01
" Keluar dari rumah ni kalau kamu masih berkeras nak melawan perintah papa, Park Jimin! " Papa menempik kuat ke arah aku. Aku mengeraskan rahang. Kemarahan aku tidak dapat dibendung lagi. Begitu juga dengan kesabaran aku yang semakin menipis.
" Papa nak sangat halau Jimin, kan? Okay, Jimin keluar hari ni jugak! Puas hati papa?! " Jawab aku dengan suara yang tinggi. Mata papa tajam menikam anak mata aku.
" Sayang, Jimin, jangan macam ni. Benda boleh bincang elok elok " Mama di tepi pula cuba sedaya upaya untuk menenangkan keadaan yang tegang di antara aku dan papa sekarang ini.
" Berhenti bela anak lelaki awak ni. Penat penat saya membesarkan dia, macam ni dia balas balik dekat saya?! Anak tak kenang budi! "
" Awak, Jimin kan masih muda. Fikiran dia tak matang lagi " Mama masih cuba membela aku. Papa tersenyum kesinisan.
Aku menahan tangan mama yang dari tadi mengusap lengan aku. Aku pandang mata mama.
" Ma, Jimin akan keluar. Jimin dah tak tahan tinggal sebumbung dengan papa. Jimin naik dulu untuk kemas barang "
Usai berkata, aku terus membuka langkah untuk naik ke atas. Tapi papa mengungkapkan satu lagi ayat yang bakal membuatkan hidup aku tidak seindah dan semewah hidup aku sekarang ini.
" Sekali kamu keluar dari sini, jangan berangan nak datang balik ke rumah ni. Kunci kereta kamu dan kad kredit kamu, pulangkan dekat papa " Kata papa dengan wajah yang tidak berperasaan.
Aku masih senyap membelakangi papa.
" Sayang, habis tu macam mana Jimin nak hidup? " Soal mama.
" Biar dia hidup sendiri. Siapa suruh dia asyik bangkang saya? Elok lah. Dulu abang dia buat hal, sekarang dia pun nak ikut. Elok sangat "
Aku mengabaikan papa dan terus naik ke atas. Dua bagasi besar aku dikeluarkan dan aku terus memasukkan semua pakaian aku ke dalam bagasi tersebut.
Aku sudah nekad dan tekad hendak keluar dari rumah ini. Aku tidak boleh terus menyeksa diri aku dengan terus tinggal bersama papa.
Cukup lah dengan apa yang papa lakukan terhadap abang aku. Aku tak nak perkara tersebut turut terjadi pada diri aku.
Jadi, aku ingin mengikut jejak abang aku. Iaitu dengan keluar daripada rumah agam ini.
Buat apa hidup mewah kalau hidup aku tak bahagia? Papa langsung tidak memberikan aku kebebasan dalam menentukan hidup aku.
Tiba tiba pintu bilik aku dibuka dari luar. Aku dongakkan kepala untuk memandang insan tersebut. Mama rupanya.
Aku cuma sekadar tersenyum nipis sahaja sebelum menyambung tugas mengemas pakaian aku.
Mama berjalan dan duduk di birai katil. Tangan kiri aku diraih oleh mama. Aku dan mama saling berpandangan.
" Jimin, kamu betul nak tinggalkan mama ke? "
Aku yakin yang mama berasa berat hati untuk melepaskan aku pergi. Aku dapat membaca kesedihan tersebut di mata mama.
Bukannya aku saja saja nak tinggalkan mama. Aku lakukan semua ini demi diri aku.
Aku duduk di sebelah mama lalu tangannya aku usap perlahan.
" Ma, Jimin terpaksa. Jimin tak sanggup lagi dah " Ujar aku. Mama mengeluh berat lalu menundukkan kepalanya.
Aku pula yang berat hati.
" Kalau kamu pergi, kamu nak tinggal dekat mana, Jimin? "
Aku menggigit bibir. Aku turut terlupa tentang soal itu. Ini lah bangang namanya. Nak keluar dari rumah tapi tak ada hala tuju.
Aku mana ada rumah sendiri macam abang aku.
Eh? Ha, abang kan ada.
" Jimin boleh tinggal dekat rumah abang "
Mama mengangguk lemah. Tiba tiba mama meletakkan satu kad kredit hitam di atas tapak tangan aku. Aku mengerutkan dahi memandang mama.
" Ambil lah. Untuk kegunaan harian kamu " Kata mama.
" Ma, Jimin tak boleh terima. Jimin akan cari duit sendiri " Aku menolak pemberian mama secara sopan. Mama pantas menggeleng.
" Kalau sayangkan mama, terima je. Jangan risau, papa kamu tak akan tahu "
Aku mengeluh perlahan. Kalau dah mama ugut macam ni, memang terpaksa lah aku terima.
" Mama keluar dulu. Jaga diri kamu dekat rumah abang nanti. Kalau rindu, telefon mama " Mama tersenyum tawar sebelum dia bangkit dan keluar dari bilik aku.
Aku mengeluarkan telefon bimbit aku dan mendail number abang aku.
" Hello "
" Hyung, ada dekat rumah tak? "
" Ada je. Kenapa? Kau nak singgah ke? "
" Tak lah. Nak tanya ada bilik kosong tak? Aku nak tinggal dengan kau "
Lama abang menyepikan diri sebelum bersuara semula.
" Kau lari rumah ke, Chim? "
Aku menggelengkan kepala walaupun abang takkan nampak.
" Atas kerelaan sendiri "
" Explain dekat aku masa kau sampai nanti. Aku ada banyak bilik kosong. Datang lah. Aku tunggu "
***
Aku menarik bagasi aku daripada lif setelah tiba di apartment mewah abang aku.
Nasib lah abang mengalu-alukan aku datang tinggal dengan dia. Kalau tak, aku tak tahu dekat mana aku nak tinggal.
Bawah jambatan kot haha.
Aku menekan loceng pintu rumah abang sebaik sahaja aku berada di depan pintu rumahnya.
Sekejap sahaja abang membuka pintu. Dapat lah aku melihat wajahnya yang menghiasi mata aku.
" Hyung, aku rindu kau "
Terus aku memeluk abang. Dia terkejut dengan tindakan aku tapi tidak lama selepas itu, dia turut membalas pelukan aku.
" Masuk lah. Bilik kau dah sedia tu " Abang menjemput aku masuk ke dalam. Dia juga menolong aku menarik masuk bagasi ke dalam rumahnya.
Apartment abang ini mewah. Jadi aku tak terkejut kalau hiasan dalam rumahnya pun kelihatan mewah.
Aku berjalan masuk dengan langkah yang agak segan. Mata aku diliarkan ke sekeliling.
" Chan, adik awak dah sampai ke? "
Satu suara yang aku kenali menerpa masuk ke dalam gegendang telinga. Mata aku dan mata abang terus memandang milik suara indah tersebut.
Dia berjalan merapati abang aku, Park Chanyeol. Mata kami bertembung lalu dia mengukir senyuman yang sangat manis buat aku.
Aku kenal dia. Dia teman wanita abang aku.
Park Yunji namanya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top