06
Tengahari.
Aku melangkah masuk ke dalam taman tema yang disebut oleh Chanyeol semalam.
Dia dan Yunji awal awal sudah tiba. Aku terpaksa datang selepas kelas aku jadi kerana itu lah aku agak lewat.
Mata aku berliar ke sekeliling kawasan mencari insan yang bertubuh tinggi lampai itu.
" Dah sampai? " Terhinjut bahu aku ketika terdengar suara garau Chanyeol ditambah dengan pukulan kecil pada bahu aku.
" Oh hai Chanyeol, Yunji " Sapa aku. Yunji membalas dengan senyuman. Okay dia nampak cantik hari ini.
" Sera mana? " Soal Chanyeol. Aku mengangkat bahu.
" Aku tak ajak dia pun "
" Aik? Dia awek kau tapi kau tak ajak? Kang dia naik angin " Kata Chanyeol diselangi tawa. Aku menjeling wajah halusnya itu.
" Aku malas lah nak ajak dia "
" Haha ikut kau lah Jimin. Dah, jom. Tadi aku dengan Yunji dah main beberapa permainan "
Aku dan Chanyeol berjalan beriringan manakala Yunji berjalan bersama Chanyeol di sebelah.
Sendu nya hidup aku. Aku rasa macam aku ni roda ketiga mereka hari ni.
Macam macam permainan yang kami bermain. Sejujurnya ini kali pertama aku menjejakkan kaki ke taman tema ini.
Kalau bukan kerana Yunji, tak ada maknanya aku nak datang.
" Chan, saya nak teddy bear besar tu " Terloncat-loncat Yunji memberitahu Chanyeol yang dia inginkan patung beruang besar. Jari telunjuknya dihalakan pada patung tersebut.
Lahai, comel.
" Nak ke? " Yunji mengangguk laju.
" Main lah cepat permainan tu. Dapatkan beruang tu untuk saya. Saya nak peluk masa tidur "
" Daripada peluk beruang tu, baik peluk saya " Gurau Chanyeol.
" Park Chanyeol! " Yunji menampar lembut lengan Chanyeol. Chanyeol membalas dengan sengihan nakal.
Aku rasa.... lonely. Ahahaha.
Sera? Aku dah block dia hari ni dekat Whatsapp sebab aku tak nak dia ganggu aku.
Chanyeol mula membaling bola ke arah tin-tin yang tersusun mengikut bentuk piramid. Walaupun sudah cuba berkali-kali, dia masih tidak mampu untuk menumbangkan kesemua tin tersebut.
Dan akhirnya Chanyeol mengalah.
" Takpe lah, Yunji. Saya boleh belikan dekat awak nanti " Pujuknya. Yunji mencebik ketika wajahnya bertukar muram.
Tidak. Aku tak suka tengok dia sedih.
Chanyeol ni pun satu. Bodoh ke apa buat teman wanita sendiri sedih?
" Biar aku main, Chanyeol " Aku menyelit masuk di antara mereka.
" Kau pasti ke? " Aku mengangguk.
Aku mencapai bola kecil tersebut dan sekelip mata aku membaling dengan kuat.
Cubaan pertama selalu gagal. Aku mengerling Yunji. Wajahnya masih masam.
Sekali lagi aku mencuba. Bola kecil itu dibaling aku dan yes! Aku berjaya menumbangkan kesemua tin-tin tersebut.
" OH MAI GOD YES YES AAAAA " Yunji di sebelah terjerit-jerit melihat aku yang berjaya. Tangannya menepuk berkali-kali tanda dia gembira.
Penjaga di dalam menghulurkan patung beruang besar itu ke arah aku. Selepas bertukar tangan, aku pula yang memberikan Yunji patung beruang tersebut.
" Hadiah dari saya untuk awak " Aku tersenyum manis. Yunji terus menerima patung tersebut. Dapat aku melihat kegembiraan di air mukanya.
Lega hati aku.
" Berguna jugak kau ni, eh? " Chanyeol mengusap kepala aku. Aku cuba tersengih sahaja.
Kami bertiga menuju ke gerai yang menjual gula-gula kapas. Sementara menunggu Chanyeol, aku menemani Yunji di tepi.
Dia kelihatan gembira memeluk beruang tersebut. Aish, cair hati aku.
Tiba tiba Chanyeol datang dengan muka yang kelam kabut.
" Jimin, tolong jagakan Yunji. Aku kena pergi sekarang " Katanya dengan nada yang tidak boleh rilek haha.
Aku dan Yunji sama sama mengerutkan dahi. Kena sawan ke apa abang aku ni?
" Kenapa? Awak nak pergi mana, Chan? " Soal Yunji.
" Ada masalah dekat pejabat. Saya terpaksa pergi sekarang "
" Awak nak pergi lagi? " Yunji bertanya sayu. Chanyeol mengemam bibir dengan rasa bersalah.
" Maafkan saya. Saya betul betul terpaksa. Jaga diri awak " Chanyeol terus menarik Yunji ke dalam pelukan dan mencium dahi Yunji sekilas.
" Jimin, jaga dia elok elok. Aku pergi dulu "
Tanpa sebarang selamat tinggal, Chanyeol terus berlari pergi ke keretanya.
Aku dengar Yunji melepaskan keluhan. Pegangannya pada beruang menjadi longgar. Dia sedih lagi.
Aku harus membuat sesuatu. Aku tidak boleh membiarkan dia terus bersedih.
" Yunji, awak nak gula-gula kapas, kan? Saya pergi beli okay? "
Dia menggelengkan kepala.
" Tak apa lah. Ramai yang tengah beratur tu " Riak wajahnya masih sedih. Bangang punya Chanyeol.
Aku mengemam bibir dan liarkan mata ke sekeliling. Mata aku tertancap pada satu permainan ekstrem. Yunji sukakan permainan ekstrem.
" Nak pergi main tu tak? " Aku berkata kepada Yunji lalu menghalakan jari telunjuk aku pada permainan tersebut.
Kapal Vikings.
Aku dapat melihat air mukanya berubah gembira. Dengan pantas ada senyuman terbit pada bibirnya. Dia mengangguk laju.
" Jom main tu, Jimin!!!! " Tidak sempat aku berbuat apa apa, Yunji terus menarik pergelangan tangan aku menuju ke permainan gila tersebut.
Aku pandang tangannya dan aku tersenyum sendirian.
Ketika kami tiba, jeritan para pelancong membuatkan aku berasa gugup. Aku sebenarnya takut nak naik benda alah ni tapi disebabkan nak menggembirakan hati Yunji, aku terpaksa.
Aku meneguk liur yang terasa pekat itu.
" Jimin, awak kenapa? Takut ke? " Soalan Yunji membuatkan aku pandang dia dengan mata yang bulat. Aku menggeleng.
Aku takut sebenarnya!
" Takpe. Saya ada "
Tiba giliran kami. Yunji dan aku mengambil tempat di tempat duduk yang paling atas sekali. Tak guna betul perempuan ni. Sengaja nak buat aku semakin kecut perut.
Selepas memakai tali pinggang, kapal ini mula menghayun ke depan dan ke belakang.
Di sini lah tamatnya riwayat seorang jejaka kacak bernama Park Jimin.
" Aaaaaaaa "
" Huwaaaaaaaa Yunji ! "
" Yunji pegang saya Yunji !! "
Itu semua adalah jeritan daripada aku. Lagi hanat bila Yunji asyik ketawa dekat aku tapi tak lupa juga yang dia peluk aku dari awal hingga habis.
Aku dan dia turun daripada benda alah ni. Terhuyu-hayang aku jadinya. Yunji segera memeluk pinggang aku supaya aku tidak terjatuh ke atas tanah.
" Jimin, awak okay ke tak ni? " Tanya dia diselangi tawa.
" Okay okay. Saya okay " Aku memegang tangannya yang sedang memeluk aku ini.
Jantung Park Jimin sudah dupdapdupdap kyaaaa!
Yunji ketawa lagi.
" Jom lah pergi duduk dulu. Nanti awak pengsan pulak " Dengan pelukan yang masih belum dileraikan, Yunji membawa aku duduk di bangku.
Dia mengeluarkan air mineral dari begnya dan memberikan kepada aku. Aku menyambut lalu meneguk rakus. Rasa macam nak pengsan bhai.
Aku menutup botol air tersebut dan meletakkan di tepi.
" Terima kasih, Jimin " Ucap Yunji secara tiba tiba. Aku tatap mukanya dan mengangkat kening.
" Untuk apa? "
" Untuk menggembirakan saya. Saya sedih sebenarnya bila Chanyeol pergi tadi "
Aku tersenyum lebar. Rambut depannya yang terjuntai aku selitkan ke belakang telinga.
" Sama sama. Jangan sedih dah okay? Kan saya dah cakap yang saya selalu ada untuk gembirakan awak " Kata aku. Yunji ketawa kecil.
" Chanyeol memang selalu macam tu. Terlampau sibuk sampai banyak kali dia terpaksa tinggalkan saya atau batalkan temu janji kami " Ujar Yunji.
Kan aku dah cakap Chanyeol ni bangang.
" Dah lah esok dia dah nak pergi Singapore. Dua bulan pulak tu "
Oh ya. Esok Chanyeol sudah nak pergi.
Yunji mengeluh berat lalu dia melingkarkan tangannya di lengan aku. Aku terkejut dengan tindakan dia. Aku lagi terkejut apabila dia melentokkan kepalanya pada bahu aku.
Ketahian apakah ini?
Aku tidak berkata apa apa. Aku biarkan saja tindakan Yunji itu.
" Kadang kadang saya rasa saya patutnya terus kekal dengan perasaan saya dulu "
Aku kerutkan dahi. Apa maksud dia?
———
you worth more than a gold
#spreadlove
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top