PROJEK 29

"Eghh.. A.. Aku di mana?" Ais mengerang kesakitan, matanya yang samar-samar memandang sekeliling.

Kelihatan Solar, Gempa, Halilintar, Kaizo dan Fang sedang mengelilingi dia menyebabkan Ais tersentak.

"Ais, syukurlah kau selamat!" Gempa terus memeluk Ais dengan erat.

"Ge.. Gempa?" Ais terkedu.

"Maafkan aku sebab hilangkan ingatan kau. A.. Aku tak mahu kau benci aku daripada awal," ucap Gempa.

"Ge.. Gempa. Kau tidak patut minta maaf, a..aku yang patut minta maaf! Setelah aku dengar kata-kata Solar sebelum kapal terhempas membuatkan aku tersedar. Aku tak patut mengkhianati kau hanya kerana kisah silam kau," kata Ais.

"Nanti, kau sedar selama itu?!" Solar terkejut.

"Ya tapi aku tak mampu buat apa-apa. Aku terasa seperti badan aku terikat dan aku tidak dapat melepaskan diri aku," balas Ais.

"Semasa aku melihat melalui pandangan BBB-04, aku lihat Gempa perlahan-lahan hilang kawalan setelah dibawa keluar dari laut, dia cuba menyerang sesiapa sahaja yang menyentuh Solar tetapi akibatnya dia diseksa membuatkan aku tersedar sesuatu. Memang patut Gempa perlukan air mata itu untuk dirinya. Tanpanya, bagaimana dia mahu terus hidup? Tanpanya, adakah takdir Solar bakal berubah sejak awal lagi?" sambung Ais.

"Oh, Ais." Solar berasa sedih mendengar kata-kata Ais itu.

"Jadi Gempa, marahlah aku. Bencilah aku kerana aku mengkhianati kau tanpa berfikir panjang. Aku juga tamak kerana aku nak fikir diri aku selamat sahaja," kata Ais.

"Bagaimana aku nak benci kau? Marah itu mungkin ya tetapi kau masih sahabat semati aku," kata Gempa sambil dia memeluk Ais dengan erat.

"Ge..Gempa. Maafkan aku." Ais memeluk Gempa dengan erat, air mata mengalir keluar daripada matanya.

"Hmm.. Haish! Siapa pula potong bawang kat sini?!" rungut Solar sambil menggosok matanya manakala Halilintar, Kaizo dan Fang sekadar menganggukkan kepala mereka dan mengusap belakang Solar.

Setelah beberapa minit berpelukan, Gempa dan Ais melepaskan pelukan masing-masing.

"Mari kita pergi dari sini," kata Gempa manakala Ais menganggukkan kepalanya.

"Kau boleh bangun ke?" soal Gempa.

"Sudah tentu, rasanya kaki aku sudah sembuh." Ais membalas.

"Nanti, apa maksud kau?" Gempa dan Solar memandang tepat ke arah Ais.

"Ti.. Tiada apa-apa." Ais mengalihkan pandangannya, dia tidak mahu menceritakan perbuatan memalukannya di mana dia melompat dari tingkat tiga sehingga terseliuh kakinya.

"Sepatutnya aku buat luncur ais waktu itu. Kenapalah aku bodoh sangat?!" rungut Ais di dalam hati.

"Tetapi kita ada satu masalah lagi," celah Solar.

"Apa dia?" Ais mengerutkan dahinya.

"Um.. Kapal kita sudah pecah. Jadi, bagaimana kita nak keluar daripada planet ini?" kata Solar.

Seperti batu yang besar menghempap Gempa, Gempa terus melutut ke atas lantai.

"Eh?! Gempa, kau okey ke?! Mutasi tu merebak lagi ke?!" soal Solar.

"Ka.. Kapal kesayangan aku! Tidak!" jerit Gempa dalam tangisan.

"Oh."

Halilintar, Kaizo dan Fang menepuk dahi masing-masing.

"Aku belum bayar habis lagi, habislah duit aku. Ini semua salah budak api itu! Kalau aku jumpa dia, aku akan sebat punggung dia!" marah Gempa, aura menakutkan menyelubungi badan Gempa.

"Ge.. Gempa, bawa bertenang." Ais memujuk Gempa.

"Hmm.. Ais, kau tahu di mana kapal angkasa disimpan di sini?" celah Solar.

"Huh? Mungkin aku ingat sikit?" balas Ais.

"Bagus, mari kita curi kapal dorang! Hehehe." Solar ketawa jahat.

"... Sejak kau sertai kami. Perangai kau semakin berubah," kata Ais.

"Siapa juga yang ajar aku?" Solar bercekak pinggang.

"Heh, yalah." Ais membalas manakala Solar tersenyum sinis.

Tiba-tiba Halilintar mencuit bahu Solar.

"Hm? Kenapa, Halilintar?" soal Solar.

Halilintar menghulurkan cermin mata kepada Solar.

"Oh, cermin mata aku! Mana kau jumpa?" soal Solar sambil memakainya.

Halilintar menunding ke arah tiub kaca yang Solar loloskan diri.

"Oh, mungkin cermin mata aku jatuh masa letupan tadi. Kau yang buat itu, kan?" soal Solar lagi dan Halilintar sekadar menganggukkan kepalanya.

"Heh, aku dah agak."

"Nampaknya semua sudah bersedia. Jom, Gempa! Kita tak ada masa lagi!" kata Ais.

"Baik." Gempa yang hilang semangat terus bangun lalu mereka bertiga berlari keluar dari makmal itu bersama Halilintar, Kaizo dan Fang terbang mengikuti mereka.

"Nanti! Kita perlu selamatkan Yaya, Ying, Gopal dan Ochobot juga!" kata Solar.

"Aku tahu di mana! Ikut aku!" Ais berlari mendahului mereka berlima.

Mereka berenam melalui di setiap koridor yang berliku sehingga beberapa orang tentera mula mengepung mereka.

"Berhenti, kamu semua dikepung!"

"Tetapi tidak lama! Hentakkan runtuhan gempa!" Gempa menghentak kakinya dan lantai mula bergegar sebelum lantai di bawah kaki tentera-tentera itu retak dan runtuh.

"Ahhh?!" Tentera-tentera itu menjerit ketakutan apabila mereka terjatuh ke dalam lubang runtuhan itu.

"Hm!" Gempa mengangkat tangannya dan lubang-lubang itu kembali ditutup dengan tanah.

"Cepat-cepat!" kata Ais dan mereka kembali bergerak dengan pantas apabila banyak lagi tentera cuba mengejar mereka.

Semakin ramai tentera cuba menghalang mereka berenam menyebabkan mata biru Ais bersinar.

"Serangan cakera air!" jerit Ais sambil melempar cakera air yang tajam ke arah tentera-tentera itu dengan menyakitkan setiap tentera yang berada di hadapannya.

"Manipulasi darah! Darah bebenang!" jerit Ais lalu bebenang merah muncul di jarinya dan bersambung pada tentera-tentera yang hidup sebelum..

[P/S: ini hanya GIF contoh bagaimana teknik itu dibayangkan.]


BOOM!

Kesemua tentera meletup dan tiada satu pun tentera yang selamat. Impak kuasa Ais itu membuatkan Solar dan Gempa tercengang manakala Halilintar, Fang dan Kaizo sudah bersembunyi belakang Solar.

"Kau dah kenapa tercengang?! Bukan ke kau tahu Ais lebih lama?!" marah Solar.

"Aku mana tahu Ais boleh manipulasi darah?! Dia pun rahsiakannya daripada aku!" balas Gempa.

"Dan korang bertiga, kenapa menyorok belakang aku?! Korang bekas pahlawan kot?!" marah Solar kepada Halilintar, Fang dan Kaizo pula.

"Sudah, sudah. Jangan gaduh, kita belum sampai ke tempat sepatutnya! Kita pergi ambil Ochobot dulu!" celah Ais.

"Baik!"

Mereka berenam sekali lagi mula bergerak, melangkah setiap badan tentera yang sudah tewas.

"Seingat aku Ochobot berada di makmal yang tidak jauh daripada sini!" kata Ais lagi.

Mereka berlari di setiap koridor di mana pintu makmal berderetan di kiri dan kanan mereka.

"Huh?! Itu makmalnya!" jerit Ais sambil menunding ke arah makmal yang berada tidak jauh daripada mereka.

Mereka meluru ke arah makmal itu dengan pantas sebelum..

"Tumbukan berapi!"

BOOM!

Blaze meluru ke arah Ais dan menumbuk Ais sehingga Ais melayang dan menghancurkan dinding yang berada berdekatan.

"Ais!" jerit Solar.

"Tak guna, kali ini kau beralih balik kepada mereka. Aku kecewa, Ais." Blaze tidak berpuas hati.

"Kau! Kau tak guna! Lepaskan kami daripada sini!" marah Solar.

"Lepaskan korang? Kalahkan aku dulu!" kata Blaze.

Solar memegang erat pedang yang berada di dalam tangannya, bersedia untuk lawan Blaze.

"Tepi." Tiba-tiba Gempa tolak Solar ke tepi.

"Eh? Gempa?! Kau tidak patut lawan di.." Solar terus mengunci mulutnya apabila dia dapat merasakan aura menakutkan keluar daripada badan Gempa.

"Tidak mungkin. Mutasi itu sudah merebak dalam badan kau!" kata Blaze.

"Agak ajaibkan tapi aku tak mahu cakap tentang itu. Aku nak balas dendam atas kapal kesayangan aku. Pusingan kedua, 04." Gempa mengepak-ngepakkan jarinya, bersedia untuk lawan Blaze.

"Heh, marilah. Kau bukannya kuat mana," kata Blaze.

Gempa terus berlari ke arah Blaze dan Blaze turut berlari ke arah Gempa.

"Tumbukan berapi!" jerit Blaze.

"Tendangan padu!" jerit Gempa.

BUK!

Gempa terus menendang tepat-tepat pada objek yang berada di antara kaki Blaze membuatkan Solar dan Ais terus tercengang.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top