05

Yunji meneguk liur. Aku perasan yang tangannya menggigil. Mungkin dia takut yang Chanyeol akan memarahinya.

" Hyung " Aku melangkah berdiri di sebelah Yunji.
 
" Dia keluar dengan aku lah. Kami pergi dinner tadi " Aku menjelaskan perkara sebenar kepada Chanyeol. Walaupun aku mempunyai hati terhadap Yunji, tapi aku tak boleh membiarkan Chanyeol salah faham terhadap kami.

" Dinner? " Chanyeol mengerutkan dahinya. Yunji mengangguk lambat.

" Y-ya. Dinner kita yang awak terpaksa batalkan last minute tu " Kata Yunji.

" Saya ingatkan awak dah batalkan reservation tu? "

" Tak sempat sebab— " Aku segera memotong percakapan Yunji.

" Sebab aku rasa rugi kalau duit Yunji terbazir macam tu je. Restoran yang korang tempah tu bukannya warung. Jadi aku yang ajak dia pergi makan malam dekat sana sama sama " Jelas aku lagi. Chanyeol melepaskan nafas dan dia bergerak menuju ke arah Yunji. Tangan Yunji dia pegang.

" Maafkan saya. Saya cuma risau yang awak keluar tak bagitau saya. Tu je " Chanyeol meminta maaf atas sikap dingin dia terhadap Yunji.

" Tak apa " Yunji tersenyum nipis. Dia terus melepaskan tangan Chanyeol dan beredar masuk ke dalam bilik.

" Hyung, lain kali jangan lah dingin sangat dengan dia. Kesian dia takut sebab ingat kau nak marah dia tadi " Ujar aku kepada Chanyeol. Chanyeol pandang aku.

" Kau pun satu. Dah keluar dengan girlfriend aku tu sekurangnya mesej lah aku " Chanyeol membuat aksi seperti ingin meluku kepala aku. Aku ketawa besar dan melarikan diri daripadanya.

***

Aku dan Yunji menghabiskan waktu kami di kafeteria kampus sementara menunggu Chanyeol datang menjemput kami.

Tapi kami bukan berduaan. Ada Taehyung di sebelah aku dan Hannah Jung, kawan Yunji di tepi Yunji.

Kami berempat langsung tidak mengeluarkan sebarang suara. Okay, si Hannah tu kadang kadang asyik buat bising. Aku pun tak tahu kenapa yang janji sampai Taehyung rasa menyampah dengar suara dia.

Takkan Hannah sukakan Taehyung dan tengah cuba nak curi perhatian Taehyung? Ehek.

Ketahui lah bahawa Taehyung bukan seorang lelaki yang mudah.

" Haih .. " Aku terdengar bunyi keluhan dari bibir Yunji. Aku berhenti menyelak helaian kertas dan melirikkan mata untuk pandang Yunji.

Dia menyerabutkan rambutnya dan mengeluh lagi. Wajah dia jelas menunjukkan yang dia sedang mengalami tekanan.

Aku jadinya risau. Aku nak tengok Yunji yang ceria, bukan seperti ini. Yang kuat mengeluh.

Jadi aku membuat keputusan untuk bertanya tentang masalah dia.

" Yunji, ada masalah ke? " Tanya aku. Lembut saja nada aku ketika menyoal dia kerana aku tidak mahu dia semakin tertekan.

Yunji menggigit bibir seraya memicit dahinya.

" Tak reti cara nak jawab soalan ni " Kata dia.

" Yang mana? "

Dia memusingkan komputer riba dia menghadap aku. Mata aku ligat membaca soalan yang tertera pada skrin komputernya.

Aku dan dia sama sama mengambil subjek elektif yang sama iaitu Mathematics .

Jadi aku faham kesusahannya.

" Oh yang ni. Saya reti. " Aku terus menarik kerusi aku ke sebelahnnya lalu mengambil sebatang pen dan sehelai kertas untuk menjelaskan soalan tersebut kepadanya.

Kedudukan kami sekarang ini sangat rapat sehingga aku dapat membau haruman rambutnya. Bau yang manis dan lembut. Aku suka.

" Okay mula mula awak kena ambik yang ni , convert masuk dalam ni dan .... "

Sedang aku sibuk menjelaskan kepada Yunji, aku terdengar suara Hannah dan Taehyung. Biarkan mereka. Aku nak menikmati masa aku bersama Yunji sekarang ni.

" Taehyung, ajar lah saya jugak hehe " Hannah tersengih nakal. Taehyung memandangnya dengan wajah yang dingin.

" Kau salah satu pelajar tokoh dekat kampus ni, kau lupa ke? "

" Jadi? " Hannah mengangkat keningnya. Sengaja.

" Jadi aku yakin yang kau tak bodoh, Hannah Jung "

Satu ayat daripada Taehyung yang mampu membuat hati Hannah berkecai. Hannah mencebik sedih. Baru ingat nak try si Taehyung. Mana lah tahu cinta boleh berputik ke, kan?

Penat lah kalau Hannah seorang je yang beria.

Hannah melepaskan keluhan dan sambung membuat kerjanya. Benci tapi sayang betul dia terhadap Taehyung. Dasar lelaki hati beku!

" Dah faham sekarang? " Aku menyoal Yunji. Dia akhirnya mengangguk faham dengan penuh yakin.

" Faham sangat! " Balasnya gembira. Fuh, nasib lah aku jelaskan sekali je dia dah faham.

Well, pelajar cemerlang kampus kan?

Baru saja Yunji ingin menjawab soalan yang seterusnya, telefonnya berdering tanda ada mesej baru yang masuk.

Bibirnya menguntum senyuman tatkala membalas mesej tersebut. Pasti dari Chanyeol.

" Jimin, Chanyeol dah sampai " Kata Yunji kepada aku sebaik sahaja dia menutup telefonnya.

" Oh awalnya? Okay jom lah kita gerak " Aku segera menyimpan alat tulis dan buku buku aku ke dalam beg sekolah.

" Taehyung, Hannah, kami balik dulu " Kata aku kepada kedua insan yang bagaikan anjing dan kucing itu.

" Bye Yunji " Hannah melambai kecil ke arah Yunji.

Aku dan Yunji terus berjalan ke pintu kafeteria selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Hannah dan Taehyung.

Taehyung terus bangkit dan menggalas begnya. Ingin terus pulang ke rumah.

" Eh kau nak pergi mana, Taehyung? " Soalan bodoh daripada Hannah.

" Balik lah. Nak pergi mana lagi? " Jawab Taehyung dingin, macam biasa.

" Teman lah aku heheheheh "

Taehyung menggulingkan anak matanya ke atas. Gatal punya perempuan.

" Masa aku terlalu emas nak bazirkan ke atas kau " Lalu dia terus meninggalkan Hannah keseorangan.

Hahahaahha kena reject .

***

Aku melemparkan beg ke atas katil lalu merebahkan badan aku di atas katil yang empuk lagi selesa.

Penat dan bosan. Itu apa yang aku rasakan sekarang ini.

Telinga aku menangkap bunyi gelak ketawa Chanyeol dan Yunji. Hati aku sakit.

Bayangkan jika aku yang menggantikan tempat Chanyeol. Pasti aku rasa bahagia bersama Yunji sekarang ini.

Sedarlah Jimin. Dia tak akan menjadi milik kau.

Aku mengeluh lalu keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Aku dahaga.

Aku mengerling wajah ceria Yunji sekilas semasa aku melalui ruang tamu. Aku cuba abaikan perasaan aku sekarang ini.

Aku menuangkan air sejuk ke dalam gelas. Air sejuk itu aku teguk perlahan.

" Yeke Jimin yang ajar awak? Tak sia sia dia datang duduk dengan kita. Boleh lah dia jaga awak masa saya tak ada dekat sisi awak nanti "

Tersedak aku mendengar ayat itu daripada mulut Chanyeol. Dia izinkan aku berkepit dengan Yunji?

Mungkin mereka terdengar bunyi sedakan aku, mereka berdua toleh ke belakang untuk melihat aku.

" Kau kat situ rupanya, Chim? Ha elok lah. Aku ada benda nak bagitau kau. Sini lah " Chanyeol menepuk ruangan kosong di sebelahnya.

Aku meletakkan gelas di dalam singki dan berjalan ke arah sofa dengan teragak-agak. Akhirnya aku melabuhkan punggung di sebelah Chanyeol.

Chanyeol berdehem seketika.

" Disebabkan aku terpaksa outstation ke Singapore selama dua bulan, esok aku akan bawak kau dengan Yunji pergi bersiar "

Aku mengerutkan dahi. Chanyeol nak pergi ke Singapora selama dua bulan? Bapak lama.

" Chan, awak nak pergi lagi ke? " Sayu saja nada Yunji. Dia pandang Chanyeol dengan mata yang kecewa.

Mungkin terlalu kerap Chanyeol meninggalkan dia keseorangan di Seoul.

Chanyeol menggenggam tangan Yunji dan dia tersenyum pendek.

" Terpaksa, sayang. Atas urusan kerja "

Yunji melepaskan keluhan. Dia kecewa, aku tahu itu.

" Jadi siapa nak jaga saya? Dua bulan tu lama sangat, Chan "

Chanyeol mengalihkan pandangan memandang aku lalu memandang Yunji semula.

" Jimin ada. Dia boleh jaga awak. Jimin, aku amanahkan kau untuk jaga Yunji baik baik selama dua bulan " Tutur Chanyeol.

Aku tak tahu bagaimana nak tafsirkan perasaan aku sekarang ini. Tidak sedih dan tidak gembira juga.

Chanyeol sedang beri laluan kepada aku ke?

Yunji mengeluh berat lagi.

" Saya harap awak boleh balik secepat mungkin " Dia memuncungkan bibirnya.

" Esok kita pergi taman tema. Awak dah lama teringin nak pergi kan? "

" Jimin, pastikan esok kau free. Bawak lah Sera kalau kau nak " Chanyeol menatap wajah aku.

Aku menggigit bibir lalu mengangguk.

———

remember to tell yourself that you are doing great, everyone ❤️

#spreadlove

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top