PROJEK 30

"Aghh?!!" Blaze menjerit kesakitan dan terus rebah di atas lantai manakala Solar dan Ais turut dapat merasakan kesakitan yang dialami oleh Blaze itu.

Halilintar dan Kaizo cuba untuk menutup mata Solar daripada melihatnya lebih lagi tetapi badan masing-masing lutsinar, jadi Solar masih nampak manakala Fang menutup matanya sendiri.

"Ka.. Kau main tipu!" marah Blaze.

"Eleh, kau pun sama. Biar padan muka kau!" celah Ais, membatu apikan keadaan lagi.

"Sedap kena main tipu?" Gempa tersenyum lebar ke arah Blaze.

"Kau tak guna!" marah Blaze.

"Eh, diamlah kau. Kau pun sama. Kalau bukan sebab kau, dokumen-dokumen aku takkan hilang," kata Gempa lalu dia menyucuk picagari ke leher Blaze.

"Agh?!" Blaze cuba melawan Gempa tetapi Gempa menekan kepalanya ke lantai dengan kuat sehingga cecair di dalam picagari itu habis.

"Budak nakal kena tidur, kan?" Gempa masih tersenyum lebar ke arah Blaze.

"Ta.. Tak guna.. kau." Blaze perlahan-lahan tertidur.

Gempa terus mendukung Blaze di atas bahunya.

"Eh? Kau nak bawa dia sekali ke?" soal Ais.

"Heh, dia aset penting juga. Mungkin dia tahu dokumen-dokumen itu," balas Gempa.

"Heh, baiklah. Aku faham," kata Ais.

Mereka berenam kembali bergerak dan masuk ke dalam makmal di mana Ochobot berada.

"Huh?! Siapa tu?!" Beberapa orang saintis terkejut dengan kehadiran mereka.

SHING! SHING! SHING!

Halilintar, Fang dan Kaizo dengan pantas muncul di belakang setiap saintis bersama pedang di leher masing-masing.

"Lepaskan Ochobot, sekarang. Kalau kau rasa nak selamat," ugut Solar sambil mengacukan pedang ke arah saintis-saintis itu.

Salah satu saintis itu mengikuti arahan Solar dan menekan papan kekunci yang bersambung pada skrin monitor di hadapannya.

BEEP!

Wayar-wayar yang bersambung pada Ochobot terlepas dan Ochobot perlahan-lahan bangun.

"Tu..Tuan?" guman Ochobot.

"Ocho, sini!" jerit Gempa lalu Ochobot terus memandang ke arah Gempa.

"Huh?! Tuan Gempa!" Ochobot terus terbang ke arah Gempa dengan tangisan gembira, dia terus memeluk Gempa.

"Aku ingat aku takkan jumpa Tuan Gempa lagi!" kata Ochobot lagi.

"Halilintar." Solar memberi isyarat kepada Halilintar.

Halilintar menganggukkan kepalanya lalu dia, Fang dan Kaizo terus memengsankan saintis-saintis itu.

"Tuan Gempa okey ke?! Tuan Gempa nampak lain!" kata Ochobot dengan penuh kerisauan.

"Aku okey je, mungkin mutasi itu buat aku nampak lain." Gempa membalas.

"Huh?! Adakah mutasi itu semakin teruk?!" Ochobot terkejut.

"Tidak perlu risaulah, mari kita pergi daripada sini." Gempa cuba untuk mengubah topik.

"Sekarang Ochobot dah selamat. Kita pergi ke penjara!" kata Ais yang sambung berlari dan mereka semua terus mengikuti Ais.

[PROJEK PRIMORDIAL]

Penjara Bawah Tanah Puak Salju..

TING! TING! TING!

Kedengaran tin cawan dilagakan antara besi sel oleh Gopal.

"Tolong kami, bantu kami. Kami anak yatim-piatu," nyanyi Gopal dengan nada yang mendayu-dayu.

"Eh, diamlah lu! Tiada siapa akan tolong kita!" marah Ying.

"Apalah jadi dengan ketua, Ais dan Solar sekarang ni?" keluh Yaya.

Masing-masing sudah digari dengan gari yang mengunci kuasa mereka, jadi mereka tidak mampu berbuat apa-apa.

"Hei, berhenti! Apa yang kau buat kat.. agh?!" Kedengaran jeritan tentera yang menjaga penjara mengejutkan Yaya, Ying dan Gopal.

"Apa jadi tu?!" soal Ying.

"Entah," balas Yaya.

"Korang!" Solar meluru ke arah mereka bertiga membuatkan Yaya, Ying dan Gopal sungguh gembira.

"Solar!" Mereka bertiga berasa gembira untuk berjumpa dengan Solar semula.

Solar mengoncang pintu sel itu.

"Ada kunci tak kat di.."

"Hiyah!"

Belum sempat Solar menghabiskan ayatnya, Gempa terus menendang pintu sel itu sehingga jatuh. Jatuh di atas muka Gopal.

"Aduh?! Muka handsome aku?!" jerit Gopal.

"Alamak, Gopal!.. Gempa!" marah Solar.

"Alamak! Maaf, aku tak perasan tadi." Gempa ketawa gemuruh.

"Adeh.. Huh?! Ketua! Aku ingat kau akan tinggalkan kami!" Gopal menangis gembira.

"Heh, tak mungkin aku akan tinggalkan korang semua." Gempa membalas.

Solar cuba membuka gari pada Yaya, Ying dan Gopal tetapi tidak berjaya.

"Bagaimana kita nak buka gari ini?" soal Solar lalu Halilintar muncul di sebelahnya bersama kunci.

"Oh, terima kasih." Solar membuka gari pada Yaya, Ying dan Gopal.

"Okey, semua dah bebas! Mari kita pergi!" kata Solar.

"Nanti, bagi aku dua gari tu!" celah Gempa.

"Kau nak buat apa?" Solar menghulurkan gari itu kepada Gempa.

Gempa meletakkan Blaze di atas lantai dan menggari kedua-dua kaki serta tangan Blaze.

"Oh." Solar akhirnya faham.

"Okey, jom!" Gempa terus mengangkat Blaze dan mereka semua terus berlari keluar daripada penjara itu.

"Kapal angkasa selalunya disimpan di bawah lapangan kapal, jadi masih ada tentera yang akan menjaga tempat itu." Ais memberi keterangan.

"Kau jangan risau, kita semakin bertambah kuat sekarang. Halilintar, Fang dan Kaizo sudah bersama kita," balas Solar manakala Halilintar, Kaizo dan Fang mengangguk pantas seperti mereka gembira bergabung tenaga dengan Solar.

"Heh, baiklah." Ais tersenyum datar.

Setelah beberapa minit berlari, mereka semua menghendap-hendap berdekatan dengan lapangan kapal angkasa.

Beberapa tentera menjaga lapangan tersebut manakala beberapa lagi tentera sedang berlari-lari, mencari keberadaan Solar dan yang lain. Penggera amaran masih bergema di seluruh bandar, membingitkan suasana.

"Halilintar, Fang, Kaizo. Buat kerja korang," arah Solar.

Halilintar, Fang dan Kaizo menganggukkan kepala mereka. Mereka terus terbang ke arah tentera yang menjaga lapangan itu dan terus menjatuhkan mereka.

"Bagus, jom!" Solar terus memecut.

"Larian laju!" Ying berlari mendahului daripada mereka.

"Dey, mana aci! Kau ada kuasa laju!" marah Gopal, termengah-mengah dia berlari.

"Mereka di sana!" Tiba-tiba seorang tentera perasan dengan kehadiran mereka.

"Alamak! Laju, laju!" jerit Solar, dia semakin memecut lari.

Mereka kelam-kabut berlari melepasi masuk pagar yang melindungi lapangan itu.

"Hm! Kubah ais! Gergasi!" jerit Ais lalu gelung ajaib gergasi muncul di seluruh lapangan dan kubah ais gergasi melindungi mereka daripada dimasuki oleh tentera Puak Salju.

"Tak guna! Panggil tentera Puak Bara sekarang!" arah tentera yang pertama.

"Baik, tuan!" Tentera yang kedua terus berlari untuk mencari tentera Puak Bara.

"Cepat, sebelum mereka bawa tentera Puak Bara!" kata Ais.

Gempa menekan alat yang berada di tepi lapangan dan lapangan itu terbuka luas, memunculkan sebuah kapal angkasa yang sungguh besar.

"Wahh!!" Mereka semua kagum dengan reka bentuk kapal angkasa itu.

"Ianya sungguh cantik!" puji Gempa.

"Dah mula dah dia ni," kata Ais.

"Aku setuju dengan Gempa, kapal ni cantik dan dia agak besar juga." Solar mengusap dagunya.

Fang menganggukkan kepalanya, dia turut bersetuju.

"Tengok. Fang pun setuju," kata Solar.

"Sudah, sudah! Cepat masuk! Kita tak ada masa!" kata Ais.

"Sabar dulu, kita tak boleh masuk begitu sahaja." Gempa terus memberi Blaze kepada Ais.

Gempa menghampiri pintu kapal itu dan memunculkan papan kekunci pintu.

"Ocho, sini!" kata Gempa.

"Baik, tuan!" Ochobot terbang ke arah Gempa.

Gempa menanggalkan belakang Ochobot dan mengeluarkan dua wayar daripada badan Ochobot, bersambung pada papan kekunci itu.

"Sistem penyambungan berjaya," kata Ochobot lalu skrin hologram muncul.

Gempa menekan skrin hologram tersebut, cuba untuk menggodam papan kekunci tersebut.

TING!

Pintu kapal angkasa terbuka luas, mereka semua mula mengintip isi dalam kapal itu.

"Terbaiklah, Gempa! Jom masuk!" kata Solar sambil berlari masuk ke dalam kapal itu.

"Gopal, pandu kapal sementara aku cuba untuk hidupkan kapal ini!" arah Gempa.

"Baik, ketua!" Gopal terus mengambil tempat duduk pemandu.

Gempa membuka besi pelindung yang melindungi wayar-wayar kapal, dia mencabut beberapa wayar dan menyambung antara satu sama lain sehingga kapal angkasa mula menyala dan mencerahkan seluruh dalam kapal.

"Oh, dah hidup!" kata Gopal sambil menghidupkan enjin kapal.

"Kapal enjin diaktifkan, bersedia untuk berlepas." Kedengaran suara komputer bergema.

"Ais, sekarang!" kata Gempa.

Ais menepuk tangannya dan kubah ais itu terus runtuh, kapal mereka mula terbang ke udara.

"Ocho, teleportasi sekarang!" kata Gempa lagi.

"Baik! Kuasa teleportasi!" jerit Ochobot lalu kapal mereka terus diteleportasi keluar daripada planet tersebut.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top