PROJEK 33

"Nanti, nanti! Apa maksud kau itu Celestia?!" soal Solar dengan perasaan terkejut.

"Cuma Celestia sahaja mampu berhubung dengan kau, lagipun kita sudah hampir ke lokasi yang sepatutnya kita pergi." Gempa membalas.

"Pintu Gerbang Celestia?" soal Solar.

"Ya. Aku akan suruh Gopal pandu kapal ini lebih pantas, kita akan lakukan ini dengan pantas. Aku pun rasa ada sesuatu yang tidak kena sekarang ini," kata Gempa.

"O..Okey," ucap Solar.

Beberapa jam kemudian, Solar, Gempa dan Ais kembali berkumpul di meja bulat bersama Blaze yang duduk diam antara mereka.

"Ini dua tempat yang ada dokumen-dokumen itu dan dia mengenali pemimpin dua-dua tempat. Rimbara dan Windara," kata Gempa sambil menunjukkan peta Rimbara dan Windara.

"Aku rasa Rimbara jauh lebih selamat daripada Windara. Windara buat aku seram sejuk," kata Ais.

"Sebab ada perkataan Wind di dalam Windara?" celah Blaze sebelum dia menerima tatapan datar daripada Ais.

"Apa-apa pun, kita perlukan dia ni untuk kita menceroboh makmal Rimbara. Dia pasti tahu ruangan dokumen itu di mana," kata Gempa sambil memandang ke arah Blaze.

"Aku mungkin mengenali Beliung dan Rimba tapi tidak semestinya aku tahu semu.."

Kata-kata Blaze terhenti apabila Ais mengacukan hujung panah ke lehernya.

"A.. Aku tahu," kata Blaze dengan pasrah.

"Adakah aku salah tengok atau 04 dengar cakap Ais kali ini?" bisik Solar.

"Aku rasa ada sesuatu yang tak kena dengan mereka berdua," bisik Gempa pula.

Gempa berdehem.

"Kalau begitu, kita akan ke Rimbara dan ambil dokumen-dokumen yang penting secepat mungkin. Kali ini aku akan sertai misi ini," kata Gempa.

"Eh? Kau tidak rasa sakit lagi ke?" soal Solar dengan perasaan ingin tahu.

"Tidak sangat, mungkin saintis-saintis itu meletakkan sesuatu pada aku sebelum ini." Gempa membalas.

"Baguslah." Solar menghela nafas lega.

"Gopal, kita akan ke Rimbara! Bawa kapal secepat yang mungkin ke sana," kata Gempa melalui alat komunikasinya.

"Baik, ketua!" balas Gopal lalu kapal yang dinaiki mereka bergerak dengan pantas.

Sementara itu di Planet Baraju, beberapa jam sebelum itu. Keadaan agak tegang kerana kesemua saintis dipantau oleh Beliung. Mereka langsung tidak berani untuk membantah atau bersuara dikala lelaki itu berada berdekatan dengan mereka.

"Tuan Beliung, kami sudah dapat mengesan kapal angkasa yang dicuri itu! Kami bernasib baik dapat menggodam isyarat kapal itu kembali!" Salah satu saintis itu bersuara.

"Di mana mereka pergi?!" balas Beliung.

"Mereka sedang menuju ke Planet Rimbara, tuan!" kata saintis itu.

"Rimbara?!.. Mari kita pergi, mereka tidak boleh lari lagi." Beliung terus mengorak langkahnya.

"Okey!" balas Rimba sambil mengikuti Beliung dan Kira'na turut mengikuti mereka berdua keluar daripada Bandar Baraju itu.

[PROJEK PRIMORDIAL]

Planet Rimbara, 12:50 tengah hari..

"Jangan lupa pakai krim serangga supaya tak kena gigit dengan nyamuk gergasi," kata Yaya dengan nada selamba.

"Huh?! Apa maksud kau nyamuk gergasi?!" Solar terkejut.

"Semua hutan ada nyamuk, kan? Apa masalahnya?" kata Yaya.

"Memanglah tapi ini gergasi! Gergasi!" kata Solar dengan perasaan risau.

"Ugh, kenapalah aku terlibat dalam hal ini?" Blaze merungut.

"Tak payah nak merungut. Salah kau juga cari pasal dengan kami," celah Ais sambil menepuk belakang kepala Blaze.

"Agh?!.. Aku buat kerja aku jelah!" marah Blaze.

"Sudah, sudah. Jangan nak gaduh. 04, bawa kami ke sana dan jangan menipu," kata Gempa dengan tegas.

"Tsk. Yalah, yalah!" Blaze mengorak langkahnya, hanya kedua-dua tangannya digari.

Mereka berjalan di sepanjang Hutan Rimbara dengan penuh berhati-hati. Sekali-sekala lalang dan semak-samun dicantas oleh Ais untuk memudahkan pergerakan mereka, jalan berliku diambil sehinggalah mereka tiba di hadapan sebuah makmal yang ditinggalkan.

"Ini dia, kita sudah sampai." Blaze membuka mulutnya.

"Ini ke makmalnya? Ianya kelihatan ditinggalkan," kata Solar.

"Sejak kematian tuan asal kepada BBB-06, makmal ini ditinggalkan begitu sahaja bersama dokumen-dokumen penting. Tiada yang berani untuk mengambilnya sejak Perang Primordial berakhir," terang Blaze.

"Aku dengar ramai saintis dibawah tuan kepada BBB-06 berhenti kerana trauma peperangan itu, mereka tidak mahu melibatkan nyawa mereka." Ais pula mencelah.

"Oh, jadi kau tahu rupanya?" kata Blaze dengan sinis.

"Aku dengar sahaja, aku anggap itu sebagai khabar angin." Ais mencantas dan tangannya menolak pintu utama makmal yang sudah berkarat itu.

"Ini amaran daripada aku. Setelah masuk ke sini, korang tak boleh guna kuasa korang kerana seingat aku tempat ini dibina menggunakan bahan anti-primordial. Jika korang tak bawa senjata masing-masing, korang dikira bernasib malang kerana kita tidak tahu apa yang bakal ada di dalam sana. Faham?" kata Blaze.

"Heh, kau kedengaran seperti tour guide. Sudah, kau masuk dulu." Ais menolak Blaze masuk ke dalam makmal itu dahulu.

"Ish, kau tak perlu tolak akulah!" marah Blaze sambil mengorak langkah.

KLIK! KLIK! KLIK!

Satu per satu lampu suluh dinyalakan, mereka bertujuh berjalan mengikuti Blaze seperti anak itik. Mereka berlapan menapak masuk ke dalam makmal itu dengan lebih dalam lagi dan suasana di sekeliling mereka perlahan-lahan menjadi suram.

"Kau kata Windara seram sejuk, Ais tapi aku rasa makmal ni lagi seram sejuk." Gopal bersuara.

"Alah, tak ada apa-apanya. Lagipun ini makmal yang ditinggalkan, pasti ada haiwan liar je tinggal di.. ahhhh?!! Ular!!" jerit Ais dikala seekor ular yang besar mendarat di atas bahu dia sebelum dia terus pengsan.

"Ais!" Yaya dan Ying memaut badan Ais yang sudah rebah itu.

"Ular! Lari!" Solar, Blaze dan Gopal menjerit ketakutan dan mereka bertiga terus memecut tanpa memandang belakang.

"Hei! Solar, Gopal, 04! Tunggu dulu!" jerit Gempa pula tetapi dihiraukan oleh mereka bertiga.

"Ais, bangun! Ais!" Yaya dan Ying cuba mengejutkan Ais yang masih pengsan itu.

PANG!

Gempa terus melepaskan tamparan ke wajah Ais menyebabkan lelaki itu terus terbangun.

"Agh?! Mana ular tu pergi?!" jerit Ais.

"Sudah pergi. Kita kena kejar Solar cepat sebelum mereka hi.."

"Ahhh!! Gempa!!"

Kedengaran jeritan Solar bergema di hujung koridor, mengejutkan Gempa, Ais, Yaya dan Ying.

"Solar?!" Gempa terus berlari ke arah di mana Solar berada tetapi sosok badan Solar, Gopal ataupun Blaze tidak kelihatan.

Mereka seperti hilang dibawa angin.

"Solar?! Mana kau?! Solar?!" jerit Gempa.

"Solar, jawablah!" jerit Ais pula.

Mereka berempat memanggil nama Solar tetapi Solar tidak langsung menjawab.

"A.. Aku tidak dengar suara Solar lagi. Adakah dia sudah menghilang?!" kata Yaya.

"Masalah besar ini. Kita kena cari Solar cepat!" kata Gempa.

Gempa mahu melangkah sehinggalah dia terpijak salah satu lantai dan lantai itu turun seperti butang. Lantai perangkap di bawah mereka berempat terbuka luas menyebabkan mereka berempat terus jatuh ke dalam lubang perangkap itu.

"Ahhh?!!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top