12

Aku memapah Taehyung masuk ke dalam apartment miliknya. Badannya aku rebahkan di atas katil.

Aku menolong dia membuka jaket yang dipakainya. Aku hanya membiarkan baju hitam yang tidak berlengan saja tersarung pada tubuhnya sekarang ini.

Aku tatap wajah halus Taehyung. Wajahnya yang dipenuhi dengan luka menyebabkan aku mengeluh berat. Kuat sangat ke aku tumbuk sampai dia tak sedar dari pengsan lagi? Dia ni pun satu. Nak juga bergaduh.

Mata aku tertumpu pada satu frame gambar Taehyung bersama seorang gadis yang sedang tersenyum lebar.

Itu lah Eunhye. Bekas kekasih Taehyung yang dia sangat cintai.

Aku menggeleng kepala aku lambat sebelum keluar daripada biliknya.

Nampaknya malam ini aku terpaksa bermalam di rumahnya untuk menjaga bayi besar ini.

Aku mengambil selimut dan bantal di dalam bilik tetamu lalu ke ruang tamu untuk tidur.

Aku dengan Taehyung adalah kawan rapat. Jadi tidak hairan lah jika aku membuat rumah dia seperti rumah aku juga.

Cuma kadang kadang dia tidak memahami aku. Dan aku pun tidak boleh memahami dia. Itu seringkali menjadi punca kami berdua bergaduh.

Aku mengambil telefon aku dan mendail number Yunji.

Lama aku menunggu untuk dia menjawab tapi panggilan aku langsung tidak terjawab. Mungkin dia sudah tidur.

Aku menutup telefon dan meletakkan di atas meja. Aku melelapkan mata aku.

Mata aku tercelik tatkala aku terdengar bunyi bising dari dapur. Aku bangun dari pembaringan dan menggosok mata aku.

" Dah bangun? " Suara garau milik Taehyung menerpa ke gegendang telinga.

Dah sedar dari pengsan rupanya dia ni.

" Hmm " Gumam aku perlahan. Aku melepaskan diri aku dari selimut yang membaluti tubuh aku lalu aku berjalan ke dapur.

Aku membuka peti sejuk dan mengambil sebotol air sejuk dari dalam.

" Aku boleh buatkan roti bakar je untuk kau. Kau pun tahu yang aku tak pandai masak " Kata Taehyung seraya meletakkan dua keping roti bakar di hadapan aku di atas meja.

Aku menggeleng lalu menolak pinggan tersebut ke arah Taehyung semula.

" Kau makan lah. Aku boleh makan dekat rumah nanti "

Taehyung tidak menjawab malah dia mengambil sekeping roti dan menggigit di hujungnya. Mulut dia mengunyah perlahan.

" Muka kau nampak teruk. Tak payah hadir ke kelas harini " Pesan aku.

" Aku ada presentation . Aku kena hadir jugak " Jawab Taehyung. Aku anggukan saja kepala. Nanti cakap lebih-lebih, bergaduh pula.

" Anyways, thank you sebab jaga aku semalaman. Aku tak ingat apa yang terjadi but thank you " Ujar Taehyung lagi.

Aku naikkan kening dan pandang dia.

" Kau tak ingat apa-apa ke? " Taehyung menggeleng naif.

" Did you smoke weed again? "

" Yea. Sebab tu aku high dan tak ingat apa apa yang terjadi " Jawab dia. Aku mengeluh panjang.

" Kau bergaduh dengan lelaki tu "

Taehyung mendengar dengan wajah yang kosong. Seakan-akan dia tidak terkesan dan tidak rasa bersalah selepas bergaduh.

" Selain dia, ada yang tercedera tak? " Soal Taehyung.

" Ada. Hannah Jung. Kau tolak dia masa dia cuba hentikan kau "

" Shit . Dalam banyak banyak perempuan kenapa mesti dia? " Taehyung menyumpah. Semua orang tahu yang dia tidak menyukai Hannah kerana Hannah menaruh perasaan terhadap dia.

Mungkin ada sebab kenapa Hannah tercedera. Mana tahu takdir akan membuka hati Taehyung semula.

" Pergi mintak maaf dekat dia. Dia pun cedera jugak disebabkan kau "

***

Aku terus ke kafeteria kampus untuk membeli makanan. Tadi aku sempat pulang ke rumah untuk membersihkan diri dan mengambil beg.

Aku fikirkan Yunji masih berada di rumah. Ternyata aku salah. Dia sudah ke kampus kerana Chanyeol ingin menghantarnya awal.

Susah pula bila abang aku dah kembali.

Ketika tangan aku ingin mencapai roti di rak roti, seseorang menahan pergelangan aku. Aku paling ke tepi dan riak wajah aku berubah terkejut.

" Yunji? " Dia tersengih.

" Tak payah beli sarapan. Saya ada bawakkan bekal untuk awak " Kata dia.

Yunji kemudiannya menarik tangan aku dan membawa aku ke satu meja yang tidak jauh dengan kami.

Aku masih terpinga-pinga dengan apa yang sedang terjadi sekarang.

Yunji membuka bekal makanan Winnie The Pooh lalu menolak ke arah aku. Dia turut menghulurkan aku sudu dan garfu.

" Saya buat khas untuk awak. Makan lah "

Aku melepaskan tawa melihat makanan yang dia sediakan untuk aku. Semestinya nasi goreng kesukaan aku tapi dihiasi dengan karaktor Winne The Pooh dengan menggunakan sayur-sayuran.

Comel.

" Kau hias semua ni untuk aku? "

" Mesti lah! Baru nampak macam saya bersemangat sikit kan sediakan bekal untuk awak? " Soalan dia membuatkan aku ketawa lagi. Tangan aku naik untuk usap pipinya.

" Buat macam mana pun, aku tetap akan suka masakan kau " Aku mengukirkan senyuman yang lebar. Begitu juga dengan Yunji. Dia nampak gembira jika aku memuji dia.

Dia begitu gemar memasak tapi tak nak ambil bidang memasak. Aku rasa aku patut masukkan dia ke dalam kelas memasak pada setiap hujung minggu.

Aku mengambil sesuap nasi goreng. Seperti biasa, ia terasa enak.

Yunji sekadar menjadi pemerhati aku. Dari tadi dia asyik ralit melihat aku makan.

" Tahu lah aku hensem bila makan " Kata-kata aku membuatkan dia tersentak seketika sebelum dia menundukkan pandangan memandang meja. Dia tersenyum malu.

Haih. Comel sangat sampai aku tak tahu macam mana nak berhenti cintakan dia.

Aku sambung menjamah makanan.

" Semalam pergi mana? " Soalan Yunji membuatkan aku berhenti mengunyah. Aku pandang mukanya.

" Ambil Taehyung dekat kelab dan hantar dia balik rumah. Aku tak sampai hati tengok dia sorang-sorang dekat rumah jadi aku teman dia semalam " Jelas aku. Aku jujur eh dengan Yunji. Tak ada penipuan langsung.

Yunji mengangguk faham.

Giliran aku pula untuk menyoal dia tentang Hannah dan Taehyung.

" Hannah okay? Taehyung ada datang jumpa dia tak? "

Yunji menggeleng.

" Hannah macam tak okay je. Bila saya sebut nama Taehyung tadi terus muka jadi lain. Bila tanya kenapa, dia tak nak bagitau "

Nampaknya si bangang tu masih belum meminta maaf kepada Hannah. Dasar ego tinggi.

Itu lah Kim Taehyung.

Aku menutup bekal makanan Yunji selepas habis memakan nasi gorengnya lalu aku berikan kepadanya untuk dia simpan di dalam beg.

" Jom lah kita masuk kelas "

Aku dan Yunji berpegangan tangan ketika kami berjalan di hallway untuk ke kelas. Aku harus menghantarnya ke kelas terlebih dahulu.

Di saat kami sedang bersembang, seorang gadis menegur kami.

Han Sera.

Aku pandang mukanya tanpa minat. Aku perasan yang matanya melirik ke arah tangan aku yang memegang tangan Yunji sekilas sebelum dia pandang wajah aku semula.

" Jimin, boleh kita bercakap? "

———

life has its ups and downs so don't lose hope !

#spreadlove

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top