PROJEK 34

"Ahhh?!! Ugh?! Agh?!"

"Agh?! Belakang aku?!"

Pelbagai jeritan daripada Gempa, Ais, Yaya dan Ying dikala mereka berempat terjatuh di atas lantai dengan sangat keras.

"Dahlah terseliuh tadi, belakang aku pula sakit." Ais merintih kesakitan.

Gempa perlahan-lahan bangun dan mencapai lampu suluh yang terlepas daripada tangannya, dia tersentak dikala dia tersuluh pada tengkorak yang tersandar di dinding.

"A.. Adakah itu tengkorak?" celah Ying.

"Sepertinya ya. Ada orang lain pernah masuk ke sini ke?" kata Yaya.

"Mungkin ya. Tempat ini ada dokumen-dokumen yang penting, pasti ramai mahukannya dan risikokan nyawa masing-masing." Gempa membalas sambil menyuluh siling.

"... Sepertinya kita terperangkap," sambung Gempa.

"Huh?! Bagaimana kita nak keluar daripada sini?!" kata Ais.

"Aku tak pasti tapi aku rasa Solar, Gopal dan 04 jatuh dalam perangkap yang sama," kata Gempa.

"Nanti, ketua. Ochobot hilang juga!" celah Yaya.

"Ah, sudah."

"Tuan Gempa? Tuan Gempa dengar aku tak?" Tiba-tiba suara Ochobot bergema di dalam alat komunikasi milik Gempa.

"Ocho?! Kau ada di mana?!" soal Gempa.

"Aku ada di tempat Tuan Gempa jatuh, aku nak kejar tuan tadi! Tapi boom! Tiba-tiba lubang itu tertutup!" balas Ochobot.

"Nasib baiklah kau selamat." Gempa menghela nafas lega.

"Tuan Gempa tidak apa-apa ke?! Patut ke aku guna kuasa teleportasi aku?" soal Ochobot secara bertubi-tubi.

"Tidak perlu, simpan tenaga kau. Kapal baru kita tidak mempunyai tempat untuk cas kau. Kau tunggu di mana-mana sehingga kami berjaya mencari jalan keluar," bantah Gempa.

"Baiklah. Hati-hati, Tuan Gempa."

"Baiklah, aku akan." Gempa membalas.

"Jom, kita cari Solar dan cari jalan keluar." Gempa berjalan mendahului mereka.

"Baiklah."

Sementara itu, terlihat Solar, Blaze dan Gopal berjalan-jalan di dalam ruangan yang sempat dan gelap.

"Kita kat mana? Aku takutlah," kata Gopal.

"Aku rasa ini perangkap. Bagaimana aku boleh lupa tempat ini ada perangkap?" rungut Blaze seorang diri.

"Jadi kita tak boleh keluar daripada sini buat selamanya?!" kata Gopal.

"Kenapa cakap macam tu? Aku pasti ada jalan keluar daripada sini," celah Solar.

"Dey! Kalau dia lupa kalau tempat ini ada perangkap, pasti dia lupa jalan keluar! Kan?!" balas Gopal dengan perasaan cemas.

"... Aku cuba untuk ingat," kata Blaze.

"Tengok! Matilah kita kalau macam ni. Selamat tinggal, makanan Bumi. Aku akan merinduimu," kata Gopal sambil melutut di atas lantai.

"Ish, drama lebih je kau ni." Solar menatap datar ke arah Gopal.

"Solar?! Solar?!" Tiba-tiba suara bergema memanggil Solar tidak jauh daripada mereka.

"Huh? Itu bukan ke suara.."

Solar tidak dapat menghabiskan ayatnya apabila cahaya daripada lampu suluh menyilau matanya.

"Huh?! Solar! Gopal!" jerit Gempa, Ais, Yaya dan Ying secara serentak.

"Ketua!" Gopal terus berlari ke Gempa dalam tangisan gembira dan memeluk Gempa dengan erat.

"Korang pun jatuh dalam perangkap sama ke?!" soal Solar.

"Mungkin ya," balas Ais.

"Korang ada cedera ke apa?" soal Yaya pula.

"Tiada," balas Solar.

"Baguslah." Yaya menghela nafas lega.

"Sudah, jom kita keluar daripada sini." Gempa berjalan mendahului mereka semua.

"Kau tahu ke tentang perangkap ini?" soal Ais kepada Blaze.

"Ya tapi aku lupa yang perangkap ini wujud," balas Blaze.

"Jadi kau tahu jalan keluarnya?" soal Ais lagi.

"Aku tak pasti yang aku ingat kesemuanya dan seingat aku, perangkap ini adalah maze."

"Apa?! Maze?!" jerit Gopal, Yaya, Ying, Ais dan Solar secara serentak.

"Ish! Jangan menjeritlah! Sakit telinga aku!" marah Blaze sambil menggosok telinganya yang terasa berdesing.

"Kalau maze, susahlah kita nak cari jalan!" kata Yaya.

"Kalau kita berpecah? Macam mana?" soal Gopal.

"Gila apa nak berpecah? Kita tak tahu apa yang ada di sini," celah Ais.

"Kita jalan sahaja. Kita akan tanda jalan yang kita sudah lalu dengan ini," kata Gempa sambil mengeluarkan kapur daripada begnya.

"Oh, kau bawa kapur?!" kata Solar.

"Aku fikir kita akan sesat di dalam hutan tapi tak sangka kita akan sesat di dalam maze pula," balas Gempa.

"Kalau macam tu, jom kita cari jalan keluar!" kata Solar.

Mereka bertujuh mula mengorak langkah, mereka berjalan di setiap lorong yang agak sempat dan gelap itu. Gempa menanda dinding lorong dengan kapur untuk menanda arah jalan mereka supaya mereka tidak sesat.

"Kita cuma nak ambil dokumen penting, tiba-tiba jadi macam ni pula. Susahlah macam ni," rungut Gopal.

"Kau diam boleh tak? Asyik-asyik merungut," marah Blaze.

"Dey, diamlah kau! Kau tu asyik-asyik nak marah sahaja!" balas Gopal.

"Apa kau cakap?!" Blaze terus merentap kolar baju Gopal.

"Hei, hei! Jangan nak mula bergaduh kat sini ya?!" Ais menghalang Blaze.

"Shh! Diam," celah Gempa dengan nada serius membuatkan mereka semua terdiam, tiada sesiapa berani membuat bunyi.

"Grahh!!" Tiba-tiba seekor raksasa mutasi yang bersembunyi di siling terus melompat ke arah Gempa.

"Gempa!" jerit Solar sambil menarik keluar pedangnya daripada sarung dan menahan serangan raksasa mutasi itu.

"Ra.. Raksasa mutasi?!" jerit Gopal.

"Hm!" Solar menolak raksasa itu dengan segala tenaganya membuatkan raksasa itu melompat secara berundur.

"Adakah itu mutasi kubulus?!" soal Gopal.

Solar menyuluh lampu ke arah raksasa itu membuatkan raksasa itu berderam kerana silau.

"Itu bukan rupa macam mutasi kubulus, ianya spesis lain." Blaze bersuara.

"Apa?! Habislah kita! Dia halang jalan kita dan kita tak ada kuasa untuk lawan, bagaimana kita nak kalahka.."

Gopal tidak sempat menghabiskan ayatnya apabila Gempa memecut ke arah raksasa mutasi itu tanpa berfikir panjang.

"Huh?! Gempa?!" jerit Solar, cuba menghalang Gempa.

"Grahh?!" Raksasa mutasi itu memberontak dikala Gempa cuba berlawan dengannya.

Gempa dan raksasa mutasi itu beradu tenaga, Solar perasan salah satu daripada mata Gempa berubah menjadi hitam.

"Adakah mutasi itu ambil alih badan dia lagi?!" fikir Solar.

"Ke.. Kenapa berdiri di situ lagi?! Lari! Ada banyak lagi akan muncul!" jerit Gempa yang masih menahan raksasa mutasi itu.

"Apa maksud ketua yang ada banyak lagi akan muncul?!" jerit Gopal.

"Grr!!" Tiba-tiba suara deraman kuat kedengaran di belakang mereka, mereka semua kecuali Gempa menoleh ke belakang.

Beberapa pasang mata merenung ke arah mereka, bersedia untuk menyerang mereka pada bila-bila masa sahaja.

".. Lari!" jerit Solar yang sudah memecut terlebih dahulu.

"Dey, Solar! Tunggu!" Gopal turut berlari.

Mereka semua berlari melepasi Gempa sambil menjerit ketakutan manakala kumpulan mutasi-mutasi itu mengejar dalam kelajuan tinggi.

"Laju! Laju!" jerit Blaze dikala dirinya didukung oleh Ais.

"Aku lajulah ni!" jerit Ais.

"Hm!" Gempa mengangkat raksasa mutasi yang berada di dalam tangannya dan mencampak raksasa itu ke arah raksasa-raksasa mutasi itu sebelum dia terus berlari.

"Kita nak lari ke arah mana ni?!" jerit Solar.

"Mana-mana sahaja! Yang penting kita selamat!" jerit Gopal.

KTAK!

Solar memijak sesuatu di lantai dan lantai terbuka di bawah mereka semua setelah Solar berjaya berdiri di hujung lantai yang kukuh. Lantai itu menunjukkan lubang berisi lahar yang panas.

"Solar!" jerit Gopal.

"Tidak!" jerit Solar sambil merentap tangan Gopal.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top