07
《 Minggu pertama tanpa Chanyeol 》
Aku pandang Yunji di hadapan aku. Badannya berpusing ke kiri dan kanan di depan cermin.
" Cantik tapi macam tak sesuai dengan badan saya. Jimin, apa awak rasa? " Dia melihat aku melalui pantulan cermin. Tangannya memegang hujung dress. Aku senyum senget.
" Kau pakai apa tetap nampak cantik, Yunji "
Yunji senyum sesaat sebelum mencebik. Baru aku perasan yang aku sudah menukar panggilan kami. Lebih selesa kalau aku guna kau-aku dengannya.
" Tapi macam tak sesuai dengan potongan badan saya "
" Kalau macam tu, tukar lah. Cuba yang lain " Suruh aku.
" Boleh ke? Awak sanggup tunggu ke? " Dia menggigit bibir kerana risau. Aku tersengih sinis dan menyandarkan badan aku pada sofa empuk di dalam butik pakaian perempuan ini.
" Demi kau, semuanya boleh "
Yunji tersenyum mendengar kata-kata aku. Dia terus mengambil baju yang seterusnya lalu masuk ke dalam bilik salinan.
Aku mengeluarkan telefon bimbit sementara menunggu Yunji. Dia ajak aku teman dia membeli-belah hari ni. Aku bukan apa, cuma tak sangka dia akan ajak aku sedangkan Hannah boleh je teman dia.
Tak apa, aku suka. Ehe.
Chanyeol berpesan supaya aku menjaga dan membahagiakan Yunji semasa ketiadaan dia. Aku sedang lakukannya sekarang.
Tapi dengan cara sambil menyelam minum air. Faham? Tak faham tak apa.
" Ahh, auch "
Telinga aku menangkap bunyi seorang wanita mengaduh sakit. Terus aku mendongakkan kepala dan memandang ke arah bilik persalinan wanita.
" Jimin! Tolong kejap! " Dan itu suara Yunji. Aku segera bangun dan menghampiri bilik persalinannya.
" Yunji? Kau okay? " Aku mengetuk pintu tersebut dengan perlahan.
" Jimin, tolong. Rambut saya tersangkut dekat zip belakang "
Aku kerutkan dahi. Dia nak suruh aku buat apa?
" M-macam mana aku nak tolong? " Soal aku gugup.
" Masuk lah kejap. Nak tercabut dah rambut saya ni "
Terbulat mata aku bila dia suruh aku masuk. Aku takut. Takut niat jadi lain je.
Waduh, minta dijauhkan.
" Aku masuk ni "
Aku memulas tombol pintu dan terus mata aku berlaga dengan matanya. Aku pandang dia atas bawah lalu meneguk liur. Bukan gatal, tapi gementar.
Sudah lah bilik persalinan ni kecil. Kami berdua hampir saja tersepit.
Yunji pusingkan tubuhnya dan aku dapat melihat bahagian belakang badannya yang terdedah banyak.
Aku mengedipkan mata berkali-kali. Jangan jadi gila, Park Jimin. Tahan diri.
Aku terus menaikkan tangan aku ke rambut Yunji dan tolong meleraikan hujung rambutnya yang tersangkut pada zip dress nya.
Aku dapat rasakan kulit tangan aku tersentuh kulit tubuhnya yang hangat. Perempuan ni tak gugup ke weh?!
《 Minggu kedua tanpa Chanyeol 》
Aku mendamparkan tikar yang bersegi empat di bawak sepohon pokok besar. Aku sengaja memilih kawasan itu supaya tidak terdedah dengan cahaya matahari.
Aku terus berlari ke arah kereta dan menolong Yunji untuk mengangkat bakul yang dipenuhi dengan makanan.
Kemudian Yunji menyusun bekas-bekas makanan di atas tikar dengan kemas. Kecur air liur aku melihat masakan dia yang berbau sedap.
Ya. Aku dengan dia datang berkelah di Sungai Han. Kami tiada kelas hari ini jadi aku memberi cadangan supaya datang ke sini untuk berkelah. Yunji bersetuju sahaja memandang dia juga bosan di rumah.
Teman lelaki dia kan tak ada di Korea haha.
Yunji menghulurkan aku pinggan kertas yang sudah diisi dengan makanan. Aku menyambut dengan senyuman serta terima kasih.
Dengan laju aku menyuap diri aku pancake ala-ala Kanada. Aku menguyah perlahan untuk menikmati rasa pankek tersebut.
Mata aku melirik ke arah Yunji. Dia kelihatan sedang memandang aku dengan tatapan yang gementar. Sesekali dia menggigit bibirnya.
" Macam mana? Sedap tak? " Soal dia gementar. Pantas saja aku menganggukkan kepala aku lalu menaikkan ibu jari aku.
Sumpah sedap. Boleh jadi bini aku dah— eh?!
Yunji melepaskan nafas lega. Dia senyum pendek.
" Lega saya dengar. Sebab ni first time saya buat pankek jadi saya tak yakin " Yunji menyuapkan sepotong penkek ke dalam mulutnya. Dia mengumam perlahan.
" Kau kan pandai memasak, Yunji. Jadi jangan takut. Masakan kau tak pernah menghampakan aku " Aku memuji dia.
" Terima kasih, Jimin " Dia tersenyum malu. Aku sambung menjamah makanan aku, begitu juga dengan Yunji.
Ketika aku ingin mencapai cawan plastik yang diisi dengan air oren, aku perasan ada kesan comot pada bibir Yunji.
Niat aku untuk minum air terus terbatal. Aku letakkan pinggan di tepi.
Aku naikkan jari aku ke bibir Yunji lalu tanpa segan silu aku terus mengelap bibirnya yang comot itu.
Yunji pandang aku dengan mata yang membesar. Pasti dia terkejut.
" Maaf, ada kesan comot tadi dekat bibir kau " Jelas aku kerana tidak mahu dia berfikir yang aku sengaja ingin mengambil kesempatan.
" Ah, tak apa "
Aku menjilat jari aku yang mengelap kesan comot itu tadi.
《 Minggu ketiga tanpa Chanyeol 》
Pelbagai aktiviti yang aku lakukan bersama Yunji sepanjang minggu ini. Lebih banyak berbanding dua minggu yang lalu.
Tipu lah kalau aku cakap yang aku tak jatuh cinta dengan dia. Aku memang sudah jatuh cinta terhadap dia sejak kali pertama aku bertemu dengannya. Dan sepanjang ketiadaan Chanyeol, aku semakin mencintai dia.
Aku rasa gembira kerana dapat meluangkan masa bersama dia. Gembira yang tak dapat aku ungkapkan.
Aku berjalan beririangan dengan Yunji ketika kami di kampus. Jarak kami sangat rapat sampai hampir semua disini memandang kami. Tapi aku abaikan.
Cuma aku rasa bersalah kerana mereka tidak tahu yang Yunji merupakan kekasih abang aku.
Aku dan Yunji berhenti ketika kami tiba di kelas Psychology, iaitu kelas Yunji. Dan juga kelas Sera. Ugh.
Aku berdiri di depannya dengan senyuman.
" Kelas habis pukul berapa? "
" 12 tengahari " Jawab Yunji. Aku menganggukan kepala tanda faham.
" Boleh kita pergi makan lepas kelas kau? " Yunji mengangguk boleh.
" Kalau macam tu, tunggu saya dekat depan pejabat boleh? "
" Boleh. Jumpa nanti " Senyuman aku dibalas dengan senyuman. Tidak dilupakan juga aku membuka pintu untuknya masuk ke dalam.
Aku senyum sendirian memikirkan tentang Yunji di dalam kelas. Sampaikan Taehyung di tepi juga aku abaikan.
" Woi pekak " Taehyung menyenggol lengan aku. Aku terus tersentak dari lamunan. Kening aku diangkat ketika aku toleh untuk pandang Taehyung di sebelah.
" Berangan apa kau ni? Kemain senyum bagai. Angau eh? " Tanya dia. Aku mengangkat bahu. Sengaja tidak mahu membalas soalan Taehyung.
" Kau fikirkan siapa? Yunji? " Tebak Taehyung. Aku senyum pendek dan pandang ke depan semula.
" Jimin, kau serius ke dengan Yunji? Dia girlfriend abang kau tau tak? "
" Aku tau "
" Dan kau masih nak sukakan dia? "
" Taehyung, aku cuma sukakan dia. Benda tu tak salah " Aku tatap wajah Taehyung. Taehyung cuma mengeluh berat dan menggelengkan kepalanya saja. Susah kalau bercakap dengan orang yang jatuh cinta sekali saja ni. Tak ada pengalaman betul.
" Aku dengar Sera tidur dengan Hyoshin semalam? Betul ke wei? "
" Setakat perempuan macam Sera tu, aku tak terkejut kalau dia tidur dengan lelaki lain "
" Jimin pun macam tak heran je "
Mata aku mengerling ke arah sekumpulan pelajar di belakang aku. Aku rasa aku ada dengar nama Sera disebut tadi.
" Korang cakap apa tadi? " Tanya aku kepada mereka. Mereka saling memandang sebelum seorang lelaki bernama Jungwook bersuara.
" Sera, kekasih kau tu tidur dengan Hyoshin. Kau tak tahu ke? "
Aku mengerutkan dahi manakala tangan aku sudah mengepal tumbukan. Sekali lagi aku bertanya.
" Kau yakin perempuan tu Sera? "
" Satu kampus dah tahu Jimin "
Aku mengetap bibir kegeraman. Aku terus melangkah keluar daripada kelas dan menuju ke kelas Sera. Kelas yang sama aku menghantar Yunji tadi.
Dengan perasaan marah yang tebal, aku membuka pintu kelasnya dengan kasar sehingga semua pelajar di dalam kelas itu memandang aku, termasuk Yunji. Kecuali Sera.
Mata aku mencari Sera. Aku nampak dia sedang duduk di belakang sambil bersembang dengan kawannya, Jiyeon.
Aku terus berjalan ke tempat duduk belakang dan mencengkam lengannya sebaik sahaja aku tiba di tepinya. Dia pandang aku dengan mata yang terkejut akan kehadiran aku.
" Jimin? Apa you buat dekat sini? " Tanpa menjawab soalannya, aku terus mengheret dia keluar dari kelas ini. Jeritan dia langsung tidak berkesan pada aku.
Aku marah sekarang ini.
" Jimin! Sakit lah! "
Aku melepaskan lengannya dengan kasar ketika kami sudah berada di luar kelas. Aku menikam anak matanya dengan wajah aku yang sudah ketat.
" Mana kau pergi semalam? Apa yang kau buat semalam dengan lelaki tu? " Soal aku keras. Sera cuba mengawal riak wajahnya. Dia menayangkan wajah yang tenang sebaik mungkin. Dia ingat aku bodoh?
" I keluar lepak dengan Hyoshin dekat kelab "
" Lepak sampai masuk bilik sekali? " Tembak aku. Muka Sera berkerut-kerut. Dia berdehem sekali.
" So you dah dengar pasal tu? " Aku angguk.
" Kenapa you nak kena marah? Memangnya you pernah ke kisah pasal I, Jimin? You tak pernah anggap hubungan kita ni serius sampai I rasa nak cari lelaki lain "
" Kenapa kau rasa aku tak kisah pasal kau? "
" Ada you layan I macam awal-awal hubungan kita dulu? Tak! You berubah dan you block I semata-mata nak luangkan masa dengan perempuan lain tu " Ujar Sera yang masih tenang.
" You tak ada hak nak marah I. You pun sama je "
" Sekurangnya aku tak tidur dengan perempuan lain, Sera. Sebab aku tahu yang aku ada teman wanita "
" Kalau macam tu, buktikan yang you serius dengan I. Layan I dengan sepatutnya "
Aku mengetap bibir. Aku memang marahkan Sera kerana dia begitu sanggup tidur bersama lelaki lain.
Aku masih sayang terhadap dia walaupun cuma secebis. Aku rasa dikhianati.
" No, Sera. Kita putus "
***
Aku duduk di dalam kegelapan bilik aku. Televisyen di hadapan aku dibiarkan tidak terpasang. Aku tiada mood hari ini.
Selepas pulang dari makan tengahari bersama Yunji, aku terus berkurung di dalam bilik.
Fakta mengenai Sera yang begitu sanggup tidur bersama lelaki lain di belakang aku memberi kesan kepada aku.
Aku sayangkan Sera. Walaupun aku rimas dengan perangai dia, aku sayang. Dia juga yang selalu manjakan aku. Dia juga yang buat aku gembira dahulu.
Yunji... Aku pun sayangkan Yunji. Lebih dari Sera. Tapi itu tidak bermakna yang aku boleh melupakan rasa sayang aku terhadap Sera secepat ini.
Tapi selepas apa yang dia katakan tadi, aku terfikir yang ada baiknya aku lepaskan dia.
Ada yang lebih baik untuk aku. Yunji.
Aku terdengar bunyi pintu bilik aku dibuka dari luar. Aku nampak wajah Yunji di sebalik pintu bilik aku.
Dia masuk ke dalam tanpa menunggu izin aku. Lalu dia labuhkan punggung di tepi aku.
" Jimin, awak okay? " Dia mengusap bahu aku lembut. Sentuhan dia dapat menenangkan jiwa aku sedikit.
Aku mengangguk kecil.
" Saya dah dengar pasal awak dengan Sera. Awak jangan sedih lagi, okay? Better one is coming " Yunji cuba memujuk aku.
Aku tolehkan kepala dan menatap wajah halus Yunji. Mata kami bertembung lagi dan jantung aku mula berdegup kencang.
Aku meneguk liur. Aku benci bila aku berasa gugup ketika menatap muka Yunji.
Mungkin aku dapat melupakan rasa sayang aku terhadap Sera dengan lebih cepat.
" Yunji "
" Hm? " Yunji mengumam perlahan. Aku dapat melihat anak matanya bergetar.
Aku terus menolak bahu Yunji ke atas tilam katil aku. Aku menahan kedua belah tangan aku di sisinya. Matanya membulat dan bibirnya seperti ingin mengatakan sesuatu tapi aku lebih pantas bersuara.
" Park Yunji " Sekali lagi aku memanggil namanya dengan nada rendah. Aku menatap anak matanya dengan dalam dan lembut.
Aku ingin dia rasakan cinta dan sayang aku terhadap dia.
" Y-Ya? "
" Aku tahu benda ni salah tapi aku nak kau tahu yang aku tak boleh teruskan pendam perasaan ni " Aku pandang bibir dia sebelum memandang matanya semula.
" Aku cintakan kau, Park Yunji "
———
keling habis
Have you seen the most beautiful flower? Yeah, it's you
#spreadlove
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top