PROJEK 9

"Apa yang kau dah buat?! Kau tak sepatutnya mulakan pergaduhan antara mereka, ianya lagi menyusahkan kita untuk tangkap mereka!" marah Blaze melalui skrin hologram yang terpancar di hadapan Beliung.

"Mana ada menyusahkan, aku cuma memudahkan lagi kerja Maharani Kira'na. Aku yakin BBB-07 sekarang mula tidak percaya dengan mereka," balas Beliung.

"Bukankah kau mahu melihat perbalahan antara Maharani dan mereka dahulu?" Blaze menatap datar ke arah Beliung.

"Siapa yang beritahu kau tu?"

"Siapanya lagi."

Beliung terus menatap ke arah Rimba yang sedang mengunyah buah dengan penuh gembiranya.

"Apa?" soal Rimba dengan wajah polos.

"Heh, sudah tentu. Dasar talam dua muka." Beliung menyeringai.

"Apa bendanya?" Rimba membuat wajah keliru, Beliung tidak pasti bahawa Rimba buat-buat keliru atau Rimba sememangnya keliru.

"Apa-apa sahajalah, yang penting aku dah buat kerja aku." Beliung menatap ke arah Blaze semula.

"Hm, yalah. Suka hati kau, Beliung. Aku kena pergi. Kalau ada apa-apa hal, panggil je aku." Blaze membalas.

"Heh, aku tahu."

Panggilan antara mereka terus dimatikan, Beliung meletakkan kakinya secara bersilang di atas dashboard kapal. Skrin hologram ditekan dan beberapa data terpampang pada skrin tersebut, mata biru milik Beliung menatap data itu satu per satu.

"Mari kita tengok sampai mana dia boleh bertahan di dalam permainan dia sendiri," kata Beliung seorang diri, senyuman sinisnya semakin melebar.

Sementara itu, keadaan agak hening di dalam kapal angkasa milik Gempa setelah pergaduhan antara Gempa dan Solar berlaku.

"Kau.. Masih nak teruskan rancangan kita ni?" soal Ais yang memecahkan kesunyian di dalam kapal itu, matanya menatap ke arah Gempa yang sibuk memandu kapal angkasa.

Gempa terkaku seketika, pemanduannya terganggu sejenak untuk berfikir.

"Aku sudah lama rancang hal ini, aku takkan sesekali menyerah diri. Solar adalah aset terpenting kita." Gempa membuka mulutnya.

Mendengar kata-kata Gempa itu membuatkan Ais mengeluh seketika.

"Suka hati kaulah," guman Ais sebelum dia berdiri dan berjalan ke arah bilik di mana Solar mengurungkan dirinya.

"Solar?" Ais menyahut nama Solar.

Diam, tiada sahutan.

"Solar, kau okey ke?" soal Ais.

Solar masih mendiamkan dirinya, Ais turut terdiam seketika.

"Ka.. Kalau nak apa-apa, bagitahu aku."

Setelah menghabiskan kata-katanya, Ais cuba untuk beredar sebelum pintu bilik itu terbuka sedikit. Ais terus menoleh ke arah ruang yang terbuka, menunjukkan separuh wajah Solar yang muram.

"... Kau dah okey ke?" soal Ais lagi.

Solar menganggukkan kepalanya perlahan.

"Boleh aku masuk?" pinta Ais.

Solar terkaku sejenak sebelum memberi ruang untuk Ais masuk.

Ais menapak masuk, matanya menatap mata Solar yang bengkak dan kemerahan. Baru selesai menangis barangkali.

"Betul ke kau okey ni?" Ais mengusap bawah mata Solar.

"Ya, kau tak perlu nak kisah sangat pasal aku." Solar menolak tangan Ais tetapi tidak kasar.

Ais mengeluh, senyuman datar menghiasi bibirnya.

"Maafkan aku sebab Gempa rahsiakan tentang kuasa kau," ucap Ais.

"... Kenapa kau yang perlu minta maaf? Sepatutnya Gempa yang minta maaf," kata Solar, nadanya kedengaran kecewa.

"... Heh, dia cuba untuk belajar nak faham perasaan seseorang." Ais membalas.

"... Apa maksud kau?" Solar keliru.

"Gempa berubah selepas Peperangan Primordial." Ais melabuhkan punggungnya di atas lantai.

"... Peperangan Primordial," gumam Solar.

"Gempa dulu adalah prototaip Primordial terawal dan dia selalu diberi kasih sayang oleh tuannya. Gempa selalu ikut arahan tuannya dan cuba untuk belajar mempunyai perasaan seperti manusia biasa."

"Apa jadi dengan tuan Gempa tu?"

"... Dia tewas semasa peperangan itu."

"Oh."

Solar terdiam seketika apabila mendengarkan jawapan daripada Ais itu, entah mengapa dia terasa kasihan.

"Dia rahsiakan tentang kuasa kau sebab kuasa kau masih terkunci. Dia tahu kalau dia beritahu kau awal-awal, kau pasti kecewa pada diri kau sendiri sebab kau tidak dapat selamatkan ayah kau. Dia lebih rela kau kecewa terhadap dia daripada kau kecewa terhadap diri kau sendiri," terang Ais panjang lebar.

Mendengarkan kata-kata Ais itu, Solar terdiam sepenuhnya. Solar menatap ke arah kedua-dua telapak tangannya.

"Ada benar juga Gempa cuba rahsiakan tentang itu daripada aku, aku tidak sepatutnya terus marah dia. Kenapa aku bodoh sangat?" fikir Solar.

Melihat tingkahlaku Solar itu, Ais sekali lagi mengeluh.

"Heh, kau tak perlu risau. Gempa takkan ambil hati dengan kata-kata kau," celah Ais, tangannya memegang tangan Solar.

"Tapi aku masih sakitkan dia, aku tumbuk dia sebab aku marah sangat kat dia."

"Kau tidak perlu risau, dia bukan macam BBB-02."

"Huh? BBB-02?"

"... Tiada apa-apalah, dia cuma pecahan Primordial macam kita." Ais berdalih.

Solar pula mengeluh, senyuman datar menghiasi bibirnya.

"Mungkin aku tidak patut marah Gempa, lagipun dia yang cuba lindungi aku. Dia yang beri tempat tinggal, ayah dan kawan-kawan kepada aku. Hidup aku lebih ceria daripada dia sendiri. Semasa kali pertama aku bertemu dengan Gempa, aku dapat rasakan pandangan Gempa sungguh kosong. Dia seperti.. kesunyian," kata Solar.

Ais terdiam sejenak mendengar kata-kata Solar sebelum menepuk belakang Solar.

"Agh?! Kenapa kau tiba-tiba tepuk belakang aku ni?!" marah Solar.

"Heh, kau banyak sangat fikir. Adakah ini efek hidup lama di Bumi?" seloroh Ais, ketawa kecil terhambur keluar daripada mulutnya.

Solar mencebikkan bibirnya apabila mendengar seloroh Ais itu sebelum dia mula bangun daripada posisi duduknya.

"Hm? Kau mahu ke mana?" soal Ais.

"Mungkin aku dah tenang sikit. Terima kasih sebab teman aku," ucap Solar, senyuman manis menghiasi bibirnya.

"Oh, sama-sama."

Solar terus berjalan keluar daripada bilik itu, meninggalkan Ais yang keliru.

"Adakah aku tepuk kuat sangat sampai dia berubah tiba-tiba?" fikir Ais sambil matanya menatap tangannya sendiri.

Solar ingin berjalan meluru ke arah kokpit kapal, menarik perhatian Yaya, Ying, Gopal dan Ochobot.

"Solar, kau tak apa-apa ke?" soal Gopal, memberhentikan Solar.

"Kau jangan risaulah, aku okey je." Solar tersenyum lebar.

"Baguslah kau dah okey! Aku risau kat kau sangat-sangat!" kata Gopal sambil memeluk Solar dengan erat.

"Go..Gopal, kau peluk aku kuat sangat."

"Alamak, maaf!" Gopal serta-merta melepaskan Solar apabila lelaki itu mula sesak nafas.

"Ehem... Adakah Gempa kat kokpit?" soal Solar.

"Ya... Kau masih marah kat ketua ke?" celah Yaya.

"Tidak, jangan risau. Oh ya, aku nak pergi cakap dengan Gempa."

"Oh. Okey," kata Gopal dan Yaya serentak.

Solar terus menapak masuk ke dalam kokpit, matanya melirik ke arah Gempa yang masih memandu. Solar terus duduk di kerusi di sebelah Gempa.

"Adakah luka kat bibir kau baik-baik sahaja?" soal Solar, cuba memecahkan kesunyian antara mereka berdua.

"... Aku okey. Kau tak perlu risau," balas Gempa.

"... Maafkan aku sebab tumbuk kau. Aku tak sepatutnya marah kat kau secara melulu," ucap Solar.

Keadaan kembali sunyi semula antara mereka berdua.

"Ugh, kenapa semakin janggal aku rasa ni?" fikir Solar.

"... Aku yang sepatutnya minta maaf." Gempa membuka mulutnya.

"Huh?" Solar menatap ke arah Gempa.

"Aku tidak sepatutnya rahsiakan tentang kuasa kau," kata Gempa.

"... Aku sudah faham kenapa kau rahsiakannya. Aku tidak ambil hati lagi," balas Solar.

"Oh."

"Tapi selepas ini kau jangan nak rahsiakan apa-apa daripada aku lagi! Lagi-lagi tentang Projek Primordial dan kuasa aku, janji?!" kata Solar.

Gempa terpana seketika, matanya menatap wajah Solar lama.

"Ke.. Kenapa kau pandang aku macam tu?!" Menggelupur Solar apabila Gempa merenung dia terlalu lama.

"Pfft... Haha. Adakah tinggal di Bumi buat kau berperangai pelik seperti ini?" tawa Gempa.

"Hu.. Huh? Gempa ketawa?" fikir Solar, dia turut terpana melihat senyuman menghiasi wajah datar Gempa.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top