berkata lagi.
" Dia tak kisah pasal duit kau. Dia cuma nak kasih sayang kau macam dulu, hyung. Dia nak kau lebihkan dia dari apa pun. Dia nak kau ada untuk dia masa dia susah dan senang. Dia tak pernah kisah pasal kemewahan. Bagi Yunji, kemewahan yang sebenar adalah kasih sayang seorang insan terhadap dia " Tambah aku. Chanyeol diam terkelu.
" Apa yang kau nak cakap dekat aku sebenarnya, Park Jimin? " Mata Chanyeol kembali serius. Aku tak tahu sama ada dia tersentap dengan kata-kata aku atau apa.
" Aku cuma nak kau hargai Yunji sebelum ada yang lebih baik ambil dia dari kau. Manusia cuma pandai menghargai lepas kehilangan " Saat ini mata aku memandang Yunji di belakang Chanyeol. Aku boleh nampak air matanya mula menitis.
Aku tak tahu kenapa aku cakap macam ni. Sepatutnya aku boleh saja beritahu Chanyeol yang aku sedang bercinta dengan Yunji. Atau aku sukakan Yunji.
Tapi kenapa lidah aku langsung tidak boleh berkata sedemikian? Kenapa terlalu susah? Kenapa aku jadinya tidak sanggup?
Aku inginkan Yunji. Tapi pada masa yang sama, aku kasihankan Chanyeol yang dibodohkan oleh aku dan Yunji.
Chanyeol memejam matanya rapat lalu dia menghela nafas panjang. Dia buka semula matanya dan meraup rambutnya ke belakang.
" Park Jimin, jujur dengan aku. Kau ada perasaan terhadap Yunji ke? "
Soalan daripada Chanyeol membuatkan jantung aku rasa seperti ditembak. Hampir luruh jantung aku mendengar soalan itu.
Jadi Chanyeol perasan akan perasaan aku terhadap Yunji ke?
Aku meneguk liur yang terasa pekat. Aku pandang Yunji sekali lagi. Riak wajahnya jelas menunjukkan yang dia mengharapkan sesuatu daripada aku.
Mungkin dia sudah bersedia untuk putus dengan Chanyeol dan memberitahu perkara yang sebenar kepada Chanyeol.
Wajah dia berkata sedemikian.
" Park Jimin, jawab soalan aku " Pandangan aku beralih pada Chanyeol semula.
Sekali lagi aku menelan liur.
" Tak. Aku cuma anggap dia sebagai kawan dan juga ahli keluarga aku sendiri "
Saat itu mata aku berlaga dengan mata Yunji. Dia terus berlari masuk ke dalam biliknya.
Dia nampak kecewa.
Dan aku rasa sakit.
Aku segera mencapai jaket aku dan keluar dari apartment Chanyeol. Rumah Taehyung menjadi hala tuju aku.
***
Park Yunji's
Aku berlari masuk ke dalam bilik selepas mendengar satu ayat yang menyakitkan hati aku dari bibir Jimin sebentar tadi.
Jadi naluri aku tak salah. Dia cuma anggap aku sebagai kawan saja selama kami berhubungan.
Kalau macam tu, apa maksud hubungan kami? Atau dia cuma menggunakan aku sebagai tempat untuk dia melupakan Sera?
Aku duduk di birai katil. Air mata yang asyik mengalir aku lap dengan tapak tangan.
Aku fikirkan Jimin akan memberitahu perkara yang sebenar kepada Chanyeol tapi aku silap. Malah dia mengatakan sesuatu yang membuat hati aku sakit dan patah.
Klek
Pintu bilik aku dan Chanyeol dibuka. Aku segera mengelap air mata dan aku nampak Chanyeol mengeluarkan bagasi kecil dari dalam almari.
" Chan, awak nak ke mana? " Tanya aku dengan suara yang serak kerana menangis. Mata aku masih berair dan merah.
" Keluar. Saya tidur rumah mama malam ni " Balasnya pendek. Dia sibuk mengemas beberapa helai pakaian dan memasukkan ke dalam beg bagasi dia.
Aku terus menghampiri dia.
" Chan, awak marahkan saya? "
Tiada balasan.
" Awak bencikan saya? "
Tiada balasan.
" Awak nak tinggalkan saya? "
" Sepatutnya saya yang tanya awak soalan itu, Yunji. Awak nak tinggalkan saya ke? " Soal Chanyeol semasa dia berhenti mengemas pakaiannya. Aku tergamam seketika kerana tidak tahu apa yang patut aku balas.
" Chanyeol .. " Aku menyebut namanya lembut.
" Yunji, saya dah agak ada benda yang tak kena. Awak nampak gembira yang lain macam bila awak dengan Jimin. Senyuman yang awak berikan dekat dia, lain dengan yang awak berikan dekat saya. Awak selalu keluar dengan dia sebagai alasan kawan sekampus. Tapi awak dengan dia nampak mesra. Lagi mesra berbanding awak dengan saya " Ujar Chanyeol panjang lebar. Aku terdiam.
" Kalau saya tak perasan tingkah laku awak dengan Jimin dan kalau saya tak dapat gambar awak berdua sedang bermesraan, sampai mati pun saya tak akan tahu "
" Saya ada masalah, Chanyeol. Jadi salah ke kalau saya ceritakan masalah saya dekat adik awak? Awak terlampau sibuk dengan kerja awak sampai awak tak tahu apa yang saya rasakan! " Jerkah aku.
" Awak pun nak salahkan saya sekarang ni? Awak anggap saya tak penting untuk awak, Yunji? "
" Awak yang anggap saya tak penting, Chanyeol. Cuba awak fikir balik, dah berapa kali awak tinggalkan saya keseorangan? "
" Biar saya tanya awak pulak, Yunji. Awak sukakan adik saya ke? " Kali ini aku pula yang disoal dengan soalan yang sama Chanyeol berikan kepada Jimin tadi. Aku menelan liur. Hidung aku sekali lagi terasa pedih.
Aku ingin menangis sekali lagi.
" Kalau awak sukakan dia, bagitahu saya. Jujur dengan saya. Jangan buat macam saya ni orang bodoh " Katanya lagi.
Aku menarik nafas. Lalu mata aku menatap mata Chanyeol.
" Ya. Saya sukakan Jimin. Saya pernah sukakan adik awak sebelum saya jumpa awak. Puas hati awak?! "
Chanyeol diam. Dia pandang aku kosong.
" Saya dah agak " Chanyeol melepaskan tawa yang lebih kepada sindiran.
" Dan awak masih sukakan dia sekarang? "
Giliran aku pula yang terdiam. Aku tidak tahu apa perlu aku jawab. Perlu kah aku jujur atau turut menipu Chanyeol?
Tapi Jimin ..
Jimin cuma anggap aku sebagai kawan. Ya, kawan.
" Tak "
Satu patah perkataan yang keluar dari bibir aku menyebabkan aku rasa yang hati aku patah sekali lagi.
Kenapa aku jawab macam tu?
Chanyeol menarik zip begnya dan menggalas di bahu.
" Saya tak akan balik untuk beberapa hari. Saya perlukan masa " Lalu Chanyeol terus berjalan melintasi aku tanpa sebarang selamat tinggal.
Aku jatuh mencangkung. Tangan aku melekap pada wajah aku dan aku mula menangis sekali lagi.
Aku sudah kehilangan dua orang lelaki yang penting dalam hidup aku.
***
ada yang tanya aku, kenapa rajin update sangat 😂
sis, i bosan dekat rumah. penat menganggur 😂
and lagi satu, ada readers yang calonkan aku as ' best sad ending ' kot dekat satu buku awards ni . yang rajin tu , p la calonkan aku lagi HAHAHAHAHAHHXAHHAHSHSJWJD
thank you aha 😂
" areum means beautiful . and beautiful means you "
#spreadlove
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top