02
Yunji membawa aku ke dalam sebuah bilik yang terletak bersebelahan dengan tandas tetamu.
" Ni bilik awak, Jimin " Katanya. Aku menghentikan bagasi aku di sebelah diri. Aku pandang sekeliling bilik ini. Dinding yang dicat dengan warna kuning cair serta katil yang sudah dikemas elok.
Pasti Yunji yang mengemaskan bilik ini tadi. Lihat saja wajahnya aku sudah dapat mengagak. Dia seperti sangat mengalu-alukan aku tinggal bersama abang.
Lupa nak cakap yang Yunji dan Chanyeol tinggal bersama. Walaupun mereka masih belum berkahwin, Chanyeol yang tidak henti-henti mengajak Yunji tinggal bersamanya.
Takut cepat rindu katanya.
" Chanyeol mana? " Soal aku. Sebaik saja selepas berpelukan dengannya, Chanyeol terus lesap ke dalam bilik. Takkan tidur? Ni ke cara dia melayan aku sebagai tetamu dia?
" Chan tengah bersiap. Dia ada mesyuarat nanti " Jelas Yunji. Baru saja aku ingin membalas, satu suara datang menyelit.
" Panggil saya ke tu? " Ha, panjang umur. Chanyeol muncul di hadapan pintu bilik aku dengan tangannya yang sibuk mengikat tali leher dia.
Betul lah dia nak ke pejabat. Biasalah, abang aku usahawan baru. Itu sebab sibuk sepanjang masa. Aku tak tahu lah kalau dia selalu luangkan masa dengan Yunji atau pun tidak.
" Ni ha, adik awak tanya awak pergi mana tadi " Ujar Yunji. Chanyeol membuka mulutnya sehingga menjadi bentuk bulat yang kecil.
" Suka tak bilik kau? Maaf lah kalau warna dinding bukan warna kesukaan kau. Siapa suruh datang secara mengejut "
Aku ketawa kecil dengan ayat terakhir Chanyeol seraya mengangguk.
" Berterima kasih dekat bakal kakak ipar kau ni. Dia lah yang paling teruja masa tengah kemas bilik kau ni " Kata Chanyeol lagi.
" Hyung, kami sebaya kan. Takkan nak panggil dia kakak? " Aku mengerling Yunji sekilas lalu memandang Chanyeol semula. Dia menggulingkan anak matanya.
" Aku abang kau jadi dia akan jadi kakak ipar kau " Balas Chanyeol yang tidak mahu kalah semula.
Aku dengan Yunji sebaya. Chanyeol cuma tua dari kami dua tahun. Tak rasa pelik ke kalau aku panggil dia 'kakak' ?
Yunji noona? Erk.
" Dah dah. Jom makan. Saya ada buatkan nasi goreng " Yunji berkata lantas menarik lengan Chanyeol ke ruang makan.
" Jom, Jimin " Dia tidak lupa untuk mengajak aku sekali. Aku mengangguk dan meletakkan bagasi aku di depan katil lalu menutup lampu bilik dan menuju ke ruang makan.
Dari jauh aku sudah dapat menghidu bau haruman nasi goreng Cina patuh syariah yang dimasak oleh Yunji.
Aku dan Chanyeol mengambil tempat di meja makan sementara menunggu Yunji mencedok nasi ke dalam pinggan kami.
Walapun masih 19 tahun, Yunji telah menunjukkan ciri-ciri isteri mithali. Untung abang.
Bukan macam awek aku. Menyusahkan.
" Makan lah, Jimin " Jemput Yunji. Aku mengangguk lalu mula menjamah makanan.
Kan aku dah cakap sedap. Macam air tangan mama.
Aku rindu mama hm.
" Kau yang nak keluar dari rumah tu atau papa yang halau kau? " Soalan Chanyeol yang mengejut itu membuatkan aku tersedak nasi goreng. Cepat cepat Yunji menghulurkan aku segelas air kosong untuk aku minum.
Harapkan abang aku, dengan selambanya dia masih mengunyah nasi goreng. Tak guna punya abang.
" Terima kasih " Ucap aku kepada Yunji. Dia tersenyum manis.
Ah, senyuman dia. Betul-betul dapat membuat hati aku berbunga.
" Dua dua " Jawab aku. Chanyeol tersenyum sinis.
" Mesti dia suruh kau kerja dekat syarikat dia kan nanti? " Tebak Chanyeol. Aku mengangguk kerana Chanyeol tidak silap.
Papa dulunya menyuruh Chanyeol mengambil alih syarikat milik kami tapi Chanyeol menolak. Papa marahkan Chanyeol jadi Chanyeol mengambil keputusan untuk keluar dari rumah. Tapi sekarang Chanyeol bekerja di syarikat papa sebagai pengarah syarikat.
Papa turut menyuruh aku mengikut jejak Chanyeol. Ya, aku sedang mengikut jejak Chanyeol. Iaitu keluar dari rumah tersebut.
Tapi tidak bermakna aku akan bekerja di syarikat papa. Aku tidak berminat dengan bidang ini. Aku meminati bidang lain.
" Biarkan je papa tu. Nanti dah tua tu tahu lah dia nak suruh kita balik " Chanyeol tersengih nakal. Aku menjelingnya. Dalam keadaan macam ni pun sempat lagi nak kutuk papa.
Usai makan, Chanyeol menilik jam tangannya.
" Wuish aku dah lambat " Chanyeol segera bangkit dari kerusi, begitu juga dengan Yunji.
" Aku pergi dulu, Chim. Buat macam rumah sendiri je okay? " Chanyeol menepuk bahu aku lalu berjalan ke muka pintu bersama Yunji.
Aku memerhatikan tingkah laku mereka. Chanyeol mencium dahi Yunji sekilas sebelum keluar memakai kasut.
Mereka pasti bahagia.
Setelah menghantar Chanyeol pergi, Yunji datang semula dan duduk bertentangan dengan aku.
Aku menumpukan perhatian terhadap makanan aku sahaja manakala Yunji sibuk menyelak helaian mukasurat buku masakan sambil menjamah nasi goreng.
Sesekali aku mencuri pandang Yunji. Aku bukan nak buat apa apa tapi wajah Yunji boleh membuatkan hati aku bergetar.
Dia cantik sangat.
Itu baru wajah. Bayangkan kalau dia senyum, memang meletup jantung aku. Aku tak tipu.
Wajah dia buatkan aku teringin nak renung buat masa yang lama. Aku nak tengok senyuman dia yang manis itu.
" Ada apa apa ke, Jimin? "
Aku segera melarikan pandangan apabila Yunji menegur aku. Ha, sudah. Mungkin aku tertangkap olehnya.
Hm, memalukan.
" Tak ada apa apa " Nafi aku.
Tidak lama selepas itu, telefon aku pula berdering. Aku melirikkan mata untuk melihat nama yang tertera pada skrin telefon.
Sera ❤️ is calling you ...
Aku mengeluh perlahan ketika melihat nama teman wanita aku, Sera.
Aku membiarkan panggilan tersebut. Aku malas hendak menjawab. Pasti dia telefon aku untuk bergaduh bersama aku.
Sekali lagi telefon aku berbunyi. Aku mengeluh lagi. Aku memandang Yunji dan dia turut memandang aku.
" Jawab lah. Tak baik buat macam tu " Katanya. Aku mengeluh sekali lagi dan akhirnya aku menjawab panggilan tersebut.
Kalau bukan sebab Yunji, aku tak ingin pun nak jawab.
" Hm? Ada apa? " Soal aku malas.
" Chim, pukul berapa you nak datang kampus? Nak I pergi rumah you tak? "
" Dalam setengah jam lagi I pergi la. No, I dah keluar dari rumah "
" WHAT?!! Why? Habistu you duduk mana sekarang? "
Aku menjauhkan telefon dari telinga tatkala Sera menjerit terkejut dalam panggilan. Boleh pekak aku dengan perempuan ni.
" I duduk dengan abang I. You jangan risau "
" WHAT?! Abang you? Wait, bukan ke ada girlfriend dia sekali? No, Jimin. Keluar dari rumah tu and datang tinggal dengan I. Macam mana kalau perempuan tu cuba goda you? "
Aku membuat mimik wajah menyampah. Ada juga aku bagi makan kasut.
" Sera, dia bukan macam you yang suka menggoda lelaki lain selain teman lelaki you. Bye " Aku terus memutuskan panggilan. Kan aku dah kata, jika Sera menelefon aku, pasti ada saja perkara yang akan mencetuskan pergaduhan.
Aku membalingkan telefon bimbit ke atas meja. Bahu Yunji berhincut sedikit kerana terkejut.
" Jimin, awak okay? " Tanya Yunji. Aku pandang dia sekilas lalu menganggukkan kepala.
" Sera ke? " Tanya dia lagi. Tapi kali ini aku biar kan soalan dia tergantung. Aku terlalu malas nak melayan karenah Sera tu lagi.
Aku dah cukup serabut dengan masalah hidup aku.
Tidak lama selepas itu aku terdengar bunyi kerusi ditolak. Aku biarkan.
Tiba tiba aku dapat merasakan bahawa Yunji ada di sebelah aku. Dia sedang berdiri betul-betul di sebelah aku.
" Kalau ada masalah, cerita je lah dekat saya. Lagipun kita sebaya kan, Jimin? "
Yunji mengusap bahu aku dengan penuh kelembutan. Mungkin untuk meredakan kemarahan aku terhadap Sera.
Jujur aku katakan, aku berasa tenang sedikit sekarang. Yunji dapat menenangkan aku. Dia tahu caranya.
" Kelas awak pukul berapa? Kelas saya pukul 1 nanti. Kalau awak ada kelas, boleh kita pergi sekali " Katanya. Aku menolehkan kepala untuk memandangnya lalu aku mengukir satu senyuman pendek.
" Kita pergi sekali " Jawab aku. Yunji melepaskan tangannya daripada bahu aku dan tersenyum manis.
Sekali lagi aku cair melihat senyuman dia.
Ingat Park Jimin, dia teman wanita abang kau.
———
jalan cerita masih kabur. aku tak tahu la chapter ke- berapa baru nak hilang kabur dia.
explaination : yunji tu cuma girlfriend chanyeol. tapi diorang ada nama keluarga sama iaitu 'park' . jadi jangan salah faham. diorang tak kahwin lagi.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top