PROJEK 8

Gempa dan Solar merenung antara satu sama lain sebelum Gempa kembali membuka mulutnya.

".. Kau tidak perlu tahu, bukan masanya lagi."

"Apa maksud kau bukan masanya lagi?! Ramai yang cuba bunuh kau, aku dan kawan-kawan aku! Aku perlu tahu apa yang penting sangat tentang aku sampai kau terdesak cuba untuk lindungi aku!" Solar semakin menaikkan suaranya.

"Tak boleh, aku tak boleh terangkan sekarang. Kita kena pergi ke destinasi yang kita perlu tuju. Baru aku terangkan," kata Gempa dan dia cuba untuk keluar dari bilik itu tetapi Solar terus merentap baju Gempa.

BUK!

Solar menolak Gempa dengan kasar ke dinding, lengannya menahan leher Gempa daripada bergerak. Mata Gempa dan Solar terkunci antara satu sama lain, aura yang tegang dapat dirasakan antara mereka berdua.

"Jawab soalan aku," kata Solar dengan nada tegas.

"Tidak." Gempa masih berkeras untuk tidak menjawab soalan daripada Solar itu.

"Kau tak guna." Solar berdecit.

"Tuan!" Ochobot menceroboh masuk ke dalam bilik itu tetapi terhenti apabila melihat posisi Gempa dan Solar.

"Apa terjadi ni?!" Ochobot menyoal.

"Tiada apa-apa." Gempa terus menolak Solar ke tepi.

"Kenapa kau tiba-tiba menjerit ni?" soal Gempa yang berjalan mendekati Ochobot.

"Ki.. Kita ada tetamu," kata Ochobot.

"Huh?" Gempa mengerutkan dahinya dan dia terus meluru ke arah kokpit kapal manakala Solar tercegat di dalam bilik itu.

Hati Solar terasa curiga dengan tingkah laku Gempa, dia sememangnya dapat rasakan ada sesuatu yang Gempa cuba untuk rahsiakan.

Adakah benar Gempa dan yang lain melindungi dia? Kenapa yang lain turut mahukan dia? Apa yang penting sangat dia ini sehingga mereka semua cuba untuk membunuh antara satu sama lain? Pelbagai soalan bermain di dalam fikiran Solar.

"Berserabut betullah," rungut Solar sebelum berjalan keluar daripada bilik itu.

Kelihatan Gempa, Ais, Gopal, Yaya, Ying dan Ochobot berkumpul di kokpit kapal angkasa. Mengerumuni sesuatu atau seseorang.

"Apa benda yang mereka tengok tu?" fikir Solar dengan penuh tanda-tanya sambil menghendap-hendap di belakang mereka.

Sesuatu yang mereka kerumuni malah ternampak Solar, menatap lelaki itu dengan senyuman yang lebar.

"Ah, adakah itu BBB-07 yang semua orang katakan?" Satu skrin hologram memancarkan seluruh tubuh seseorang, dia berjalan menghampiri Solar daripada kerumunan kumpulan Gempa.

"Kau! Kenapa muka kau pun sama?!" Solar terkejut melihat wajah sosok itu.

"Selamat berkenalan, aku BBB-03 atau kau boleh panggil aku Beliung." Beliung menunduk hormat seperti seorang putera kepada Solar, sebuah senyuman terhias cantik di bibirnya.

"Nanti BBB-03.. Kau salah satu.."

"Ya, aku salah satu pecahan Primordial itu. Aku yakin BBB-01 pernah terangkannya." Beliung memotong kata-kata Solar itu membuatkan Solar terdiam.

"Adakah BBB-01 sudah memberitahu kau tentang Projek Primordial?" soal Beliung.

".. Sedikit."

"Ah, jadi dia tidak beritahu apa kuasa kau lagi?"

Solar sekadar menggelengkan kepalanya.

"Gempa, itu nama yang kau gunakan?" Beliung menatap ke arah Gempa yang berdiri di sebelahnya.

Gempa menatap tajam ke arah Beliung, dia seperti memberi isyarat kepada Beliung supaya tidak membuka mulutnya lebih lagi.

"Berapa lama kau mahu rahsiakan daripada dia?" soal Beliung dengan sinis.

"Dia baru sahaja di sini, dia tidak sesuai untuk tahu sekarang." Gempa membalas dengan tegas.

"Oh, Gempa. Gempa, Gempa. Kau tahukan, semua orang kejar dia, kau dan Ais. Kalau kau tak menyerah sekarang, kau tahu akibatnya." Senyuman sinis milik Beliung semakin melebar.

"Kau diam." Gempa merenung tajam ke arah Beliung.

Beliung berdengus sinis sebelum satu ribut yang kuat melanda di dalam kapal angkasa mereka.

"Eh?! Apa jadi?! Apa jadi?!" jerit Gopal ketakutan.

"Beliung! Kau tak guna!" jerit Gempa yang cuba untuk bertahan di dalam ribut itu.

Beliung berjalan mendekati Solar kembali, wajah mereka sudah rapat beberapa inci. Mata biru milik Beliung merenung tepat ke arah mata perak milik Solar.

"Aku tahu yang kau ingin tahu kenapa kau penting sangat, kan?" Beliung melontarkan soalan manakala Solar mampu memandang wajah sinis lelaki itu.

"Biar aku beritahu, kau ada kuasa yang semua orang inginkan, kuasa yang mampu menghidupkan sesiapa sahaja."

Kata-kata Beliung itu membuatkan Solar membulatkan matanya.

"A.. Apa maksud kau?" Solar tergagap-gagap.

"Maksud aku, kau boleh hidupkan sesiapa sahaja.  Aku dengar yang ayah kau mati, benar?"

Soalan daripada Beliung semakin membuatkan Solar terkaku.

"Aku anggap sahaja kau terdiam itu bermaksud ya. Kasihannya, Gempa halang kau daripada hidupkan dia semula. Kalau kau tahu, pasti dia sempat untuk bertahan hidup." Beliung tersenyum lebar apabila melihat wajah Solar yang terkedu dengan kata-katanya itu.

"Jika kau ikut aku dan bekerjasama dengan kami, aku akan pastikan yang kami boleh bantu kau untuk hidupkan ayah kau semula." Beliung menghulurkan tangannya ke arah Solar.

Solar menatap ke arah tangan Beliung. Seperti dipukau oleh Beliung, perlahan-lahan tangannya cuba untuk mencapai tangan itu.

BANG!!

Sebutir peluru terbang di antara Beliung dan Solar, mengejutkan mereka berdua sehingga ribut di dalam kapal turut terhenti. Mereka semua memandang ke arah dari mana peluru tersebut dilepaskan, ternyata Gempa mengacukan pistol ke arah Beliung dengan wajah yang dingin.

"Oh, Gempa." Beliung tersenyum sinis dan berjalan menghampiri Gempa.

"Aku beri amaran, 'dia' bakal datang. Kau pasti tidak mahu peperangan yang sama berlaku, kan? Kau kena ingat yang kuasa kau tu lemah daripada kam.."

BANG!!

Skrin hologram yang memancar Beliung terus ditembak oleh Gempa tanpa belas kasihan. Yaya, Ying, Gopal, Ochobot dan Ais turut terkejut dengan tindakan Gempa itu.

"Kita pergi dari sini dengan segera." Gempa terus meluru tempat pemandu tetapi bajunya direntap oleh Solar.

BUK!!

Tumbukan dilepaskan ke wajah Gempa oleh Solar mengejutkan mereka semua. Darah mengalir di bucu bibir Gempa, mata dingin Gempa menatap ke arah Solar yang seperti menahan marah.

"Kenapa?! Kenapa kau tak nak bagitahu yang aku ada kuasa untuk hidupkan sesiapa?!" bentak Solar, tangannya semakin ketat memegang kolar baju Gempa.

"Aku ada sebab," balas Gempa.

"Sebab?! Sebab apa?! Kalau kau bagitahu aku awal-awal, mungkin aku boleh hidupkan ayah aku! Adakah kau sengaja biarkan dia mati?!" marah Solar.

Gempa terdiam seketika.

"Jadi betullah kau sengaja biarkan dia mati!"

Solar menghempas Gempa ke dinding dengan kasar.

"Solar! Kau sakitkan ketua!" Yaya cuba menghalang Solar.

"Korang semua pun tahu pasal ni, kan?!" Solar menatap Yaya, Ying, Gopal, Ochobot dan Ais.

Mereka berlima hanya mampu terdiam dan memandang antara satu sama lain.

"Korang semua penipu." Solar terus melepaskan Gempa dan berlari ke arah bilik, mengurung dirinya.

Keadaan menjadi sunyi, masing-masing tidak berkata apa-apa. Semua mata menatap ke arah Gempa yang mengelap bucu bibirnya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top