09

Aku tergamam ketika Yunji mencium bibir aku.

Seketika saja, dia meleraikan ciuman dan memandang aku dengan tatapan yang mempunyai makna.

" Patutnya dari dulu lagi awak jangan pergi dari hidup saya " Kata Yunji dengan muncung di bibir. Aku kerutkan dahi.

" Awak lupa? Orang yang bayarkan untuk roti saya dulu masa tingkatan lima? "

Aku diam sejenak untuk cuba menghadam ayat Yunji.

" Kita pernah berjumpa sebelum ni? " Aku mengerutkan dahi. Yunji mengangguk kecil.

Aku cuba mengingati semula. Pernah ke aku jumpa dia? Bila eh?

Lama-kelamaan baru lah satu gambaran ketika aku di tingkatan lima muncul dalam memori.

Aku bulatkan bibir.

" Kau lah budak yang selalu usya aku dekat library tu? " Tanya aku masih terkejut. Yunji mengangguk dengan senyuman.

Patut lah macam pernah nampak muka dia ni sebelum Chanyeol memperkenalkan dia kepada aku.

Aku jauhkan badan aku dan rebahkan badan di tepi Yunji yang masih berbaring. Aku telengkan kepala ke sebelah.

" Jadi apa jawapan kau untuk luahan aku tadi? "

" Awak rasa apa makna ciuman tu? " Soalan aku dibalas dengan soalan Yunji.

Aku tersenyum malu. Jadi dia terima cinta aku, kan?

" Tapi Jimin, Chanyeol macam mana? " Perasaan risau mula menghiasi wajah Yunji. Aku menggigit bibir dan melepaskan nafas.

Yunji tidak boleh putus dengan Chanyeol buat masa sekarang. Chanyeol pasti tahu yang aku sebenarnya menyebabkan mereka putus.

Chanyeol pasti akan marah. Mungkin cara aku ini akan berkesan.

" Kita rahsiakan daripada Chanyeol tentang hubungan kita "

Ya, Yunji akhirnya curang di belakang teman lelaki dia sendiri. Dan lelaki itu adalah aku, adik kepada teman lelaki dia.

***

" Jadi kau dengan Yunji ada hubungan sekarang? "

Soalan dari Taehyung menyebabkan aku terkejut. Mata aku kecil tiba tiba membesar.

" Macam mana kau boleh tau? "

Taehyung tersengih sinis. Wajahnya dingin seperti biasa walaupun aku merupakan kawan baiknya.

" Kau jalan masuk dengan dia tadi sambil berpengangan tangan. Kau rasa? Orang lain yang tengok tadi pun dah mula menganggap kau dengan Yunji ada hubungan " Kata Taehyung. Aku menggulingkan anak mata.

" Jadi? Salah ke kalau aku ada hubungan dengan dia? "

" Salah. Sebab dia teman wanita abang kau sendiri, Park Jimin! " Bidas Taehyung semula. Aku menelan liur. Dia tak salah cakap dalam hal ni. Memang fakta mengatakan yang Yunji adalah teman wanita Chanyeol dan fakta itu tidak akan berubah.

Tak. Ia akan berubah satu hari nanti. Aku akan pastikan hubungan kami bukan lagi rahsia kelak.

" Kau ingat aku kisah? Kalau dah namanya cinta, apa pun tak boleh halang aku, Taehyung "

Taehyung menikam anak mata aku. Pandangannya yang dingin menjadi lebih dingin. Aku tahu dia marahkan aku.

" Kau rasa apa kata orang lain kalau diorang dapat tahu yang Yunji tu sebenarnya teman wanita abang kau? Yang kena tempias nanti Yunji, bukan kau! "

Aku terdiam dengan kata-kata Taehyung. Dia benar. Jikalau satu hari nanti semua pelajar disini tahu tentang hubungan Yunji dan Chanyeol, Yunji yang akan dipersalahkan kerana berlaku curang.

" Tolong jangan biarkan Yunji curang hanya sebab kau cintakan dia, Park Jimin " Taehyung masih cuba untuk menasihati aku. Aku mengepal tumbukan. Jadi aku harus biarkan perasaan aku terkubur macam tu saja? Aku harus korbankan kebahagiaan aku demi kebahagiaan Chanyeol? Macam tu?

" Kim Taehyung, jangan masuk campur urusan aku. Aku tahu kau pantang dengan perkara yang berkaitan dengan curang tapi ni hidup aku dan pilihan aku! " Aku bangun dari kerusi dan memandang Taehyung tajam.

" Jangan ungkit hal aku, Jimin! " Taehyung turut bangkit dan memukul meja.

" Kenapa?! Kau takut sebab kau tak dapat terima kenyataan lagi? "

" Jimin, berhenti "

" Kau kena sedar yang dalam dunia ni tak ramai yang tahu erti setia. Kau sendiri pun tinggalkan Eunhye dulu " Aku tersenyum sinis. Aku tahu yang aku dah menang kerana Taehyung langsung tidak dapat menjawab kata-kata aku.

Saja aku ingin mengungkit kisah silam dia.

" Aku tinggalkan dia sebab dia tidur dengan sepupu aku sendiri, bodoh! " Taehyung menggalas begnya dan mendengus kecil sebelum bahunya berlanggar dengan bahu aku. Aku dapat melihat matanya berkaca.

Aku duduk semula lalu menghela nafas. Biar lah jika satu dunia menentang hubungan aku dengan Yunji. Asalkan aku bahagia, dia pun bahagia.

***

" Oi, kau kenapa? " Hannah menyoal Taehyung yang sedang menyepak batu-batu kecil di tempat letak kereta kampus.

Niat dia ingin ke kereta untuk mengambil barang tapi selepas ternampak kelibat Taehyung yang seperti orang gila, terus terbatal niatnya.

Taehyung pandang wajah Hannah dengan tatapan malas.

" Tak payah sibuk " Balasnya dingin. Terkesan si Hannah dengan balasan Taehyung itu. Jawab lah elok elok sikit.

" Orang tanya je pun. Kau ni okay ke tak, Taehyung? " Sekali lagi Hannah menyoal. Taehyung merengus geram.

" Boleh tak kau mind your own business?! " Tinggi saja nada Taehyung. Terkejut Hannah dibuatnya. Tak tipu bila dia terasa dengan sikap Taehyung itu.

" Ikut suka kau lah, Taehyung. Aku tanya baik baik sebab risau tapi kau marah aku. Pergi mati lah jantan " Hannah terus menjeling Taehyung dan beredar dari situ. Terlupa pula akan niat dia hendak ke kereta.

Taehyung menyerabutkan rambutnya. Bodoh, Taehyung. Kau masih tak pandai mengawal kemarahan dan emosi kau.

***

Aku dan Yunji duduk di atas sofa di ruang tamu. Malam ini aku dan dia ingin menghabiskan masa untuk menonton filem saja. Nak bersweet katanya.

Aku menarik Yunji masuk ke dalam dakapan manakala dia menyandarkan kepala pada dada aku.

Aku rasa tenang memeluk dia sebegini. Sudah lama aku mengimpikan saat ini dan akhirnya terjadi juga.

" Awak gaduh dengan Taehyung ke, Jimin? " Soal Yunji tiba tiba. Aku tunduk sedikit untuk pandang dia sambil tangan aku bermain dengan rambutnya.

" Mana kau dengar? "

" Dari budak mana entah " Jawabnya.

" Biasalah. Lelaki memang akan gaduh " Kata aku. Yunji mencebik kecil.

" Pasal kita eh? " Teka Yunji. Aku mengangguk.

" Maaf lah. Tak sangka awak dengan dia akan bergaduh sebab hubungan kita ni "

Kening aku berpaut.

" Sayang, kenapa cakap macam tu? Aku bergaduh dengan dia bukan sebab kau. Dia yang emosi lebih. Terbawa-bawa dengan kisah silam dia tu " Tutur aku penuh kelembutan. Aku tak nak buat Yunji rasa yang dia punca kami bergaduh. Memang bukan salah Yunji. Taehyung yang terlalu overacting.

Yunji diam seketika.

" Taehyung tu kenapa sebenarnya? Maksud saya, apa yang terjadi antara dia dengan Eunhye? Dulu bercinta bagai nak rak " Tanya Yunji kehairanan.

Memang semua orang tahu tentang Taehyung dan bekas kekasihnya, Eunhye. Mereka boleh dikatakan sebagai kekasih terkenal di kampus. Tiba tiba mereka putus dan disebabkan itu, Taehyung terus berubah.

" Nanti lah aku cerita "

Yunji mengangguk faham.

Aku teruskan menonton filem yang sedang dipasang di televisyen. Sesekali mata aku melirik ke arah Yunji yang leka dengan telefonnya.

Tak lain dan tak bukan sedang bermesej dengan kekasih dia, Chanyeol.

Aku cemburu.

" Chanyeol ke? " Tanya aku. Saja nak jadi bodoh.

" Ha ah "

" Bagitahu dia yang kau nak masuk tidur dah. Baru dia tak kacau kita "

Yunji pandang aku dengan kerutan di wajah.

" Kenapa? "

Aku mengeluh seraya mengambil telefon bimbitnya. Aku menaip sesuatu kepada Chanyeol lalu menekan butang send.

Lalu aku pandang wajah Yunji semula.

" Park Yunji, aku nak luangkan malam aku dengan kau. Jadi tolong fokus terhadap aku dan kita "

" Nanti Chanyeol balik, kita dah tak ada banyak peluang nak macam ni "

———

maaf, aku mengalami writer block

taehyung pun ada kisah dia sendiri dalam buku ni. nanti baru aku akan letak pasal masalah dia dalam salah satu chapter

aku rasa ni fanfic paling teruk aku pernah type sebab idea untuk setiap chapter tak menarik langsung 😔😔😔

never underestimate yourself, sweetie ❤️

#spreadlove

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top