PROJEK 7

Kapal Angkasa Utama Gur'latan, Ruang Angkasa Bumi…

"Adakah kamu semua dapat mengesan mereka?" soal Kira'na.

"Tidak dapat, tuanku. Sepertinya mereka sudah melarikan diri," balas Sai.

"Terus mengesan mereka sehingga dapat! Beta tidak mahu mereka berjaya melarikan diri kali ini!" arah Kira'na.

"Baik, tuanku!" balas Sai dan Shielda serentak, pasangan kembar itu sibuk menekan setiap skrin hologram yang berada di sekeliling mereka.

"Tuanku, patik dapat mengesan kedudukan kapal angkasa BBB-01!" celah Fang.

"Huh?! Di mana?!" kata Kira'na.

"Mereka berada berdekatan dengan Bio-Oil dan kita ada masalah," terang Fang.

"Masalah apa pula?" rungut Ki'rana.

"..Sepertinya mereka diserang.. lagi," balas Fang.

".. Sudah agak. Bergerak ke sana dengan segera!" arah Ki'rana.

"Baik, Tuanku!" Kaizo menerima arahan dan memecutkan kapal angkasa mereka itu.

Terlihat sebuah lagi kapal angkasa bercorakkan rama-rama mengikuti kumpulan Ki'rana.

"Adakah mereka sudah jumpa lokasi BBB-01?" kata Rimba yang merupakan salah satu daripada penumpang kapal terbang itu, mulutnya sibuk mengunyah makanan yang berada di dalam tangannya.

"Kemungkinan besar ya. Patutkah kita mengikuti mereka?" Maripos yang merupakan pemandu kapal angkasa itu melontarkan soalan kepada Beliung yang duduk tenang di sebelahnya.

"Sudah tentu, aku nak tengok kehuru-haraan yang bakal berlaku." Beliung meletakkan kakinya di atas dashboard kapal.

"Kau ni, kau ingat tak apa yang Kuputeri arahkan kita?" soal Rimba.

"Aku tahu tapi kita dapat hiburan percuma. Kenapa kita tak nikmati dahulu sebelum bantu mereka? Benar?" Beliung membalas manakala Rimba mencebikkan bibirnya dengan soalan sambil lewa Beliung itu.

"Maripos, mari kita pergi." Beliung memberi arahan.

"Heh, baiklah. Menurut perintah." Maripos terus memandu kapal angkasa mereka, mengikuti kapal angkasa milik kumpulan Ki'rana.

Sementara itu, kedengaran ngauman Ais bergema di seluruh angkasa dan hembusan ais daripada mulutnya ke setiap kapal angkasa tentera Cyberion untuk memberi laluan kepada Gempa. Ais terus menyerang Naga Cyberion sebelum ianya mahu merentap kapal angkasa Gempa dan mereka berdua mula berlawan antara satu sama lain.

Kapal angkasa yang dipandu oleh Gempa mencelah antara kapal angkasa tentera Cyberion dengan kelajuan yang tinggi. Jeritan Gopal, Ochobot dan Solar kedengaran lantang di dalam kapal angkasa setiap kali Gempa memandu kapal angkasa mereka, cuba untuk mengelak setiap kapal angkasa tentera Cyberion yang cuba membunuh mereka.

"Kau gila, Gempa! Gila!" jerit Solar.

"Gila, gila aku pun. Aku tak nak kau semua mati," gumam Gempa, tangannya pantas menekan setiap butang di atas kepalanya dan pelbagai peluru berpandu menembak kapal tentera Cyberion yang cuba menghalang hadapan matanya.

"Pegang kuat-kuat! Kita akan menjunam!" jerit Gempa tetapi tangannya dengan pantas menjunamkan kapalnya ke bawah tanpa amaran menyebabkan anak-anak kapalnya dan Solar menjerit kerana gayat.

Sungguh banyak kapal angkasa tentera Cyberion cuba mengejar kapal angkasa mereka tetapi kepakaran Gempa dalam memandu kapal angkasa, mereka tidak dapat tandingi. Ada sahaja kemampuan untuk dia mengelak daripada serangan mereka itu.

"Ais! Jangan buang masa, aku dah hampir tinggalkan mereka!" kata Gempa melalui alat komunikasi.

"Baiklah." Ais membalas dan dia terus menolak Naga Cyberion ke tepi sebelum cuba meloloskan dirinya tetapi naga itu juga mengejar Ais.

BEEP! BEEP! BEEP!

Secara tiba-tiba alat komunikasi milik Gempa berdering, mata Gempa melirik ke arah skrin hologram yang berada di sisinya dan matanya membulat apabila melihat nama pemanggil itu.

Beliung.

"Tak guna, bukan waktu sekarang kau nak telefon aku." Gempa menolak permintaan pemanggil itu dan kembali fokus kepada pemanduannya.

"Gempa, tolong!" Suara Ais melalui alat komunikasi milik Gempa, mengejutkan lelaki itu.

"Ais?!" Gempa menoleh dan ternampak Naga Cyberion mencekik Ais tanpa belas kasihan.

"Tidak! Ais! Tsk!" Gempa berdecit, dia semakin berserabut setelah melihat Ais dalam keadaan sukar untuk melepaskan diri dia.

Tentera Cyberion yang masih tidak putus asa dalam mengejar kapal angkasa dia turut membuatkan Gempa semakin berserabut.

"Gopal, pandu kapal angkasa sekarang. Aku kena selamatkan Ais," kata Gempa yang terus melepaskan stereng kapal angkasa dan keluar dari kapal angkasa. Berdiri di atas bumbung.

Gopal kelam kabut mengalihkan tempat Gempa.

"Dey! Jangan main lepas sahaja!" marah Gopal.

Wajah Gempa kelihatan sungguh ketat, dia semakin serius. Tidak seperti tadi, mata emasnya bersinar termasuk aura berwarna emas perlahan-lahan keluar dari badannya. Jarinya ditunding ke arah tentera Cyberion.

"Ini yang korang nak sangat, kan?" Gempa gumam, nafasnya ditarik dalam-dalam.

"Serangan.." Perlahan-lahan beberapa buah meteor muncul di angkasa satu per satu.

"Nanti, itu bukan ke meteor?!" Solar tercengang.

"Berundur! Berundur!" Beberapa jeritan kedengaran di dalam kapal angkasa tentera Cyberion, sepertinya mereka cuba untuk berundur.

"Hujan meteor!" jerit Gempa dan meteor jatuh ke arah tentera Cyberion seperti hujan.

Satu per satu kapal angkasa tentera Cyberion meletup kerana serangan itu termasuk Naga Cyberion turut terkena serangan itu dan melepaskan Ais.

Dengan peluang yang ada, Ais terus membekukan Naga Cyberion itu tanpa belas kasihan.

"Kau sepatutnya bertuah yang aku lepaskan kau tadi. Gempa takkan gunakan kekerasan," rungut Ais sebelun terbang ke arah Gempa.

Gempa menghentikan serangannya lalu membuka tangan kirinya dan Ais terus berubah menjadi manusia, mendarat di dalam pelukan Gempa.

"Kau okey?" Gempa memeriksa Ais.

"Aku okey je, cedera sikit. Tak ada apa-apa," balas Ais, tercungap-cungap.

Gempa dan Ais memandang ke arah kapal angkasa tentera Cyberion yang meletup satu per satu. Sekeliling mereka kembali bersih setelah tentera robot itu dimusnahkan.

Solar yang turut melihat pemandangan yang sungguh dahsyat itu melalui tingkap kapal, terkedu.

"Mari kita pergi," kata Gempa sambil melompat masuk ke dalam kapal angkasa bersama Ais.

"Korang okey ke?!" soal Yaya dengan perasaan risau.

"Kami okey je, jangan risau." Gempa membalas.

Solar menatap ke arah Gempa seketika, sepertinya sesuatu bermain di dalam fikirannya. Dia cepat-cepat menghampiri Gempa.

"Gempa, aku ada sesuatu nak cakap dengan kau.. Berdua sahaja." Solar mencelah membuatkan mereka semua terdiam.

Gempa dan Ais memandang antara satu sama lain.

".. Baiklah. Gopal, kau ambil alih." Gempa memberi arahan.

"Okey! Serahkan sahaja kepada aku!" balas Gopal dengan penuh yakin.

Gempa menganggukkan kepalanya sebelum berjalan ke arah bilik kecil yang ada di dalam kapal angkasa itu bersama Solar. Gempa dan Solar secara serentak duduk di hadapan antara satu sama lain setelah masuk ke dalam bilik itu. Perlahan-lahan aura di dalam bilik itu bertukar serius.

"Apa yang kau ingin katakan kepada aku, Solar?"

".. Sepanjang aku tengok kau dan Ais cuba loloskan diri daripada Cyberion.. Apa yang penting sangat aku ini? Sampai kau dan mereka sanggup berbunuh antara satu sama lain?" soal Solar membuatkan Gempa terdiam.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top