PROLOG
NOTA PENULIS: FANFIKSI INI HANYA SEKADAR HIBURAN, TIADA KENA-MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAU SUDAH MATI. SEGALA NAMA YANG DIGUNAKAN HANYA DIPINJAM DARI MEDIA DAN KISAH KEPERCAYAAN MITOS GREEK, FANFIKSI INI DITULIS BUKAN UNTUK MENYINGGUNG MANA-MANA PIHAK. TERIMA KASIH KERANA MEMAHAMI DAN SELAMAT MEMBACA.
.
.
.
.
.
.
[PROJEK PRIMORDIAL]
.
.
.
.
.
.
KTAK! KTAK! KTAK!
Kedengaran kasut tumit tinggi hitam seseorang bergema di seluruh koridor sebuah bangunan organisasi, rambutnya yang merah bak saga terikat kemas beralun mengikut pergerakan lenggok badannya. Lanyard dan kad yang tergantung di lehernya menunjukkan gambar dan serba-sedikit nama serta nombor identiti milik empunya badan. Tangannya pantas menarik kad tersebut ke arah alat pengesan yang mengunci sebuah bilik yang ingin ditujunya.
BEEP!
"Selamat datang, Maharani Kira'na." Kedengaran suara robotik bergema melalui alat pengesan tersebut dan pintu di hadapan wanita itu terbuka luas, menunjukkan isi bilik itu yang merupakan sebuah bilik mesyuarat.
"Maharani Kira'na," sapa Ketua Organisasi GAGAL, Kokoci dengan tunduk hormat yang diikuti beberapa orang lagi yang sudah berada di dalam bilik mesyuarat tersebut turut menunduk hormat ketika Kira'na menjejak masuk.
"Adakah semua sudah tiba?" soal Kira'na dengan tegas, punggungnya dilabuhkan bersebelahan seorang remaja berambut hijau.
"Tidak, pihak bagi Profesor Mawais masih tidak hadirkan diri lagi." Kokoci membalas.
"Sudah tentu," keluh Kira'na.
"Bunga, tuanku?" Remaja berambut hijau, Rimba menghulurkan bunga mawar kepada Kira'na.
"Terima kasih," ucap Kira'na, sebuah senyuman lembut menghiasi bibirnya manakala tangannya mengambil bunga mawar tersebut daripada tangan remaja itu. Kelopak bunga tersebut dihidunya, perlahan-lahan wajahnya yang kelihatan tegas sebentar tadi berubah tenang.
Rimba yang memandang wajah Kira'na berubah tenang, tersenyum lebar.
"Amboi, cuba ambil hati Maharani Kira'na ke?" Remaja berambut biru, Beliung berbisik di telinga Rimba.
"Bukankah mengalu-alukan tetamu kita itu baik?" kata Rimba dengan ceria manakala Beliung sekadar tersenyum dengan telatah Rimba yang sungguh ceria itu.
BEEP!
Secara tiba-tiba pintu bilik mesyuarat tersebut terbuka luas, menarik perhatian mereka semua.
"Selamat datang, Mas Gardu."
"Maafkan aku kerana terlambat!" ucap Mas Gardu dengan nafas yang tercungap-cungap, sepertinya dia hadir ke bilik tersebut dalam keadaan kelam-kabut.
"Hah! Duduk cepat, Mas Gardu! Bukankah kita sudah janji untuk mulakan mesyuarat pada pukul 9 pagi? Ini sudah 9:15 pagi!" marah Kira'na.
"Hehe, maafkan patik. Biasalah, Planet Baraju bukannya dekat." Mas Gardu memberi alasan.
"Yalah tu, habis aku ni apa?" cantas Yanaari dengan wajah datar, tidak berpuas hati manakala Blaze yang duduk di sebelahnya hanya mampu ketawa perlahan.
Mas Gardu hanya mampu tersengih-sengih seperti kerang busuk sebelum melabuhkan punggungnya di kerusi antara Yanaari dan Kira'na.
"Sudah lama kita tidak bertemu, Mas Gardu." Seorang wanita mencelah, kipas yang berada di tangannya digerakkan pada wajahnya sendiri dengan lembut.
"Kuputeri? Kau juga ada di sini?" soal Mas Gardu.
"Aku dengar mesyuarat kali ini mempunyai berita penting, jadi aku datang. Tidak salahkan?" balas Kuputeri.
"Baiklah. Kerana semua sudah tiba, bolehkah saya mulakan mesyuarat ini?" soal Kokoci.
"Silakan." Kira'na memberi ruang kepada Kokoci untuk memulakan mesyuarat tersebut.
"Baiklah, sebelum kita berbincang ke arah hal yang lebih penting. Bagaimana status setiap pemegang kuasa? Adakah baik sahaja?" soal Kokoci lagi.
"Baik sahaja, sepertinya cuma Rimba dan Beliung yang mampu memecahkan tahap ketiga dengan mudah walaupun Beliung mempunyai masalah ketika di dalam proses itu." Kuputeri membalas.
"Blaze masih dalam proses, dia masih memerlukan banyak tenaga untuk keluarkan tahap ketiganya." Yanaari mencelah.
"Baiklah, saya akan catitkan status mereka ke laporan. Mari kita teruskan dengan perbincangan seterusnya." Kokoci menekan butang alat kawalan jauh yang di dalam genggamnya lalu tingkap di dalam bilik mesyuarat tertutup satu per satu termasuk lampu turut tertutup sebelum satu hologram memancar di tengah meja mesyuarat itu.
"Saya ingin membuka kembali Projek Primordial." Kata-kata Kokoci itu mengejutkan hampir mereka semua.
"Kenapa kau mahu membuka kembali Projek Primordial?" soal Yanaari.
"Kerana terdapat dua pemegang kuasa Primordial iaitu model BBB-01 yang sepatutnya berada di bawah jagaan Profesor Kasa dan model BBB-05 yang sepatutnya berada di bawah jagaan Mas Gardu telah melarikan diri semasa berlakunya peperangan beberapa dekad dahulu tetapi mereka sukar dijejak. Sepertinya BBB-01 telah melarikan BBB-07 juga. Mereka bertiga memegang kuasa Primordial yang sungguh kuat tanpa pengawasan. Jadi ini adalah waktu terbaik untuk membuka semula projek itu," terang Kokoci panjang lebar sambil menekan alat kawalan jauh, skrin hologram yang berada di tengah meja mesyuarat menunjukkan dua wajah sosok remaja.
"Huh. Adakah pemegang Primordial ini masih tidak dapat dikesan sampai sekarang?" soal Kira'na.
"Tidak, tuanku. Sepertinya mereka hebat dalam menyembunyikan tenaga mereka daripada dikesan.. kecuali BBB-07," balas Kokoci.
"Huh? Adakah kau dapat mengesannya?" soal Mas Gardu dengan perasaan ingin tahu.
"Ya, dia disembunyikan di Planet Bumi. Sebuah planet di mana segala makhluk yang bernafas, tinggal." Skrin hologram memancarkan gambar Planet Bumi setelah Kokoci berkata-kata.
"Planet Bumi.. Bagaimana dengan keadaan BBB-07?" soal Kira'na lagi.
"Dia masih dalam keadaan baik tetapi kita ada masalah," kata Kokoci.
"Masalah? Masalah apa?" Mas Gardu mengerutkan keningnya.
".. Salah satu anggota GAGAL mengesan keberadaan Retak'ka beberapa minggu lepas."
"Huh?! Apa?!" Mereka semua terkejut dengan berita yang dikhabarkan oleh Kokoci itu.
"Ya." Kokoci menekan butang alat kawalan jauh yang di dalam genggamnya lalu skrin hologram bertukar gambar, menunjukkan sebuah lokasi.
"Terakhir Retak'ka dikesan, dia berada di kawasan Planet Solaris. Kemungkinan mencari BBB-07," sambung Kokoci.
"Tak guna, kenapa baru sekarang dia muncul semula?" kata Yanaari.
"Kemungkinan besar dia berjaya mengesan ke mana BBB-07 berada setelah berdekad menghilang," terang Kokoci.
"Tak guna, kita tak boleh berlengah! Kita kena pergi sekarang!" kata Kira'na.
"Jangan kamu terburu-buru, Kira'na. Kamu tidak akan selamat jika kamu terburu-buru." Tiba-tiba satu suara menarik perhatian mereka semua terutama sekali Kira'na, wanita itu menoleh ke arah empunya suara itu.
"Nenda, kenapa nenda berada di sini?" Kira'na terkejut apabila Satriantar yang berada di atas kerusi roda memunculkan dirinya bersama seorang remaja yang lengkap memakai zirah berwarna merah dan hitam.
"Nenda cuma mahu tahu keberadaan Retak'ka setelah sekian lama dia menghilang," kata Satriantar dengan nada lembut.
"Nenda, Retak'ka adalah musuh kita. Kenapa nenda harus risau pasal dia?" soal Kira'na.
"Nenda tidak risau tentang dia, nenda cuma ingin tahu bahawa dia benar-benar kembali atau tidak. Jika benar dia akan kembali, bawa Halilintar bersama kamu."
"Tetapi nenda, bukankah ianya merbahayakan Halilintar? Dia pasti inginkan kuasa Halilintar," kata Kira'na, suaranya kedengaran risau.
"Sebab itu nenda menyuruh kamu untuk bawa dia bersama kamu dan dia pasti selamat di tangan kamu, lagipun kumpulan kamu tetap akan menjalankan misi ini. Benarkan, Kokoci?" kata Satriantar pula.
"Ya, benar." Kokoci membalas.
".. Baiklah, cucunda akan menurut arahan nenda itu." Kira'na pasrah dengan kehendak Satriantar.
"Jadi, apa rancangan seterusnya?" celah Mas Gardu.
"Rancangan seterusnya adalah kita perlu mengambil semula BBB-007, keluar daripada Bumi. Sepertinya masa dia sudah tiba untuk kembali ke Projek Primordial... Kembali ke Projek Aether," kata Kokoci.
Mereka semua memandang antara satu sama lain, wajah masing-masing menunjukkan riak wajah dengan emosi yang bercampur-baur.
"Adakah BBB-07 akan menerima kita semua? Yalah, sudah sekian lama tinggal di sana." Mas Gardu bersuara.
"Jangan risau, Mas Gardu. Dia pasti menerima kita, dia cuma perlu.. tahu kebenarannya," celah Kuputeri.
"Itu yang aku risaukan masalahnya," kata Mas Gardu.
BEEP! BEEP! BEEP!
Tiba-tiba penggera bergema di seluruh bilik mesyuarat, mengejutkan mereka semua.
"Eh? Apa jadi?" soal Blaze manakala Rimba dan Beliung sekadar menjongketkan bahu masing-masing, tidak tahu.
"Amaran! Amaran! BBB-01 dan BBB-05 dikesan berada di ruang angkasa Planet Bumi." Satu suara robotik kedengaran dan skrin hologram bertukar gambar, menunjukkan satu titik merah yang berada di ruang angkasa Planet Bumi.
"Apa?!" Mereka semua terkejut apabila melihat skrin hologram tersebut.
"Adakah mereka mahu menuju ke BBB-07?" soal Rimba.
"Mungkin," balas Beliung.
"Amaran! Beberapa lagi entiti tidak dikenali turut menuju ke ruang angkasa Planet Bumi," sambung suara robotik itu, menunjukkan beberapa lagi titik merah di skrin hologram.
"Huh?!" Hampir mereka semua terkedu manalala Kira'na berdecit, tidak berpuas hati.
"Beta tidak boleh percaya dengan mereka, kenapa baru sekarang mereka munculkan diri? Kita kena pergi dengan segera! Kaizo, Pang! Sediakan kapal angkasa!" kata Kira'na melalui alat komunikasinya, wanita itu terus mengorak langkah keluar dari bilik mesyuarat dalam keadaan tergesa-gesa.
"Halilintar, pergilah ikut cucunda itu. Ingat pesan nenda, jaga terburu-buru." Satriantar memberi nasihat.
"Baik, nenda." Halilintar mengganggukkan faham, mengikuti Kira'na daripada belakang.
"Maripos." Kuputeri menyeru seseorang sebelum seekor rama-rama biru hinggap di bahu wanita itu.
"Bawa Beliung dan Rimba bersama kamu, pastikan Maharani Kira'na tidak lakukan perkara yang terburu-buru."
Rama-rama biru itu perlahan-lahan bertukar menjadi satu sosok lelaki, berdiri di sebelah Kuputeri.
"Menurut perintah," ucap Maripos.
"Beliung, Rimba. Pergilah, pastikan Maharani Kira'na selamat." Kuputeri memberi arahan.
"Baik, Kuputeri!" kata Rimba dan Beliung secara serentak lalu mereka beredar dari bilik mesyuarat itu bersama Maripos.
"Harap-harap tiada lagi peperangan melibatkan projek ini," kata Mas Gardu.
"Aku harap begitulah," balas Kuputeri lalu matanya menatap skrin hologram yang berada di hadapannya.
_____________________________________________
NOTA PENULIS: Sebelum ada yang tanya "Kenapa GAGAL dan bukan TAPOPS?" sebab TAPOPS khusus untuk menyelamat sfera kuasa sahaja dimana ianya tidak sesuai dengan fanfiksi kali ini, jadi Nia akan guna GAGAL yang merupakan nama awal untuk TAPOPS sebelum ianya diubah sebagai TAPOPS.
Sudah faham? Bagus, jadi selamat membaca dan semoga terhibur!
_____________________________________________
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top