PROJEK 36
"Solar!"
"Solar!"
Suara samar-samar kedengaran di gegendang telinga Solar membuatkan dia perlahan-lahan membuka matanya. Cahaya putih menyilaukan mata Solar membuatkan lelaki itu melindung matanya menggunakan tangannya sendiri, dia perlahan bangun di posisi duduk. Solar memandang sekeliling.
"Tempat apa ini?" gumam Solar.
Dia sekarang ini berada di sebuah yang sekelilingnya adalah langit biru dan bunga putih memenuhi lantai ruang itu.
KRAK!
Tiba-tiba ruangan itu perlahan-lahan merekah dan bergegar menyebabkan Solar ketakutan.
"A.. Apa jadi ni?!" Solar memandang sekeliling.
Rekahan yang besar mula menghampiri Solar membuatkan lelaki itu cepat-cepat bangun dan cuba melarikan dirinya daripada lantai yang mula merekah dengan sangat besar dan runtuh satu per satu.
"Tidak! Tidak! Ahhh!!" Solar terus terjatuh ke dalam rekahan itu, jatuh ke dalam jurang yang sungguh dalam.
"Ugh?!" Solar terjatuh di atas timbunan patung-patung bersaiz manusia dewasa.
Solar memanjat keluar daripada timbunan patung-patung itu dengan nafas tercungap-cungap.
"Patung apa ni?" Solar menyentuh salah satu daripada patung itu dan dia menjerit ketakutan apabila kepala patung itu kelihatan sama dengan dia.
"Kau tak guna!" Jeritan garau seseorang mengejutkan Solar dan dia memandang ke arah pemilik suara itu.
Pemilik suara itu agak berumur tetapi mempunyai ketinggian yang tinggi, Solar mengenali dia sebelum ini.
"Bu.. Bukankah itu lelaki yang bunuh Tok Kasa?" Solar terkedu.
"Tolonglah jangan bunuh aku, tuan! Tolonglah! Aku merayu!" Seseorang melutut dan merayu di hadapan lelaki itu.
"Siapa itu?" Solar perlahan-lahan mendekati mereka dengan berhati-hati sepertinya mereka berdua tidak menyedari kehadiran Solar.
Solar terkedu dan matanya membulat apabila dia melihat wajah sosok yang sedang merayu. Sosok itu mempunyai warna mata hampir sama dengannya dan pelbagai rekahan di seluruh badannya.
"Egh?!"
Sosok itu dicekik oleh lelaki di hadapannya, perasaan marah menyelubungi lelaki itu.
"Kuasa kau langsung tidak memberi aku mahukan! Kau sama sahaja dengan prototaip yang lain! Aku ambil projek kau untuk dapatkan kuasa abadi itu tetapi kau tidak berguna!" marah lelaki itu sambil dia menghempas badan sosok itu dengan keras.
"Ahh!! Ma..Maafkan aku, tuan! Maafkan aku!" rayu sosok itu.
"Berhenti! Apa yang kau buat?!" jerit Solar, dia sakit hati melihat sosok yang menyerupai dia diseksa sebegitu tetapi jeritannya tidak didengari.
"Tak guna. Aku buat semua ini dan kerja ini sia-sia sahaja! Tiada yang berguna langsung!" marah lelaki itu sambil mencampak badan sosok itu seperti patung.
"Ke.. Kenapa kau sekejam ini?!" marah Solar.
BOOM!
Pintu terbuka secara dihempas mengejutkan Solar, lelaki itu dan sosok yang menyerupai Solar itu.
"Retak'ka, apa yang kau dah buat?! Kau tidak patut buat ini!" Seorang lelaki berumur menyerbu masuk ke dalam makmal Retak'ka.
"Tok Kasa?" gumam Solar.
"Suka hati akulah dengan apa yang aku mahu lakukan! Ini projek aku! Kau, kau uruskan projek kau tu! Layanlah anjing kau kesayangan kau tu!" balas Retak'ka.
"Jangan kau berani kata Gempa seperti anjing?! Layanan aku terhadap Gempa lebih baik daripada kau, kau layan budak ini seperti mainan! Apa yang kau dapat dengan menyeksa dia ni?! Ini bukan dalam perjanjian kita! Aku akan ambil alih projek kau!" Tok Kasa melawan.
"Huh?! Ambil alih projek aku?! Dalam mimpi, aku tak benarkan! Lebih baik kau balik sahaja! Aku tak benarkan sesiapa tahu pasal ini!" Retak'ka melawan pula.
"Sudah terlambat, Retak'ka. Kami semua sudah tahu," celah seorang wanita berambut merah.
"Huh? Siapa?" Solar keliru apabila beberapa lagi saintis berbaju putih datang ke tempat itu bersama beberapa orang tentera lengkap bersenjata.
"Tangkap dia," arah wanita berambut merah itu.
"Baik, Nenda Ratu." Tentera-tentera itu terus menangkap Retak'ka.
"Lepaskan aku! Ini projek aku! Kau tak boleh hentikan aku!" Retak'ka melawan.
"Beta kecewa dengan kamu, Retak'ka. Kamu melanggar segala perjanjian antara kita. Mulai sekarang, kamu bukan lagi sebahagian daripada kami. Kamu dipecat," kata wanita itu dengan tegas.
"Ka..Kau! Kau tak guna! Aku pastikan kau semua akan menyesal! Aku akan ambil apa yang merupakan milik aku! Aku akan buat kau semua menyesal! Kau dengar tu?!" tengking Retak'ka sebelum tentera-tentera itu membawa dia pergi.
"Kasa, BBB-07 akan jadi bawah jagaan kamu mulai sekarang." Wanita itu mengalihkan pandangannya ke arah Tok Kasa.
"Junjung perintah, tuanku." Tok Kasa menunduk hormat.
"Nanti, BBB-07? Jadi dia," fikir Solar, matanya memandang lama ke arah sosok yang menggigil ketakutan dan menangis teresak-esak itu.
"Tengoklah kamu." Tok Kasa mendekati sosok itu membuatkan sosok itu tersentak dan berundur ke belakang kerana ketakutan.
"Kamu tak perlu risau, tok akan jaga kamu elok-elok. Ya? Kamu akan ada kawan-kawan baru. Gempa dan Ais pasti gembira untuk berjumpa dengan kamu," pujuk Tok Kasa sambil tangannya menggosok kepala sosok itu dengan lembut.
Tok Kasa dan sosok itu perlahan-lahan hilang, membuatkan Solar terkebil-kebil.
"A.. Adakah ini memori lama aku? Kenapa aku tak ingat semua ini?" fikir Solar.
"Tu..Tuan Retak'ka! Kita sudah tiba!" Satu suara mengejutkan Solar daripada lamunannya, sekelilingnya berubah menjadi tapak bekas medan perang.
"Tempat apa pula ini?" gumam Solar.
"Jadi inilah Pintu Gerbang Sumpahan Celestia? Menarik." Retak'ka tersenyum sinis.
"Pintu Gerbang Sumpahan Celestia?!" Solar terkejut.
"Tuan pasti ke tentang ini?" soal anak buah Retak'ka dengan perasaan teragak-agak.
"Aku sudah pasti! Dunia ini bakal jadi milik aku dan kuasa primordial terutama kuasa abadi itu bakal jadi milik aku selamanya! Tiada sesiapa boleh hentikan aku lagi!" kata Retak'ka.
Retak'ka menaburkan debu berwarna hitam di hadapan pintu gerbang itu, membentukkan beberapa bulatan.
"Aku bernasib baik untuk simpan darah-darah prototaip Primordial," kata Retak'ka sambil menitik tujuh jenis darah ke setiap bulatan itu.
Bulatan itu serta-merta bercahaya dan pintu gerbang itu perlahan-lahan terbuka luas.
"Hahaha! Ya! Bukalah untuk aku! Mari bantu aku takluki seluruh dunia buat selamanya!" Retak'ka ketawa jahat.
Penglihatan Solar menjadi gelap daripada kuasa pintu gerbang itu sebelum sekelilingnya sekali lagi berubah.
"Abang Gempa, apa ini?" Suara seseorang mengalihkan pandangan Solar.
"Ini? Ini adalah Planet Baraju, di mana Abang Ais sepatutnya tinggal." Sosok yang menyerupai Gempa membalas.
"Gempa?" gumam Solar, dia dapat melihat dirinya yang dahulu semakin membaik dan dilayan baik oleh Gempa.
"Tapi, kenapa Abang Ais tak balik ke planet dia?" soal sosok menyerupai Solar itu.
"Sebab Abang Ais selesa duduk di sini dengan kita," kata Gempa sambil tersenyum lembut.
BOOM! BOOM! BOOM!
Secara tiba-tiba sesuatu yang menyerang mereka secara bertubi-tubi sehingga sekeliling mereka bergegar.
"A..Apa yang jadi ni?!" soal sosok yang menyerupai Solar, dia mula ketakutan.
"Gempa! Kita kena kunci kuasa Solar, sekarang!" Tok Kasa menyerbu masuk dalam keadaan tergesa-gesa.
"Huh?! Apa yang terjadi ni, Tok Kasa?!" soal Gempa.
"Ka.. Kami sudah tahu siapa yang membuka pintu gerbang itu! Ianya Retak'ka dan dia cuba serang kita sekarang!" balaa Tok Kasa.
"Huh?!" Gempa terkejut.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top