08
Park Yunji's
2016.
Aku masih ingat, aku berumur 17 tahun ketika kali pertama aku bertemu dengannya.
Dia bersekolah sama dengan aku. Cuma yang bezanya, dia di kelas yang lebih depan berbanding aku.
Aku sendiri tidak tahu bagaimana aku boleh jatuh cinta terhadapnya. Jatuh cinta pandang pertama pula tu.
Aku suka segalanya tentang dia. Wajahnya yang putih, matanya yang mempunyai single eyelid, hidungnya yang mancung, bibirnya yang tebal tapi menawan.
Dan yang paling aku suka tentang dirinya adalah senyumannya. Senyuman yang mampu mencairkan hati sesiapa sahaja yang memandang dia. Senyuman yang boleh menghilangkan matanya.
Aku anggap itu semua hanya cinta monyet. Tapi aku tidak menyangka yang perasaan aku terhadapnya semakin hari semakin kuat.
Semuanya bermula ketika aku sedang membeli sarapan di sekolah. Mungkin kerana minggu peperiksaan, aku menjadi seorang pelupa dan terlupa membawa dompet aku.
" Kirakan saya punya dengan dia punya sekali "
Itu suara dia. Aku pandang dia dengan kehairanan. Dia pandang aku dan senyum sekilas.
" Biar saya belanja. Tak perlu bayar balik " Setelah menghulurkan sekeping not wang kepada makcik kantin, dia terus berlalu pergi.
Itu kali pertama aku berjumpa dengannya.
Kali kedua adalah ketika aku didenda kerana lewat datang ke sekolah.
Dia berjalan ke arah pengawas yang mendenda kami dan membisikkan sesuatu. Kemudian pengawas tersebut datang dan melepaskan aku pulang ke kelas.
Aku pandang dia dengan kerunsingan. Dia cuma tersenyum dan berjalan semula ke kelasnya.
Aku pelik dengan sikap baiknya terhadap aku.
Setiap kali rehat, dia pasti berada di perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran. Sejak itu, aku kerap ke sana untuk melihat dia.
Kali ketiga aku bertemu dia adalah ketika di perhimpunan.
Aku tidak sengaja berlaga mata dengannya. Dia mengukirkan senyuman manis kepada aku. Seakan-akan dia sangat mengenali aku.
Aku tidak akan menafikan yang hati aku berbunga.
Suara dia, personaliti dia, wajah dia membuatkan aku semakin mencintai dia.
Cuma aku kurang bernasib baik kerana aku tidak sempat untuk meluahkan rasa cinta aku terhadap dia ketika majlis akhir tahun.
Aku berhasrat untuk melupakan dia sejak itu. Lagipun kami masing-masing akan mengambil haluan masing-masing. Aku sendiri tidak tahu ke mana dia akan menyambung pelajarannya.
Boleh jadi ke luar negara. Dia kan anak orang kaya. Jadi tak hairan lah.
2017.
Hari pertama di kampus selepas berbulan lamanya aku menanam anggur di rumah. Aku berjalan masuk dengan ceria.
Aku sudah berjanji pada diri aku untuk berubah menjadi seorang pelajar yang lebih rajin berbanding dulu. Dan yang paling penting, aku tak nak bercinta sehingga aku tamat belajar.
Aku takut jika pengakhiran kisah cinta yang bertepuk sebelah tangan aku ini akan berakhir seperti di zaman sekolah.
Aku melangkah ke sekumpulan besar pelajar yang sedang sibuk melihat papan notis di kampus. Mungkin untuk mencari nama.
Aku turut ke sana dan cuba menyelit masuk. Kerana kekurusan badan aku, aku mampu menyelit masuk ke dalam kumpulan besar tersebut.
Mata aku melirik dari atas ke bawah untuk mencari nama aku pada papan notis tersebut. Aha! Jumpa.
Dan secara tidak sengaja aku terlirik ke arah satu nama yang sangat aku kenali. Aku mengerutkan dahi dengan hati yang terkejut.
" Eh?! "
Saat itu baru aku sedar yang aku memasuki kampus yang sama dengannya. Dia tidak pergi ke luar negara untuk belajar. Dia masih di Korea dan dia belajar di kampus yang sama dengan aku.
Hati aku... gembira. Aku tak pasti dengan perasaan ini tapi aku gembira.
Aku bertemu semula dengannya di dalam kelas subjek elektif. Iaitu Matematik.
Dia duduk di sebelah aku kerana sudah tiada tempat kosong. Sesekali aku mengerlingkan mata ke arahnya.
Aku agak kecewa kerana dia langsung tidak mengenali aku sebagai budak sekolahnya dulu.
Hubungan kami sememangnya seperti orang asing yang tidak kenal antara satu sama lain. Dia betul-betul tidak mengenali aku. Mungkin kerana penampilan aku yang sudah bertukar menjadi lebih matang.
Lagipun siapa aku untuk dia ingat?
Kami langsung tidak bercakap sepanjang semester pertama. Aku sedar yang perasaan lama aku terhadap dia muncul semula.
Tapi segalanya hancur kembali ketika aku terdengar satu khabar daripada salah seorang pelajar disini.
Dia sudah mempunyai teman wanita. Han Sera.
Perempuan itu cantik, seksi, comel, mempunyai suara yang lembut dan semestinya lebih baik dari aku. Sudah pasti dia akan memandang dan memilih perempuan itu.
Dan mereka nampak mesra dan bahagia. Ada senyuman bahagia terukir pada wajah dia.
Sejak itu aku sudah serik untuk menyukai dan mencintai dia. Aku berazam untuk mengundur diri dan terus melangkah ke hadapan.
Aku buat apa yang aku cakap. Aku betul betul ingin melupakan dia.
2018.
Satu hari itu, aku pergi ke kafe untuk mendapatkan kopi. Perkara ini terjadi dua tahun yang lalu.
Kerana kecuaian aku, aku terlanggar seorang lelaki ini. Kopi aku terkena bajunya.
" Maaf maaf. Saya jalan tak pakai mata " Mata aku jadi besar kerana terlalu takut akan dimarahi oleh jejaka ini.
Tapi sebaliknya, dia cuma ketawa. Aku pandang dia pelik. Aku sudah kotorkan bajunya dan dia masih boleh ketawa?
Kalau aku, rasanya dah naik angin.
" Tak apa. Jangan mintak maaf " Kata dia
" Saya dah kotorkan baju awak tu "
" Sikit je ni. Mesin basuh kan ada " Ujarnya diselangi tawa. Aku masih risau melihat kekotoran di bajunya.
Tiba tiba dia menghulurkan tangan kanannya. Aku pandang tangannya dan mukanya bersilih ganti.
" Park Chanyeol " Dia mengenalkan dirinya.
Itu permulaan yang sebenar untuk kisah cinta aku.
" Park Yunji " Aku menyambut hulurannya.
Sejak itu aku mula meluangkan masa dengan Chanyeol jika dia mempunyai masa yang lapang. Dia baru saja tamat belajar dan sedang menunggu untuk masuk kerja.
Aku selesa dengan Chanyeol. Chanyeol mampu membuatkan aku dapat melupakan si dia dengan cepat.
Sampai lah ketika keluarga aku dan keluarga Chanyeol keluar untuk bermakan malam sekali.
Alangkah terkejutnya aku melihat wajah dia. Dahi aku berkerut-kerut cuba menghadam kesemua ini dah akhirnya aku faham.
Dia merupakan adik kepada Chanyeol.
Aku dan dia saling membalas senyuman. Dia langsung tidak mengecam wajah aku. Memangnya dia ni ada masalah untuk mengecam wajah orang ke?
Aku rasa hampa.
Keluarga Chanyeol sibuk berbincang sesuatu dengan keluarga aku. Aku tidak ambil kisah dan leka menjamah makanan aku.
" Yunji, mama harap kamu dengan Chanyeol kekalkan hubungan ni sampai kahwin. Untuk business antara keluarga kita dan keluarga mereka "
Saat itu aku tahu yang aku harus terus melupakan dia.
Dia bukan untuk aku. Dan tak akan pernah jadi milik aku.
Aku mengambil keputusan untuk mencintai Chanyeol dengan sepenuh hati dan keikhlasan. Aku bahagia bersama Chanyeol.
Disebabkan keikhlasan aku juga lah, aku sudah melupakan dia sepenuhnya.
Aku percaya yang Chanyeol adalah permulaan sebenar untuk kisah cinta aku, bukan dia.
2019.
Chanyeol memberitahu aku yang dia akan menumpang di rumah kami buat masa yang lama. Aku terkejut tapi dalam masa yang sama aku gembira dapat bertemu dengan dia semula selepas dua tahun.
Aku gembira sebagai bakal ahli keluarga dia. Aku maksudkannya. Kerana aku sudah tidak mencintai dia lagi.
Dia tinggal bersama kami. Dan ada sesuatu yang aku perasan.
Dia sentiasa membuat aku tersenyum ketika aku sedang bersedih.
Dia ada untuk aku ketika Chanyeol meninggalkan aku untuk kerja.
Aku tersentuh. Semua perbuatan manisnya terhadap aku membuat aku rasa sesuatu.
Degupan jantung aku ketika dia mengajar aku Matematik.
Aku gembira ketika dia menyebabkan aku tersenyum semula di taman tema.
Perasaan yang aku tak dapat nak tafsirkan ketika tangannya menyentuh belakang badan aku. Kelembutan jarinya ketika menguraikan hujung rambut aku dari zip baju.
Jantung aku berdegup kencang ketika itu.
Ketika dia mengelap kesan comot pada bibir aku.
Semua perbuatannya membuatkan hati aku berdegup kencang semula. Ketika kali pertama aku melihat dia.
Perasaan itu, masih ada.
Dan sekarang dia sedang berada di atas aku dengan tangan di sis aku untuk menahan tubuhnya.
Dia sedang menatap anak mata aku dengan dalam. Tatapannya lembut dan menggodakan dalam masa yang sama.
Aku tidak dapat memberitahu apa yang aku rasakan tapi jantung aku terasa seperti ingin meletup.
" Aku tahu ini salah tapi aku tak boleh nak teruskan pendam perasaan aku ini "
Dia pandang bibir aku sekilas sebelum dia pandang aku semula.
" Aku cintakan kau, Park Yunji "
Aku tergamam. Dia baru saja mengungkapkan rasa cinta dia terhadap aku.
Aku terasa seperti ini semua adalah mimpi. Aku tak percaya semua ini.
" Aku serius dengan kata-kata aku. Kau dah getarkan hati aku "
Aku merenung anak matanya. Aku ... keliru.
Aku yakin yang perasaan itu muncul semula.
Aku pandang bibirnya. Aku rangkulkan tangan aku di leher dia lalu aku menyatukan bibir aku dengan bibirnya.
Aku mencium lembut bibirnya.
Aku baru sedar yang kisah cinta aku sebenarnya bermula daripada dia.
Park Jimin.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top