PROJEK 37
"Solar, duduk di bulatan tengah itu!" arah Tok Kasa dalam keadaan tergesa-gesa.
"Ba..Baik." Sosok menyerupai Solar itu mengikuti arahan Tok Kasa dan duduk di bulatan itu.
"Kamu bertahan ya? Ini akan sakit," kata Tok Kasa sambil mencucuk hujung jari sosok menyerupai Solar itu sehingga berdarah.
Sosok itu mengerang kesakitan dan darahnya jatuh ke dalam bulatan itu.
"Tolonglah, kunci kuasa dia untuk keselamatan." Tok Kasa menggumam.
"Ahhh?!" Sosok menyerupai Solar itu menjerit kesakitan dan badannya terasa terapung, perlahan-lahan cahaya keluar daripada badannya dan cahaya itu masuk ke dalam pintu gerbang itu.
BOOM!
Satu lagi letupan yang kuat menyerang makmal itu sehingga bahagian bumbung mula runtuh ke arah mereka.
"Tanah pelindung!" jerit Gempa lalu tanah pelindung melindungi mereka semua.
Badan sosok yang menyerupai Solar itu perlahan-lahan mengecil seperti anak kecil sebelum pintu gerbang itu serta-merta tertutup rapat. Keadaan makmal semakin tidak stabil dikala banyak lagi serangan berat menyerang makmal itu secara bertubi-tubi.
"Bawa lari Solar sekarang, kita tiada masa!" Tok Kasa terus memberikan sosok menyerupai Solar itu kepada Gempa.
"Huh?! Bagaimana dengan Tok Kasa?! Kita patut lari sama-sama!" Gempa terkejut.
"Tak boleh! Tok kena tinggal di sini untuk lindungi kamu dan Solar. Kamu ingat A-41221? Dia akan bantu kamu untuk keluar daripada sini," ucap Tok Kasa.
"Saya tak mahu tinggalkan Tok Kasa di sini." Suara Gempa kedengaran sedih.
"Maafkan atok, Gempa. Ini tugas tok untuk lindungi kamu semua, larilah. Ingat lagi semasa kita bermain sembunyi? Pergilah sembunyi, atok akan kira sehingga sepuluh." Tok Kasa mengusap wajah Gempa yang sedang menahan tangisan itu.
"Ta.. Tapi, tok." Gempa memeluk sosok menyerupai Solar itu dengan erat.
"Nanti, memori ini." Solar tersedar sesuatu.
"Pergi! Pergi! Kamu tiada masa lagi! Dan kamu jangan menoleh belakang!" Tok Kasa terus menolak Gempa ke arah pintu yang terbuka luas.
"Kasa! Berikan aku kuasa abadi itu!" Bergema suara Retak'ka, mengejutkan mereka semua.
BOOM!
Retak'ka menerobos masuk, merobohkan sebahagian dinding makmal itu menyebabkan Gempa terus berlari keluar daripada makmal itu bersama Solar.
"Re..Retak'ka! Kau yang membuka pintu gerbang itu, kan?! Adakah kau berpuas hati dengan apa yang kau lakukan sekarang ini?!" Tok Kasa menatap ke arah Retak'ka dengan tajam.
"Puas hati? Puas hati?! Oh, belum lagi sehingga aku dapat kuasa abadi itu! Tetapi sebelum itu, nyawa kau bakal jadi milik aku," balas Retak'ka.
"Egh?!" Tok Kasa tidak dapat menggerakkan badannya, seperti sesuatu menahan dia daripada bergerak.
"Agh?!" Tok Kasa menjerit kesakitan dikala dadanya ditikam oleh Retak'ka menggunakan tangan.
Jeritan Tok Kasa itu membuatkan Gempa terus menoleh secara refleks.
"Tok Kasa! Tidak! Tidak!" raung Gempa, terus melutut lelaki itu apabila melihat kejadian yang berada di hadapan matanya.
"To.. Tok sudah cakap jangan menoleh," gumam Tok Kasa sebelum rebah ke tanah.
"Tok Kasa.. hiks.. hiks.."
Air mata berjurai membasahi wajah Gempa, tangannya memeluk erat badan kecil sosok yang menyerupai Solar itu dengan erat.
Walaupun Solar tahu apa yang bakal berlaku tetapi hatinya terasa sempit dikala segala misteri tentang dirinya terbongkar sedikit demi sedikit.
"Gempa! Gempa! Apa yang kau buat kat situ?!" Tiba-tiba satu suara lagi menarik perhatian Solar.
"Gempa, bangun!" Kelihatan Ais berlari ke arah Gempa dan menarik tangan Gempa untuk bangun.
"Gempa, bangun! Gempa! Kita kena lari sekarang!" jerit Ais.
Gempa menganggukkan kepalanya dan berdiri untuk berlari.
"Kau fikir kau boleh lari begitu sahaja?!" tempik Retak'ka yang meluru ke arah Gempa.
"Huh?! Dinding ais!" jerit Ais lalu dinding ais menghalang Retak'ka.
Gempa dan Ais cepat melarikan diri sebelum Retak'ka memecahkan dinding ais itu.
"Kejar mereka sekarang!" tengking Retak'ka lalu beberapa ekor raksasa mutasi mula mengejar mereka berdua.
Gempa dan Ais berlari di dalam hutan yang sudah terbakar, fikiran mereka sekarang ini untuk keluar daripada hutan dengan selamat tetapi harapan mereka hancur apabila semakin banyak raksasa mutasi mengepung mereka membuatkan mereka bersembunyi di sebalik batu yang besar. Mereka berharap yang raksasa-raksasa itu menghilang tetapi sesuatu bermain di dalam fikiran.
"Ais, bawa Solar ke A-41221." Gempa terus memberi Solar kepada Ais.
"Huh?! Kau nak buat apa, Gempa?!" Ais terkejut.
"Aku ambil alih perhatian mereka. Pergi!" kata Gempa.
"Tapi bagaimana dengan kau?!" soal Ais.
"... Sia-sia sahaja hidup aku kalau orang yang aku sayang mati, kan?" Air mata kembali membasahi wajah Gempa.
"Gempa... Jangan fikir begitu. Kau masih ada aku dan Solar," balas Ais sambil mengelap air mata Gempa.
"Kau perlu jaga Solar seperti Tok Kasa mahukan. Tok Kasa sudah jaga Solar dengan baik dan sekarang giliran kau pula. Janji dengan aku, kau kena kuat untuk Solar." Ais memujuk Gempa.
".. Ba.. Baiklah tetapi aku biarkan kau dan Solar pergi dulu. Aku akan ambil alih perhatian mereka. Pergi," kata Gempa.
".. Baiklah, hati-hati. Aku akan tunggu kau." Ais mengikuti arahan Gempa dan terus berlari bersama Solar.
Gempa memunculkan lembing batunya dan keluar daripada tempat persembunyian, cuba untuk mengambil alih raksasa-raksasa itu.
"Hei, di sini! Kejar aku!" jerit Gempa sambil berlari arah bertentangan daripada Ais dan raksasa-raksasa itu mengikuti dia.
Gempa melawan raksasa-raksasa itu dengan segala tenaganya. Pelbagai perasaan menyelubungi dirinya terutama marah dan sedih.
"Aku tak akan benarkan kau hancurkan tempat ini, tak guna! Aku benci kau! Kau hancurkan rumah aku!" jerit Gempa sambil tangannya masih menghapus raksasa mutasi yang masih menyerang dia tanpa henti.
"Agh?! Ugh?!" Gempa tercampak dikala raksasa yang besar menyerang dia dan menghempap badannya.
"Ta.. Tak guna!" Gempa menikam lembingnya di badan raksasa itu.
"Grahh?!!" Raksasa itu menjerit kesakitan sebelum menggigit perut Gempa dengan kasar.
"Aghhh?!!" Gempa menjerit kesakitan kerana gigitan itu.
"Huh?! Gempa!" jerit Solar.
"Tak guna! Ceracak tanah!" jerit Gempa lalu ceracak tanah itu menikam seluruh badan raksasa itu.
Gempa cepat-cepat melepaskan dirinya dan kembali berlari dalam keadaan cedera teruk. Gempa memastikan kesemua raksasa-raksasa itu tidak mengikuti dia lagi sebelum dia pergi ke Ais.
Situasi sekali lagi berubah di seluruh Solar menunjukkan Gempa sedang menguruskan lukanya di dalam sebuah bilik secara rahsia.
"A.. Apa yang aku perlu buat? Apa yang aku perlu buat?" gumam Gempa dalam perasaan cemas, dia tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya mampu menangis dalam ketakutan.
"Gempa.." Solar mendekati Gempa dan cuba mengusap kepala lelaki itu.
Badan Gempa itu perlahan-lahan hilang seperti ditiup angin dan keadaan berubah lagi, menunjukkan Gempa duduk di sebelah badan kecil sosok menyerupai Solar yang masih tidak sedarkan diri.
"Maafkan aku. Maafkan aku sebab perjumpaan kita sekejap sahaja, aku sudah menjumpai planet yang selamat untuk kau. Solar. Aku harap kau dapat hidup tenang di sana," kata Gempa seorang diri.
"A.. Aku akan sentiasa lindungi kau daripada jauh supaya tiada sesiapa dapat jumpa kau. Mulai esok, hiduplah bahagia. Akan aku cipta kawan-kawan yang bakal melindungi kau di sana." Gempa menghiris tangannya sendiri sehingga berdarah sebelum memegang tangan sosok yang menyerupai Solar itu.
"Suatu hari nanti kalau harinya sudah tiba, aku akan mengambil kau semula. Aku janji," ucap Gempa lalu tangan Solar dan tangannya bersinar, rantai terikat di tangan mereka sebelum menghilang.
"Sepanjang kau di sana, aku akan cuba cari antidot untuk menyembuh luka aku. Aku tak mahu kau lihat aku seperti ini," ucap Gempa.
Solar tidak mampu berkata apa-apa dan terus memeluk Gempa, air mata membasahi wajahnya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top