11
Aku terus bangun dari sofa dan menuju ke arah Chanyeol.
" Hyung, bila balik? "
Aku perhati Chanyeol atas bawah. Tangannya sedang memegang pemegang bagasi yang dibawanya ke Singapura.
Dua bulan pun belum sampai. Tapi kenapa sangat dia balik?
" Baru je " Jawab dia pendek. Matanya merenung Yunji dengan satu pandangan yang aku tak tahu macam mana nak tafsirkan.
Yunji terus berjalan ke arah kami dan dia berdiri betul betul di hadapan Chanyeol. Kekasih sebenar dia.
" Chan, saya rindu awak! Kenapa awak balik awal tapi tak bagitahu saya langsung? " Kata Yunji seraya merangkul leher Chanyeol untuk memeluknya. Tubuh Chanyeol tertunduk sedikit kerana ketinggian mereka yang tidak separa.
Chanyeol melepaskan pelukan lalu dia mencium bibir Yunji. Dia tersenyum manis sebelum menarik Yunji ke dalam dakapan semula.
Tch. Bukan main mesra mereka di depan aku.
" Saya rindu awak jugak, Yun. Sebab tu lah saya balik awal "
" Sepatutnya awak mesej saya dulu. Boleh la saya sediakan sesuatu untuk awak " Jawab Yunji. Chanyeol ketawa halus.
" Saya balik lewat malam, kan? Takkan nak susahkan awak? " Chanyeol mencuit hidung mancung milik Yunji.
Chanyeol kemudian mengalihkan pandangan dia kepada aku balik. Dia senyum tipis.
" Kau buat apa tadi dengan Yunji? " Soalan Chanyeol membuatkan mata aku membesar. Aku dapat rasakan renjatan elektrik mengalir dalam darah aku. Dia.. tahu ke?
" E-err tadi kami keluar. Bila dah balik aku rasa malas pulak nak mandi. Itu yang Yunji datang sebab nak suruh aku mandi. Dia kan pembersih orangnya, kan? " Aku meneguk liur sambil memandang Chanyeol dan Yunji bersilih ganti. Peluh dingin sudah membasahi tapak tangan aku.
Fuh, gementar.
" Keluar? Pergi mana? " Soal Chanyeol lagi. Haduh, dia ni pun.
" Tadi mama ajak saya keluar makan malam. Dia tahu yang Jimin jaga saya sepanjang awak di Singapura jadi dia suruh Jimin datang sekali " Jelas Yunji dengan lancar. Tidak gagap langsung macam aku tadi.
Aku menghela nafas lega tatkala Chanyeol mengangguk faham dan mengukirkan satu senyuman yang lebar. Chanyeol meletakkan sebelah tangannya pada bahu aku.
" Thanks, adik. Sebab dah jagakan Yunji sepanjang aku tak ada. Makin gemuk aku tengok dia. Ni mesti kau asyik bawak dia pergi makan, kan? " Chanyeol menjungkitkan keningnya nakal. Aku senyum penuh kekok dan kepala diangguk.
Aku lega bila Chanyeol menunjukkan tanda-tanda yang dia langsung tak rasa sangsi dengan aku.
" Chan, apa awak cakap ni?! Mana ada saya gemuk " Yunji mengerutkan dahinya selepas dia menampar lengan sasa Chanyeol.
Tiba tiba pula aku rasa aku ni orang asing dekat mata Yunji. Sedangkan dia tu kekasih aku juga.
" Betul lah gemuk. Awak ni mesti hari hari ajak adik saya bawak awak pergi makan kan? "
" Mana ada! "
" Haha hyung. Biar lah Yunji tu nak makan pun. Aku tak kisah selama ni belanja dia makan " Aku menyelit.
" Lain kali jangan nak belanja sangat si gemuk ni " Terkekek-kekek Chanyeol ketawa sambil menarik bagasi dia lalu masuk ke dalam bilik. Yunji pun mengejarnya dari belakang tanpa memandang aku.
Cis, teman lelaki dah balik terus lupakan aku.
Aku terus masuk ke dalam bilik untuk membersihkan diri aku. Buat apa nak tercegat dekat luar? Bukannya ada Yunji pun.
Usai membersihkan diri, aku baru saja ingin berbaring di atas katil tapi niat aku terbatal ketika aku terdengar bunyi dari dapur.
Aku terus membuka pintu bilik dan pandang ke arah dapur. Kelihatan susuk tubuh seorang gadis yang sangat aku kenali sedang sibuk memasak di dapur. Pasti untuk Chanyeol.
Aku menapak ke dapur. Perlahan-lahan tangan aku melingkari pinggang rampimg milik Yunji. Yunji yang tersentak dengan perbuatan aku terus melepaskan pelukan aku.
" Jimin! Awak buat apa ni? " Bisiknya.
" Peluk kau lah. Kenapa? " Aku memeluk pinggangnya semula.
" Jimin, nanti Chanyeol nampak macam mana? " Yunji berusaha untuk melepaskan pelukan aku sekali lagi tapi aku tetap berkeras ingin memeluknya.
Kepalanya asyik menoleh ke belakang dengan riak wajah yang penuh kerisauan. Takut takut jika Chanyeol melihat kami berdua disini.
" Chanyeol tengah mandi kan? Rileks la " Kata aku kepadanya. Yunji berdecit lalu mengeluh berat. Dia mengabaikan aku dan sambung memotong sandwich kepada bentuk tiga segi.
" Marah ke? Takut? " Soal aku tapi Yunji tidak menghiraukan aku sama sekali. Akhirnya aku mengalah. Aku lepaskan pelukan aku pada pinggangnya.
" Jangan buat lagi. Nak buat, buat masa Chanyeol tak ada dekat rumah " Ujarnya sebelum membawa pinggan yang sudah dipenuhi dengan sandwich ke meja.
Tepat pada masa, Chanyeol keluar dari bilik dengan rambut yang masih basah. Aku segera berlakon seperti sedang mencari cawan di dalam kabinet dapur.
" Hyung, nak kopi? " Tanya aku. Acah betul seketul Park Jimin ni.
" Tak kot. Aku nak tidur awal malam ni " Jawab dia. Aku mengangguk lalu menyediakan kopi untuk diri aku sendiri. Tak ada untuk Yunji. Suruh dia bancuh sendiri sebab aku tengah merajuk dengan dia ni.
Aku mengambil mug yang sudah dibancuh kopi lalu berjalan ke meja. Aku duduk di tepi Chanyeol, bertentangan dengan Yunji.
Aku menyepak kuat kakinya. Dengan wajah yang terkejut, dia jegilkan matanya ke arah aku.
" Kenapa, Yun? Ada masalah ke? " Tanya Chanyeol. Yunji menggeleng sambil tersengih.
Sekali lagi aku menyepak kuat kakinya. Aku tersengih nakal memandangnya.
Ting!
Satu mesej dari Yunji.
Yunji :
awak ni kenapa?!
Me :
saja 😘
Yunji :
jangan nak macam macam eh? saya sekeh kepala tu kang 😤
Me :
sekeh la :p
Me :
saya boleh cium awak je. habis cerita.
Yunji :
PARK JIMIN!!!!!
Me :
ya, sayang? 🤣😘😘
Aku tersengih kambing ketika membalas mesej Yunji. Ada saja perkara yang aku boleh mengusik dia.
Aku tak sedar yang aku asyik tersengih sampai Chanyeol menyenggol siku aku.
" Kau kenapa tersengih sorang-sorang? Angau Sera ke apa? "
Aku berdecit.
" Aku dah putus dengan Sera " Balasan aku menyebabkan Chanyeol tersedak sedikit. Mungkin dia tidak menyangka hubungan aku dan Sera yang selama tiga tahun lebih ini akhirnya terputus.
" Jadi ni teman wanita baru kau lah? "
" Boleh dikatakan macam tu " Lalu aku pandang Yunji dengan senyuman.
" Oh. Jangan lupa kenalkan kat aku " Chanyeol mengenyit mata.
Dia ada depan mata kau je, Park Chanyeol.
Tiba tiba telefon aku berdering. Aku segera menjawab panggilan tersebut ketika nama Namjoon yang tertera pada skrin telefon aku.
" Hell— "
" Datang ke kelab bapak Seokjin cepat! Taehyung tengah bergaduh! "
***
Aku berlari masuk ke dalam kelab bapa Seokjin dengan nafas yang tidak teratur selepas mendapat tahu daripada Namjoon yang Taehyung sedang bergaduh.
Dari jauh aku sudah nampak orang ramai sedang mengelilingi meja besar di kelab ini. Aku turut dapat mendengar suara garau Taehyung dan suara seorang lagi lelaki.
Aku segera berlari anak ke arah mereka. Aku menyelit masuk ke dalam kumpulan manusia dan berdiri sebentar untuk melihat pergaduhan yang sedang berlaku.
Kim Taehyung sedang membelasah seorang lelaki yang aku turut mengenali.
Sepupunya, Kim Junmyeon.
Aku memang tak terkejut melihat Taehyung bergaduh kerana itu lah apa yang dia sering lakukan ketika kisah silamnya diungkit.
Aku rasa kemarahan dia ketika aku mengungkit masa silam dia hari itu masih belum reda. Dan sekarang dia sedang melepaskan semuanya di atas Junmyeon.
" Aku dah cakap kan jangan muncul depan aku lagi?! " Taehyung melayangkan penumbuk kepada muka Junmyeon sampaikan lelaki itu terjatuh duduk.
" Taehyung, dengar "
" Kau nak aku dengar apa lagi?! Tak cukup kau dah hancurkan hidup aku?! Kau dengan perempuan tu boleh pergi mampus dari hidup aku! " Jeritan Taehyung membuatkan penonton tidak berbayar disini tertanya-tanya akan maksud Taehyung. Siapa perempuan itu? Itu yang mereka hairankan tapi tidak bagi aku.
Kerana aku tahu segalanya tentang Taehyung.
Aku masih memerhati gerak-geri Taehyung dengan tajam. Tak ada satu orang pun yang berani menghentikan Taehyung.
Kecuali Hannah Jung. Perempuan yang sangat menyukai Taehyung.
Dia menghampiri Taehyung lalu menarik pinggang Taehyung supaya dia berhenti memukul Junmyeon.
" Taehyung, cukup lah! Nak mati dah lelaki tu awak belasah! " Marah Hannah. Taehyung menolak tangan Hannah kasar sehingga Hannah pula yang terjatuh mencium lantai.
Taehyung kemudian tatap wajah Hannah dengan matanya yang sedia berair. Taehyung dah melampau. Sampai hati dia tolak seorang perempuan sehingga jatuh?!
Sudah lah itu perempuan itu merupakan kawan baik kepada kekasih aku.
" Aku memang nak bagi dia mati. Kau jangan masuk campur, perempuan "
Ketika Taehyung ingin melayangkan sebuah lagi tumbukan, aku segera mendapatkan dia dan menghentikan perbuatan dia.
Dia pandang wajah aku dengan senyuman sinis.
" Apa kau buat dekat sini, Jimin? "
Bau nafas dia...
" Berhenti. Kau balik rumah sekarang " Arah aku dengan tegas.
" Jangan masuk campur. Kau dengan perempuan tu, jangan masuk campur urusan aku " Taehyung menghalakan jari telunjuknya ke arah Hannah yang masih di atas lantai.
Aku mengeraskan rahang. Pasti dia sudah mengambil benda itu lagi. Itu sebab lah otak dia tak berguna sekarang ini.
" Maafkan aku, Taehyung "
Kemudian aku terus menumbuk wajah Taehyung dengan sangat kuat sehingga dia pengsan dan rebah di atas lantai.
Ini saja cara yang paling mudah.
Bangang jelah lelaki ni. Dekat fanfic sebelah pun nak gaduh, dekat sini pun nak gaduh.
———
downgrading people doesn't make you better than anyone else.
#spreadlove
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top