PROJEK 6
"Daripada riak wajah kau, sepertinya Gempa pernah memberitahu kau tentang Projek Primordial," kata Ais.
"Dia pernah kata tentang nama projek itu.. Dia kata aku salah satu daripada pecahan projek itu? Apa maksud dia?" soal Solar.
"Aku tak tahu sangat secara mendalam tentang Projek Primordial tetapi kita ini adalah uji kaji daripada pecahan dari satu kuasa Primordial atau dikira sebagai kuasa kuno oleh satu sosok yang dianggap sebagai pemimpin Puak Kubulus," terang Ais.
"Huh? Puak Kubulus? Bukan ke makhluk asing yang serang kita tadi daripada puak yang sama?" soal Solar lagi.
"Ya, aku tak ingat sangat apa jadi antara pemimpin mereka dan Puak Kubulus tetapi sepertinya Puak Kubulus memburu kita kerana kuasa kuno yang ada pada kita," balas Ais.
"Oh, okey. Sekarang aku dah faham sikit," kata Solar.
Sementara Ais dan Solar sedang sibuk berbual, tiba-tiba sebuah amaran bergema di dalam angkasa kapal mereka.
"Amaran! Amaran! Cyberion berada berdekatan! Amaran! Cyberion berada berdekatan!" Pengumuman amaran berkumandang di seluruh kapal itu.
"Cyberion?!" Ais berlari ke arah skrin hologram yang memancarkan radar di sekeliling kapal angkasa mereka, beberapa titik merah mendekati kapal angkasa mereka.
"Cyberion?! Apa pula tu?!" soal Solar.
"Apa jadi?!" Gempa menyerbu masuk apabila terdengar penggera amaran.
"Cyberion ada berdekatan!" kata Ais.
Mata Gempa membulat.
"Tak guna, bagaimana mereka dapat kesan kita?!" soal Gempa.
"Mana aku tahu! Tentera Cyberion pasti sudah mengintip kita sudah lama untuk tahu lokasi kita sekarang!" balas Ais.
"Tak boleh jadi ni. Yaya! Ying! Gopal! Masuk cepat, kita kena pergi!" jerit Gempa, dia terus berlari masuk ke dalam kokpit dan menghidupkan enjin kapal angkasa.
"Kenapa ni?! Kenapa ni?!" soal Gopal yang kelam kabut masuk ke dalam kapal bersama makanan ringan.
"Cyberion ada berdekatan, mereka pasti dapat mengesan kita semua! Duduk cepat, kita tak ada masa!" kata Gempa sambil cuba menerbangkan kapal angkasa mereka keluar dari kawasan stesen minyak itu tetapi beberapa tali memerangkap seluruh badan kapal angkasa mereka daripada terbang.
"Tak guna! Kita sudah tertangkap!" kata Gempa.
BOOM! BOOM! BOOM!
Beberapa tembakan menyerang kapal angkasa mereka menyebabkan Ais, Yaya, Ying, Gopal dan Solar memandang ke luar tingkap. Sekumpulan tentera robot menembak ke arah kapal angkasa mereka.
"Adakah itu robot?!" Solar tercengang.
"Itulah Cyberion, tentera robot zaman peperangan Primor.. hmph?!" Ochobot serta-merta diterkam oleh Yaya dan didiamkan oleh gadis itu.
"Peperangan apa?!" Solar mengerutkan dahinya.
"Ti.. Tiada apa-apa! Kau salah dengar ni," kata Yaya.
"Betul tu!" celah Ying pula.
"BBB-01, BBB-05 dan BBB-07, serahkan diri kamu! Kamu semua sudah tertangkap!" kata salah satu Cyberion yang merupakan ketua tentera robot itu.
"Jangan harap! Langkah mayat aku dulu!" bentak Gempa.
BOOM!
Pintu kapal angkasa mereka diletupkan dan beberapa tentera Cyberion mula menyerbu masuk ke dalam.
"Panahan ais!" jerit Ais sambil menembak panahan ais tepat kepada kepala tentera Cyberion menyebabkan beberapa tentera Cyberion melepaskan tembakan di dalam kapal angkasa mereka.
"Solar, berlindung!" Gopal terus menolak Solar ke lantai dan berlindung di belakang kerusi.
"Hentikan masa!" jerit Ying menyebabkan beberapa peluru terapung di udara kerana dihentikan oleh kuasanya.
Ying cepat-cepat mendekati peluru-peluru tersebut dan mengalihkan posisi peluru-peluru tersebut ke arah tentera Cyberion sebelum gadis itu memetik jarinya, kembalikan masa ke normal dan peluru-peluru itu menumpaskan tentera Cyberion dengan mudah.
"Huh?!" Solar tercengang.
"Kerja bagus, Ying! Yaya, kau boleh putuskan tali-tali tu?" arah Gempa.
"Boleh, ketua!" balas Yaya.
"Ais, lindungi Yaya!" kata Gempa.
"Serahkan sahaja kepada aku." Ais terus melompat keluar daripada kapal bersama Yaya, lelaki itu menembak tentera Cyberion tanpa belas kasihan sementara Yaya memutuskan tali yang memerangkap kapal mereka.
"Graviti pemberat!" jerit Yaya lalu kesemua tentera Cyberion jatuh tersembam ke atas tanah.
"Ketua, kita boleh pergi!" kata Yaya sambil terbang masuk ke dalam kapal angkasa manakala Ais melompat masuk.
"Baiklah!" Gempa terus menerbangkan kapal angkasa mereka keluar daripada kawasan stesen minyak itu.
"Sasaran cuba melarikan diri! Mulakan plan B!" kata Ketua Cyberion melalui alat komunikasinya.
"Kita dah selamatkan?" soal Gopal.
"Mungkin ya, mungkin tidak. Kita masih kena berhati-hati kerana kita belum.. Ugh?!" Gempa hilang keseimbangan kapal angkasa mereka apabila sesuatu melanggar kapal angkasa mereka daripada bawah menyebabkan kapal angkasa mereka berputar.
"AHHHH!" Menjerit mereka semua apabila mereka berputar seperti pakaian di dalam mesin basuh.
"Gempa, hentikan putaran ni! Kepala aku pening!" jerit Ais.
"Aku tengah cubalah ni!" jerit Gempa sambil cuba menghentikan kapal angkasa mereka berputar.
Setelah beberapa saat berputar, akhirnya kapal angkasa mereka kembali mendapat keseimbangan. Habis terbaring Yaya, Ying, Gopal, Solar, Ais dan Ochobot di atas lantai kerana pening.
"Semua okey?" soal Gempa.
"O..O.. Bluergh?!" Belum Solar dapat menghabiskan ayatnya, segala isi perutnya terkeluar daripada mulutnya.
"Sabar ya, Solar." Gopal menepuk belakang Solar.
"Apa benda yang langgar kita tadi?!" soal Ochobot.
"Aku pun tak tahu," balas Gempa, matanya melilau memandang ke luar kapal angkasa sebelum bayangan yang sungguh besar menghalang pandangan mereka.
"Uhh.. Tuan Gempa?" sapa Ochobot.
Gempa memandang ke arah hadapan dan matanya membulat apabila beberapa buah kapal angkasa milik tentera Cyberion dan naga robotik gergasi berterbangan di hadapan kapal mereka.
"Habislah kita," kata Gopal dengan nada pasrah.
"Haiya! Kita tiada masa untuk menyerah!" marah Ying.
"Dey! Tengok depan kita ni, ini amaran maut untuk kita tahu tak?!" marah Gopal pula.
"… Ais, bersiap sedia." Wajah Gempa berubah semakin serius.
".. Mengikuti arahan," kata Ais lalu dia melompat keluar daripada kapal dan memanjat ke atas bumbung kapal angkasa.
"Apa jadi ni?! Kenapa Ais kat atas bumbung?!" soal Solar.
"... Ini adalah salah satu tugas Ais," balas Gempa.
"Huh?"
"Jika kita mahu keluar daripada sini dengan mudah, cuma Ais boleh lakukannya."
Mata biru laut milik Ais bersinar, wajah Ais semakin serius. Tangannya menyentuh bumbung kapal angkasa sebelum satu bulatan sihir yang bersinar muncul di bawahnya.
"Naga Ais!" jerit Ais sebelum badannya perlahan-lahan menjadi naga biru yang sungguh besar.
"Naga Ais?!" Solar semakin tercengang, keadaan sekarang membuatkan Solar terkedu kerana situasinya sungguh luar daripada akal fikirannya.
"Pakai tali pinggang dan pegang kuat-kuat! Aku akan bawa kapal ini ikut rentak Ais dan ianya takkan selesa!" kata Gempa menyebabkan mereka semua kelam-kabut ke tempat masing-masing.
"Kenapa tiba-tiba aku rasa tak sedap hati?" kata Solar.
"Aku pun," balas Gopal.
"Komputer, tingkatkan kelajuan enjin ke maksimum!" arah Gempa.
"Arah diterima, kelajuan enjin ditingkatkan ke maksimum."
"Ais, sekarang!" jerit Gempa.
Ais terus terbang ke arah Naga Cyberion dengan ganas manakala Gempa terus menerbangkan kapal angkasa mereka ke arah kapal angkasa tentera Cyberion menyebabkan Yaya, Ying, Ochobot, Gopal dan Solar menjerit ketakutan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top