PROJEK 4

"Kita kena cepat ke kapal, semua sudah berada di sana?" kata Gempa sambil kakinya dengan pantas berlari di sepanjang taman perumahan itu.

"Sudah, ketua." Yaya membalas.

"Apa yang terjadi sebenarnya ni?! Kenapa Yaya boleh terbang dan kau siapa?!" jerit Solar kerana dia tidak dapat memproses apa yang dia hadapi sekarang.

"Aku adalah Gempa, salah satu pecahan Projek Primordial dan kau salah satunya. Sekarang ini diri kau dalam bahaya. Aku akan bawa kau ke sesuatu tempat yang selamat."

"Sudah tentu aku dalam bahaya! Kau tak nampak ke raksasa-raksasa tu?! Apa benda tu?!" balas Solar lagi.

"Itu adalah Raksasa Mutasi daripada puak Kubulus," terang Gempa.

"Dan apa itu puak Kubulus?!"

BOOM!

Seekor raksasa mutasi gergasi mendarat di hadapan mereka berempat menyebabkan Gempa dan Yaya berhenti secara mengejut.

"Be..Besarnya! Tapi dia warna ungu, adakah dia raksasa yang sama?!" Solar tercengang kerana raksasa mutasi kali ini dua kali ganda besar.

"Ketua, lari! Biar saya uruskan!" kata Yaya sambil menghempus penumbuknya ke tanah dan dinding graviti berwarna merah jambu muncul di hadapan mereka sebagai pelindung.

".. Hati-hati," kata Gempa lalu dia terus berlari arah bertentangan, meninggalkan Yaya.

"Hoi, kau tak patut tinggal Yaya seorang diri lawan benda tu!" marah Solar.

"Dia tahu apa yang dia buat, aku tak sewenang-wenangnya tinggal dia macam tu."

Mendengar kata-kata Gempa itu membuatkan Solar tertanya-tanya. Adakah gadis bertudung itu sangat kuat sehingga Gempa percaya membiarkan dia seorang diri melawan raksasa itu?

"Cuma satu sahaja, kau tak gentleman tinggal perempuan seorang diri lawan benda tu." Solar masih tidak berpuas hati.

"Apa-apa sahaja, aku tahu kekuatan pasukan aku." Gempa terus melompat tinggi ke atas bumbung.

"Egh.. BBB-01, mungkin saya tak dapat bertahan sangat." Tiba-tiba Amato bersuara.

".. Bertahan, Encik Amato. Kita sikit lagi akan sampai," kata Gempa, dia melajukan pergerakkan dia dan menuju ke padang bola.

Di padang bola, terlihat Ais, Ochobot dan Gopal sibuk membaiki kapal angkasa milik mereka.

"Aku rasa tiada lagi kerosakan." Ochobot memeriksa setiap inci badan kapal angkasa itu.

"Baiklah, mari kita hidupkan dia." Ais memasuki kokpit kapal angkasa dan cuba menghidupkan enjin kapal angkasa.

Perlahan-lahan enjin kapal angkasa berbunyi, pada mulanya kedengaran semput tetapi enjin tersebut mula berbunyi dan kapal angkasa itu mula terapung beberapa inci.

"Yeah, berjaya!" jerit Gopal dengan gembira.

"Terbaiklah!" jerit Ais gembira juga.

BOOM!

Tiba-tiba satu bunyi benda terhempas di luar kapal angkasa mengejutkan Ais, Ochobot, Gopal dan Ying.

"Bunyi apa tu?!" soal Ochobot.

"Huh? Ketua!" Ying yang terlebih dahulu ternampak Gempa melalui tingkap kapal angkasa, melambaikan tangannya.

"Semua dah baiki?" soal Gempa sambil menjejak masuk ke dalam kapal.

"Sudah, ketua!" kata Gopal dan Ying serentak.

"Egh.. Kepala aku," celah Solar, matanya terasa berpinar-pinar setelah lama didukung oleh Gempa.

"Huh? Ketua berjaya dapat Solar!" kata Ying dengan gembira.

"Cayalah, ketua!" puji Gopal pula.

"Ying, sediakan beg rawatan kecemasan sekarang." Gempa terus memberi arahan.

"Huh?! Kenapa?!" Ying terkejut.

"Encik Amato tercedera," balas Gempa, dia melepaskan Solar manakala tangan menekan butang pada dinding kapal angkasa dan sebuah katil muncul di tengah ruangan.

"Apa, Encik Amato tercedera?!" Gopal membulatkan matanya.

"Sebab raksasa mutasi itu serang dia dahulu." Gempa perlahan-lahan meletakkan Amato di atas katil.

"Ini beg rawatannya, ketua." Ying menghulurkan satu beg berwarna merah.

Gempa terus mengambil beg itu dan meletakkannya di atas katil, dia dengan pantas menggoyakkan baju Amato dan memandang luka pada perut Amato. Matanya membulat, luka pada perut Amato bertukar hitam dan urat hitam merebak di seluruh badannya.

"Apa jadi, ketua?" Ying yang menyedari riak wajah Gempa, bertanya.

"Antidot, kita perlukan antidot!" Gempa mahu mengorak langkah untuk mencari antidot tetapi lengannya direntap oleh Amato.

"Ka..Kamu tak perlu beri antidot tu," kata Amato dengan lemah.

"Apa?! Ayah tidak patut cakap macam tu!" cantas Solar.

"Ma..Maaf, Solar. Mungkin antidot tu tidak mampu rawat ayah lagi," kata Amato.

"Apa yang ayah cakap ni?! Kita cuba dulu, kita takkan tahu!" marah Solar.

"Maafkan ayah, Solar. Ayah tahu luka ini tidak dapat hilang selamanya dan antidot tu lebih penting untuk kamu semua daripada ayah yang sudah tua ini. Mungkin masa ayah sudah tiba, misi ayah sudah selesai. Sudah selesai melindungi kamu," kata Amato, mengejutkan Solar.

".. A.. Apa maksud ayah?"

"Solar.. Ayah.. Bukan ayah kandung kamu.. Ayah cuma tentera yang bertugas untuk melindungi kamu," kata Amato, membongkar rahsia yang sungguh besar.

"Ayah.. Adakah kepala ayah terhantuk mana-mana?! Tak mungkin ayah bukan ayah kandung Solar," kata Solar, dia tidak percaya dengan kata-kata ayahnya itu.

"Maafkan ayah, itu perkara sebenar tetapi ayah tetap sayang kamu seperti anak ayah sendiri sejak kali pertama kita jumpa." Amato perlahan-lahan mengusap pipi Solar.

"Ayah, janganlah mengarut! Ayah!" Solar mula teresak-esak, hatinya terasa sakit melihat ayahnya dalam kesakitan.

"Gempa, itu nama kamu kan?" Amato memandang ke arah Gempa.

"Ya, saya."

"Boleh saya meminta permintaan terakhir?" soal Amato, perlahan-lahan luka pada Amato bertukar menjadi retak dan mula menjadi debu.

"Cakaplah, saya akan turutkan."

"Tolong jaga Solar untuk saya?"

"Baiklah, aaya akan tunaikan."

"Terima kasih kerana menerima saya untuk menjaga Solar, saya berbangga dalam berbakti pada Projek Primordial. Menjadi salah satu tentera bawah pemilik kamu," kata Amato, tangannya yang menggigil mengambil sesuatu di dalam poketnya dan menghulurkan alat komunikasinya di atas telapak tangan Gempa.

"Dan Solar?" Amato mengalihkan pandangannya.

Solar yang sudah menangis teresak-esak hanya mampu memandang ke arah Amato.

"Dengar cakap Gempa ya? Jaga diri kamu baik-baik. Jadi kuat ya? Ayah tahu kamu merupakan satu-satunya yang mampu mengubah takdir sekarang ini, ayah percaya dengan kamu dan ayah sayang sangat dengan kamu." Amato mengusap air mata Solar.

"So..Solar sayang ayah juga," ucap Solar dengan nada teresak-esak.

"Baiklah. Dengan ini, bahawa saya, Kadet A-41221. Ingin menamatkan misi saya," kata Amato.

"... Permintaan ditunaikan," balas Gempa.

"Selamat tinggal, Solar." Amato tersenyum lebar buat kali terakhir kepada Solar bersama air mata yang mengalir di matanya, perlahan-lahan seluruh badannya berubah menjadi debu.

"Tidak, tidak! Ayah jangan tinggalkan Solar! Tidak! Ayah! Ayah!" rayu Solar yang cuba mencapai tangan Amato tetapi ianya terlambat, seluruh badan Amato menjadi debu hitam.

Solar terkaku melihat ayahnya sudah meninggalkan dia, air mata semakin banyak mengalir keluar dan perlahan-lahan raungan terlepas daripada mulutnya manakala Gopal cuba menenangkan dia.

Ais, Ochobot dan Ying hanya mampu menundukkan kepala mereka. Perasaan suram dan sedih menyelubungi ruangan itu dengan tangisan Solar manakala Gempa menatap alat komunikasi milik Amato yang berada di dalam genggaman dia.

".. Selamat tinggal, A-41221."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top