PROJEK 28
"Apa yang terjadi?!" jerit saintis-saintis di dalam bilik kaca, mereka terkejut apabila melihat Solar terlepas dari tiub kaca itu.
Solar yang terduduk di atas lantai terus menanggalkan alat pernafasan di wajahnya, nafasnya tercungap-cungap dan cuba mengambil nafas dengan banyak.
"A.. Aku berjaya keluar?" Solar terkebil-kebil apabila dirinya berjaya keluar.
"Subjek BBB-07 melepaskan diri! Hantar bantuan sekarang!" Salah satu saintis berkata-kata melalui alat komunikasi yang berada di dalam tangannya.
Sepasukan tentera menyerbu masuk ke dalam makmal itu dengan senjata diacukan ke arah Solar.
"Ta.. Tak guna! Aku tak boleh lari ke mana-mana!" kata Solar di dalam hati sambil matanya dikecilkan memandang sekeliling kerana dia tidak memakai cermin mata lalu matanya terarah pada pedang yang terletak di atas meja.
"Itu dia!" Solar terus bangun dan memecut ke arah pedang itu.
"Tembak!"
BANG! BANG! BANG!
"Agh?!" Salah satu peluru mengenai Solar menyebabkan Solar tergolek di atas lantai, dia cuba merangkul badannya sendiri daripada ditembak tetapi dia rasa tiada lagi peluru yang cuba menembak badannya.
"E.. Eh?" Solar kehairanan dan mengalihkan pandangannya, kelihatan satu sosok bayang yang lutsinar seperti roh berwarna ungu berketinggian dewasa sedang melindungi Solar menggunakan dinding tenaga.
"Ha.. Hantu?!" jerit Solar sambil berundur ke belakang.
"Tak mungkin! Itu rupa macam Kapten Kaizo dari Pasukan Diraja Gur'latan!" kata salah satu tentera itu.
"Ka.. Kapten Kaizo?!" Solar terkejut.
Tiba-tiba bilah pedang diacukan ke arah Solar membuatkan dia sekali lagi terkejut, dia terus menoleh ke arah sosok yang mengacukan pedang itu. Sosok itu hampir seperti Kaizo, lutsinar tetapi berwarna merah. Solar mengenali sosok itu.
"Ha.. Halilintar?" kata Solar dan sosok itu sekadar menganggukkan kepalanya.
Tiba-tiba satu lagi sosok bayang muncul di sebelah Solar, sosok bayang berwarna hampir sama dengan bayang-bayang tetapi matanya yang merah menarik perhatian.
"Prebet Fang?! Ba..Bagaimana Pasukan Diraja Gur'latan ada di sini?!"
Melihat kelakuan tentera-tentera yang terkedu, Solar tersenyum sinis dan terus mengambil pedang daripada Halilintar. Dia perlahan-lahan berdiri dan memegang pedang tersebut dengan erat.
Halilintar terbang masuk ke dalam badan Solar, perlahan-lahan zirah merah hitam melindungi badan Solar. Pedang yang dipegang oleh Solar mengalirkan aliran elektrik.
"Woah, terbaiklah! Mari kita lakukan ini!" Solar tiba-tiba mula berasa teruja.
"Serang!"
BANG! BANG! BANG!
Tembakan dilepaskan lagi ke arah Solar tetapi Solar dengan pantas menyerang tentera-tentera dalam kelajuan tinggi, menumbang satu per satu tentera yang ada.
Kaizo dan Fang juga membantu Solar dengan melindungi dia daripada diserang hendap, tiada satu pun tentera mampu mendekati mereka bertiga.
"Gelombang halilintar!" jerit Solar sambil menyucuk pedang ke lantai tetapi suaranya kedengaran bergema seperti seseorang turut menjerit bersama Solar.
Tiba-tiba gelombang halilintar yang sangat kuat merenjat seluruh makmal, menumbang seluruh tentera dan mematikan bekalan elektrik makmal.
Kesemua saintis-saintis yang berada di dalam bilik kaca sedang dalam ketakutan dikala kegelapan menyelubungi diri mereka, masing-masing memandang sekeliling. Tiba-tiba tiga pasang mata muncul di belakang mereka.
BUK! BAK! BUK!
Satu per satu saintis-saintis itu ditumbangkan sehingga pengsan sebelum lampu kecemasan di dalam makmal itu menyala.
"Fuh, akhirnya." Solar mengeluh lega dan dia terus memandang ke arah Gempa yang duduk di bucu ruangan kaca itu.
"Hei, Gempa. Ini aku, Solar. Kau tidak perlu takut," pujuk Solar sambil mendekati Gempa.
"Grr!" Gempa berderam ke arah Solar, keseluruhan matanya yang sudah menjadi hitam merenung ke arah Solar.
".. Halilintar," kata Solar lalu Halilintar terus keluar daripada badan Solar dan zirah di badan Solar turut hilang.
KLANG!
Solar jatuhkan pedangnya ke lantai dan dia perlahan-lahan mendekati Gempa.
"Kau jangan risau, ini aku. Kau tak perlu takut," pujuk Solar lagi sambil tangannya mencapai Gempa.
Solar terus memeluk Gempa dan menenangkan lelaki itu, perlahan-lahan mata Gempa yang keseluruhan hitam berubah normal semula dan urat hitam sedikit surut.
"So.. Solar?" Gempa membuka mulutnya.
"Ya, aku di sini. Kau tidak perlu risau," kata Solar sambil mengusap rambut Gempa.
Beberapa minit kemudian setelah Gempa tenang sepenuhnya, Solar melepaskan pelukannya dan merawat luka pada badan Gempa.
"Kau ada rasa sakit lagi ke?" soal Solar.
"Tidak, mungkin." Gempa menggelengkan kepalanya.
"Mari kita pergi dari sini," kata Solar dan Gempa menganggukkan kepalanya.
Gempa perlahan-lahan bangun dengan bantuan Solar. Solar dan Gempa berjalan keluar dari bilik kaca itu, Solar memandang sekeliling dan matanya terarah pada Ais yang masih terperangkap di dalam tiub kaca. Solar berjalan mendekati Ais.
"Huh? Solar?" Gempa mengerutkan dahinya manakala Halilintar, Fang dan Kaizo turut terbang mengikuti Solar.
Solar membelek tiub kaca milik Ais itu di setiap penjuru.
"Apa kau nak buat?" soal Gempa.
"Aku nak lepaskan Ais," balas Solar.
"Huh?"
Solar berjalan mengikuti wayar yang bersambung pada tiub kaca milik Ais itu dan ianya bersambung pada sebuah meja yang dipenuhi dengan butang serta skrin monitor. Solar mencuba untuk menekan butang pada meja itu tetapi skrin monitor pula tidak menyala.
"Hmm.. Hanya lampu kecemasan yang menyala." Solar mengusap dagunya dan memandang sekeliling.
"Kita perlukan tenaga elektrik untuk nyalakan komputer ini," celah Gempa.
"Oh, Halilintar! Tolong aku cepat!" kata Solar.
"Eh?" Gempa mengerutkan dahinya.
Halilintar mengikuti arahan Solar dan terbang ke arah dia manakala Solar memeriksa wayar-wayar yang berada di bawah meja.
"Kita cuma perlukan wayar itu dan itu untuk nyalakan seluruh sistem," kata Gempa sambil mengajar Solar.
"Baiklah," kata Solar lalu dia mencabut wayar-wayar itu daripada tenaga kuasa makmal dan diberikan kepada Halilintar.
".. Kau yakin ke ini akan jadi? Kuasa Halilintar bukannya macam kuasa elek.."
BZZTT!!
Kata-kata Gempa terhenti apabila Halilintar terus merenjatkan kuasanya ke sistem komputer menyebabkan komputer itu menyala.
"Okey, di situ! Tetapkan voltan kuasa kau di situ!" kata Solar.
".. Huh. Ianya berkesan," kata Gempa, dia terkejut dan kagum.
Solar menekan papan kekunci pada meja itu, matanya sekali-sekala dikecilkan kerana tulisan pada skrin komputer agak kabur bagi dia.
"Kau tekan ini," celah Gempa apabila dia perasan Solar seperti dalam kesusahan untuk membaca.
"Oh, okey." Solar mengikuti arahan Gempa.
"Selepas itu kau tekan ini dan ini."
"Okey."
"Dan kau tekan eject."
"Okey." Solar menekan butang eject pada skrin monitor.
BEEP!
Air di dalam tiub kaca milik Ais mula surut sebelum tiub kaca itu terbuka dan Ais terjatuh di dalam tangan Kaizo.
"Yay, berjaya! Terima kasih, Gempa!" ucap Solar.
"Sama-sama. Kau pun semakin pandai sekarang ini," puji Gempa.
Solar ketawa kecil, dia juga berasa kagum yang dirinya berjaya berfikir dengan pantas sekarang.
Perhatian Solar dan Gempa teralih apabila mereka berdua mendengar suara batuk daripada Ais, mereka berdua cepat-cepat mendekati Ais.
"Ais, kau okey?" soal Solar.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top